Tadi kan, tengah buat keje. Tetiba rasa cam nak cari side effect of streptomycin. Baru je taip satu huruf 's', tetiba Google pegi autocomplete dengan suggestion seperti dalam gambar di bawah. Sangat tak sangka apa yag dia cadangkan nombor dua tu?
Klik untuk besarkan
Sure-sure bukan orang German yang selalu search mende tu kat google sampai google dah boleh agak apa yang nak di cari. Isk...isk...isk...wan, sudah-sudah le tu. Huhu, apa nak jadi nih? Cubalah search 's' untuk syariah ke hape.
By the way, tadi tengahari sibuk kat website nih KLIK semua benda nak search, masuk je nombor barcode. Ala-ala cashier pun ada. Takpe yang penting bila dah tahu, kita tak was-was. Sampai barcode buku pun nak di search. Hahaha...manalah tahu ilmunya haram. Hehehe...
Tadi kat mailbox dapat flyer Jom Join! Weight Loss Challenge! Kat tasik Shah Alam. Ada dua familiar face plak dalam flyer tuh. Hehehe. Bagi aku kalau nak loss weight, pekene TB sedas dua, gerenti bukan setakat loss weight, anorexia pun dapat, jimat duit tak yah beli makanan. Lepas siapkan keja nih maybe nak sambung balik jogging keliling stadium. Simptom PJK dah ada dah ni.
And satu issue fued between dua entity nih tak settle-settle lagi. Bilalah nak habis. Cerita Maria Mercedes dan Yo Soy Betty La Fea kat ntv7 yang panjang merapu dulu tu pun reti nak habis. Drama yang satu nih tak habis-habis. Satu pihak X asyik nak cucuk pihak Y, mana tak pihak yang lagi satu melenting. Bila pihak Y melenting, pihak X juga kena. Pas tu bila dah kena, pihak X ni pun gi buat hal lagi nak jolok-jolok sarang tebuan. Tak reti ke duduk diam. Pantang ada issue sikit, walhal issue yang tak melibatkan dia langsung pun pihak X ni nak masuk campur. Baru issue dulu nak reda X dah nak buat issue baru. Ingatkan dah jarang terjumpa takdelah masalahnya, ada jugak. Korang pandai-pandailah settlekan hal korang nih.
No comments:
Post a Comment