Petang tadi, selepas kelas dengan Ketua Jabatan O&G, kitorang join Grand Ward Round (GWR) di Wad 24, yakni wad aku (pengakuan hak milik) dan 3 rakan-rakan yang lain. GWR ini dihadiri oleh ramai doktor termasuklah Consultant, Specialist, Junior Specialist, Medical Officer, House Officer dan bakal-bakal doktor (InsyaAllah) iaitu 13 orang pelajar MSU yang ditempatkan di O&G department. Memang rasa sangat seronok bila tengok perkumpulan cendakiawan perubatan berkumpul membincangkan setiap kes yang menarik dari katil ke katil. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah Oligohydromnios, Induction of Labour dan Multiple Risks Pregnancy. Aku pun sempat tangkap beberapa gambar curi-curi.
Kesian bila tengok pesakit terlkebil-kebil tengok lebih kurang 42 orang doktor dan student serbu diorang. Mesti diorang ingat masing-masing adalah kes terminal atau kritikal. Hehehe...
Sebenarnya tujuan GWR adalah untuk membincangkan cara management terbaik dan berkongsi latest medical research or advancement untuk setiap kes-kes yang dibincangkan demi kebaikan ibu-ibu mengandung dan bayi yang bakal dilahirkan.
Sebelum ni di IPR, GWR di adakan di auditorium di mana kes dibentang dan dibincangkan tanpa kehadiran pesakit. Rasionalisasinya adalah kerana tidak mahu patient terasa terganggu dan takut melihat kehadiran ramai doktor dan pelajar perubatan mengelilingi mereka. Tapi di O&G department ni lain pula ceritanya. Apapun, yang penting adalah niat dan tujuan ia diadakan.
Ini adalah serba sedikit dari gambar yang kurang kualitinya diambil menggunakan HP murah.
Alamak tak nampak ketua jabatan lew
No comments:
Post a Comment