Mengapakah setelah bermacam-macam peralatan muzik yang digunakan aku masih lagi tone deaf, adverse effect streptomycin ke? Kejadah Leman? Kejadah?
Well entry kali ni nak cerita tentang pemain media yang pernah aku gunakan sedarilah aku berat 51kg kepada 59 kg. Aku ni sangatlah serba buta dalam muzik, jangan kau suruh aku baca nota muzik, bagi aku ia adalah gambar taugeh-taugeh bertaburan. The only thing musical instrument yang aku boleh main adalah Winamp…lari (tak masuk list). Sebab cikgu muzik aku masa kecik-kecik dulu adalah terdiri daripada
1) Mak aku yang juga merangkap cikgu BM dan Matematik, di sinilah aku belajar lagu-lagu dalam syllabus muzik seperti Jambatan Pulau Pinang, Bunga Matahari, Geylang Si Paku Geylang dan macam-macam lagi termasuklah Tik Tok. Bukan Tik Tok Key$ha tu, tapi “Tik Tok Hujan dah turun,” okay. Mak aku, selain dari sudip besi dan kuali di dapur yang berketung-ketang di dapur, juga tidak reti bermain sebarang alat muzik. Tapi mak aku ni nyanyi sedap. Hehehe
2) Cikgu Rauf yang mengajar lagu ntah hapa kejadahnya aku pun tak ingat, muka beliau macam Shahnon Ahmad, dan sangat kejam ketika berkata-kata. Kira kalau dia tak menyembur sekali dalam setiap sesi, kau tunggulah bala yang lebih besar dari dia. Hehehe.
3) Cikgu Gemuk, ntah aku tak ingat nama dia. Tapi dia adalah cikgu perempuan yang memaksa aku beli apekebenda namanya tu, ala macam flute tu. Dia ni punyalah obes kau takut je kalau kau pusing belakang, dia dah keluarkan sudu dan garfu nak terkam kau. Iyelah, aku kan sangat comel sewaktu kecil dulu.
4) Di sekolah menengah pula ada Cikgu Azmi. Dia ni kecik je tapi sangat psycho dan perangai panas baran macam membela pelesit je. Suka-suka lempang anak orang, nasib baik aku tak kena. Apa dia ingat dengan lempangan beliau, vocal cord tetiba bergetar dengan gemersik? Pernah dulu try masuk choir sekolah, masa tingkatan 2 dulu audition lagu Malaysia Tanah Pusaka, tapi paham-paham jelah, suara baru baligh macamana, angsa dan itik pun boleh johan karaoke kalau aku masuk (<--muhasabah ni).
So kesimpulannya, macamana nak pandai? Kalau nak belajar muzik je akan associate dengan 3 orang cikgu terbawah tu. Trauma bukan main.
Ni dah kira melalut jugak dah ni. Aku ni pantang je masuk subjek Nostalgia, berduyun-duyun idea datang bak coklat melimpah ke ladang gandum dan jadilah…(isi tempat kosong)
Okay media device pertama yang aku miliki adalah MP3 player cum USB data storage device. Beli tahun 2004 ke camtu, kat Macro (dulu pernah ada). Harga dia RM99 jenama SupportPlus… I know, pelik, support ke hape ntah. Saiz storage dia adalah 128 MB, which kalau waktu tu, adalah seperti demigod. Ia didatangkan dengan kalung untuk tayang menatang tu kepada satu dunia, betapa besarnya ia. Sekarang ia still function dan boleh store data, tapi kalau nak dengar mp3, kena godey-godey dia puna earphone jack tu baru boleh dengar. Satu lagi yang turn off, ia menggunakan battery dan sangat tidak economy dan tidak earth friendly. Satu battery AAA boleh tahan dalam 3 jam je. Gila tak? Konspirasi tul.
Selepas ni ada tahun 2005, aku banyak guna handphone je, Motorola E398 yang sangat lebih berbaloi, walaupun memory card sekadar 64 MB je, aku pastikan lagu yang ada kat dalam tu memang worth it. Malangnya setelah bagi kat adik aku, ia hilang setelah si bongsu ni bawak ke sekolah. Beli menatang ni guna duit cek pertama MARA.
Upon closure dengan E398 aku pun berkenalan Motorola V3i, handphone aku yang terkenal dengan fidelity-nya. Aku beli pada tahun 2007, menggunakan duit award dari Dato Wira Shukri (betul wa tak tipu). Beli pun bukan sebab apa, sebab nak something yang physically stay long selepas duit tu habis. Kalau guna beli makanan atau pakaian, nescaya akan lusuh dan habis. Beli gadget macam handphone nih, will assure it stay longer. V3i ni seperti E398, memory card yang dia bagi sangat kecil, Cuma sekadar 128MB, hampes. Tapi yang best, ada built on iTunes dalam nih, so ko bolehlah berangan-angan seperti kau memiliki iPod. Handphone nih tahan sehingga sekarang, sebab sangat tahan lasak. Selepas beli memory card baru bersaiz 1GB, ia bertambah bermakna. Yang leceh kalau nak masukkan lagu ke iTunes, kena buka iTunes kat PC dan drag and drop lagu-lagu dari perisian tuh. Sebab kalau masuk fail biasa, bila kita flip close je handphone tuh, lagu pun mati, nak tak nak kena guna iTunes jugak. Still boleh guna sampai sekarang, just earphone dah kong dan dicuri housemate lama yang dah blah. Inilah handphone aku sampai sekarang. Memang tak bercadang nak tukar, walau dapat RM10 000 cek MARA hari tu, tetap tak nak cari yang lain. Walaupun dah zaman handphone touch screen. V3i pun boleh touch screen ape, just takde respon je, hatta retak sekalipun ko touch.
Lepas tu pada tahun 2008 beli pulak generic MP4 iPod, berjenama TNE cool-1, apekebarang jenama complicated camni. Tapi biasalah buatan China, asal ada bunyi English je, jadiklah buat jenama. Beli kat Giant, guna duit PTPTN. Harga RM149 saiz 1GB. Yang hampehnya, beberapa minggu selepas aku beli menatang nih, kat PC Fair harganya adalah RM99. Sekarang dah RM89 untuk 2GB. Hmmm…biasalah gadget, cepat sangat outdated. Yang ni literally juga boleh digunakan sebagai Mass Storage Device, fungsinya sebagai MP4 player seperti movie, recording, game, photo viewer, radio, e-book reader (format .txt je, duh) dan music player. Tapi setelah dijangkiti virus, ia telah gagal menjalankan tugas sebagai pemuas telinga. Boleh on, tapi keypad dia dah tak response. Boleh ditukunkan jadi storage device. Tapi still berfungsi sebagai cermin sebab belakang dia adalah reflective cam cermin. Yang peliknya, setiap kali aku tengok cermin tuh, mesti ada muka mamat ensem kat situ, sape lah makhluk Tuhan paling seksi tersebut?
Selepas tu, aku berbalik kepada V3i yang tetap setia sepajang masa setelah disappointment demi disappointment melanda.
Pada birthday tahun lepas, dapat MP5 player dari bakal datin yang bersaiz 4GB. Thank you bery-bery muchas gracias. Yang ni lebih banyak fungsi, ada camera, ada voice dan video recorder, ebook reader (still .txt format), ada game, video, radio, photo viewer and music player . Yang best, juga boleh tambah memori menggunakan transflash mini card. Masih function lagi, tapi seperti MP3 player pertama, kalau nak dengar lagu untuk didengar kedua-dua belah telinga, kena godey-godey earphone jack. Huhuhu…
So itulah serba sedikit evolusi ala Darwin bermula sebagai MP3, MP4, MP5. Actually boleh je going back to era Walkman casette dan CD, but I might be waaaaay to ancient then. Nevertheless… saya pernah menggunakan player di bawah dulu (--> tutup muka dan berlari ke luar). Sampai sekarang ada lagi walaupun dah rosak.
Sungguhlah tak bernasib baik aku dengan media gadget nih. Itulah petandanya dari Tuhan tak nak aku leka sangat kot. Anywhore lepas baca entry Wan Ali pasal NuffNang, aku pun cek ar pendapatan aku, baru RM5.50…hahaha, taik idung masin tul NuffNang nih. Sejak aku berblogging dari November 2008, ini je aku dapat? Harjad tul.
p.s. Apehal lah iklan NuffNang tu tak tukar-tukar, asyik Lactacyd je? Ap dia ingat visitor aku punya ‘itu’ busuk sangat ke? A.N.N.O.Y.I.N.G! Hahaha… eh dah tukar Maggi le…
No comments:
Post a Comment