Friday, May 21, 2010

The Dad’s Coming to Town

…dengan perutusan dari Tuanku Permaisuri.

Sepatutnya semalam beliau datang tapi disebabkan flight beliau sampai lambat makanya beliau postpone ke hari ini. Tadi pukul 10 beliau call kata on the way ke Sek 13. Alamak kantoi, kata kat beliau semalam saya orang yang selalu bangun pagi so no problem kalau beliau nak datang awal. Tapi malangnya saya menjawab telefon dengan separuh mata still kat REM dan suara yang sangat sleepy. Bergegas bangun dan buka Facebook sebab itulah kerja saya setiap hari, kalaulah buka FB nih boleh dapat gaji seriously saya akan menjadi sangat kaya sehingga kena stroke.

Seperti biasa rutinnya, akan berjumpa kat foodcourt. Dad tengah sipping his favorite teh tarik dan dua biji kuih berupa kuih koci dan pulut panggang. Sangatlah Seri Mersing my dad nih, bukan ke ada burger di stall berdekatan. Jumpa my dad dan salam, perkara pertama tanya kesihatan beliau. Pas tu tanya latest result lipid profile, terutama tang cholesterol status beliau. Pas tu tanya kesihatan mak. Overall sangat memuaskan. Dad kata cholesterol level dia tak naik tapi maintain pada tahap sebelum nih. Masa ni aku berharap sangat ada iklan Quaker Oat kat sini, sebab kalau preach my dad kita akan kena counter-preach balik. Beliau ini sangat licik orangnya. Saya sangat menjiwai lagu Madonna ‘Papa Don’t Preach’ di dalam subconscious bila berbual dengan beliau.

Beliau tanya kenapa kolesterol tak turun walaupun kat rumah guna minyak tanpa cholesterol jenama Naturel Canola Oil. Saya berkata, guna minyak tanpa kolesterol masak benda-benda berkolesterol won’t do the trick papa. I advised beliau untuk banyakkan exercise untuk raise HDL beliau tapi beliau selalu bagi alasan takde masa. Oh, saya tidak boleh berceramah panjang dengan beliau sebab orang yang sedang makan di meja sebelah asyik pandang-pandang mungkin berfikir “Giler dowh budak ni gi brainwash bapak dia,”. Nasib baik bapak pegang kemas teh tarik dia kalau tidak aku akan mengalami detik-detik eureka menemui salah satu aplikasi teh tarik. Sebagai menyiram manusia penyebok. Seperti yang sudah dijangka papa pun mula bertanya “Kalau result keluar lama lagi, tak nak balik ke?” oh soalan rhetorical yang jawapannya retrospective. “Nope!” saya buat muka indifference supaya beliau tak tanya soalan lanjut. Ya saya selalu auto-botox-kan muka saya serta flat-tune-kan suara untuk mengelak further interrogation…

Chop! Saya dengar orang ketawa seperti dolphin ketika menulis entry ini. Wah manusia telah melakukan reverse-evolution kepada haiwan kembali. Adakah bermakna kita akan mula bertelanjang lagi?

Saya bertanyakan khabar dan perkembangan my siblings. So proud of them all walaupun 90 percent dad cerita tentang betapa bangganya dia dengan anak gadis bongsunya yang semakin cemerlang dalam pelajaran dan agama. “Nana wakil sekolah lagi untuk pertandingan tadarus al-Quran peringkat daerah,” saya tumpang gembira bila beliau tersenyum menceritakan pencapaian demi pencapaian anak kesayangan beliau itu. “Tapi keputusan ujian bahasa Arab dia masih biasa-biasa saja,” beliau menambah. Saya bertanya, by ‘biasa’ tu adalah apa? Beliau menjawab adik dapat B je. Itu adalah luar biasa bagi saya sebab saya dulu masuk kelas Arab sangat bahagia bila dapat D walaupun dapat pulasan kat perut dan rotan kat punggung oleh ustaz saya yang garang itu. Beliau sudah plan nak jadikan adik saya seorang Syariah Lawyer seperti mana beliau plan saya menjadi the ‘D’ word, abang menjadi Accountant dan adik lelaki saya menjadi Engineer. Beliau suka buat plan begitu, dan mengapakah beliau tidak venture dalam bidang Future Planner instead of counseling? Saya juga tidak faham formula ini.

Ya abang is a year away sebelum boleh buka firma sendiri dan adik lelaki saya telah bekerja dalam bidangnya. Saya jugalah yang sangat ‘berjaya’ meng-anggur-kan diri sehingga masam menjadi Pinot Noir, dengan masa depan ‘cerah’ dan ‘promising’ with upside down exclamation point.

Jalan ni sangat berliku. Kata pakcik teksi semalam jalan raya kat depan MSU lama tu diturap 2 inci instead of 5 inci sebab tu asyik bumpy je dan kerikil-kerikil dari failed asphalt bertaburan. Ya Lilian Too pakar Feng Shui mengatakan to quote “Jalan yang bumpy dan berbelok-belok adalah sangat tidak baik untuk menarik ong masuk, oleh itu transfer fee dan registration fee yang mahal harus dikenakan bagi menyeimbangkan elemen yin dan yang,” unquote. Saya berkata, “Kedai Feng Shui Lilian Too di Midvalley dan Jusco Klang sangat tidak laku despite that. Oleh yang demikian untuk menyeimbangkan yin dan yang, sila bungkus saja dengan plastic sampah hitam serta berdirilah di escalator ketika kereta merempuh rooftop parking kat KB Mall."

My mum kirimkan something. I wish it was her sambal bilis yang saya sangat rindu nak makan. Marilah kita melihat apa yang tuanku permaisuri itu kirimkan.

Mula-mula I was deluded dengan paper bag yang fancy ini. Bila dibuka, demikianlah isinya.





Kuih Lidah (as we call it) - Sweet Stuff

Keropok Sabit - Sweet Stuff

Kuih Cincin - Sweet Stuff dengan 4 jenis gula

Kerepek Ubi Kayu - Sweet Stuff lagi

Keropok Amplang - Savoury Salty

…and no sambal bilis.

Oh ibu, saya tahulah saya telah letakkan ibu sebagai pewaris 50% dari polisi insurans saya. Perlukah ibu begitu obvious mahu meningkatkan kadar sodium dan gula dalam darah saya? Whatever happened to such policy of no junk food allowed? Bukankah lebih baik ibu kirimkan saya roti sandwich dan setin kaya sahaja? Now kena fikir macamana nak habiskan benda ni. Anyone?

Anyway thanks a lot mom. You are the best. Love you very much.

P.S: sometimes I can be such ungrateful asshole. Kenalah aku beli bilis dan masak malam nih sebab dah teringin sangat.

1 comment:

Nomad Melayu said...

Salam...

KUIH CINCIN!! lama tak makan!!

as well as the other treats!!

T.T"

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...