Saturday, February 27, 2010

Potong, Potong, Potong

Berada di wad surgical pada mulanya disangkakan satu langkah yang drastic dan mempunyai significant yang tidak melampaui keraguan yang munasabah (<-- ayat loyar yang berbelit, aku sendiri tak paham). Di sini, kita belajar lagi untuk mempertajamkan skill History Taking dan Physical Examination walaupun most of the time kita hanya belajar cara menyalin report yang sedia ada dengan cepat sambil patient terkebil-kebil memandang. Skill History Taking dan Physical Examination juga Case Presentation yang diasah dengan tajam sewaktu berada di IPR dulu menjadi sedikit tumpul apabila berada di Forensic Department kerana caranya amat berbeza apabila berurusan dengan orang mati. History Taking-nya lain dan presentationnya adalah suatu skrip ulangan yang hanya diubah bila perlu…


“Jasad seorang [jantina] [dewasa/bayi/kanak-kanak] [bangsa], bertubuh [kecil/sederhana/besar] [kurus/sasa/gempal] dengan kaku mayat yang [sempurna/minima] dan lebam mayat yang [sempurna/minima] di [belakang/depan/tepi kiri/tepi kanan/kaki etc.] dengan rupa yang [sesuai/tak seswai] dengan umur yang dinyatakan.”

Hari tu (dah tak ingat bile) follow sorang kakak tu buat total thyroidectomy. Agak lama juga kitorang tak masuk Operation Theatre (OT). Kalau nak diikutkan bila-bila masa jer boleh masuk OT tu tapi disebabkan kitorang sangat ‘busy’ maka kitorang jarang ada masa nak masuk. As for me, kalau nak ikut ke OT tu biarlah kesnya yang kitorang tahu, so takdelah terkebil-kebil bila surgeon tiba-tiba tanya tentang patient tu dalam bilik OT tersebut. Kakak ni sangat baik, aku sanggup datang awal pagi nak follow dia nyer surgery, ingatkan nak kena bedah awal pagi, tapi pukul 11 baru buat.

Ingat lagi hari tu, tengah best-best belek BHT kakak ni sambil borak-borak tanya keadaan kakak tu pre-po, tak semena-mena ada dua orang medical student year 5, dari USM berdiri di belakang aku. Hahah…maybe diorang berdua ni nak ikut aku buat ward round kot. Hahahaha…dia tak tahu yang aku ni year 3 BMS. Bila aku toleh kat mereka berdua ni, diorang tersengih macam kerang busuk pandang aku, takut kot. Kebetulan hari tu pass pelatih tinggal kat rumah, so nampak sangat aku ni macam Mr atau paling koman HO kat ward tuh….hahaha. Aku just sengih balik kat dorang pas tu blah dari ward tu. Nasib baik diorang tak kenalkan diri kat aku dan mintak izin follow ward round, kalau tak nescaya kena buli diorang 2 ekor ni dengan aku yang ilmu panjang sejengkal tapi karisma sebesar lautan dalam…bley?

Kakak tu dibedah kat Dewan Intan, seperti biasalah, kalau nak masuk bilik persalinan scrub gown tu kena melalui system keselamatan ketat. Mula-mula kena tekan loceng, kat situ ada kamera, orang kat kaunter dalam akan decide boleh bagi masuk atau tak, boleh je masuk, bukankah kami memakai white coat dan pas pelatih (yang dibawa datang oleh encik Niz) iaitu access ke mana-mana. Lepas tukar baju ke scrub biru, dan memakai head cap. Kitorang lapor diri kat kaunter untuk menulis nama dan mendapatkan pas pelawat. Kakak tu tengah berada kat waiting bay dengan nervous. Sempat juga borak sikit-sikit dengan dia bagi dia cool down sikit. Dan 3 orang nurse pelatih itu pun banyak pulak soalannya kat aku? Memang benar, sesungguhnya jejaka yang memakai whitecoat akan menjadi kegilaan ramai nurse-nurse pelatih, tinggal nak pilih je. Hahaha…

Masuk bilik Induction terus ke dalam OT 3, tengok kat board surgeon mana yang in charge for the surgery. Mula-mula nampak nama Ms A, wah lega, tiba-tiba ditambah nama Mr. Z, habis kecut perut. Doremon dan Sepol trauma dengan doctor ni natijah dari tragedy di Surgical Outpatient Department (SOPD) tempoh hari. Aku walau tak pernah mengalami turut merasakan gerun. Bila patient dah diberikan GA dan semua surgeon dah scrub. Bermulalah aktiviti ‘potong memotong membawa berkat’. HO yang assist haritu kecil molek orangnya. Nasib baik takde scrub nurse yang garang macam time surgery herniatomy tempoh hari. Cara dia bergerak dari satu tempat ke tempat sangat tak steril, mungkin dia gabra kowt sampai tak ingat.

FYI scrub gown hijau tua tu yang steril adalah kat bahagian depan dan belakang adalah considerably tolerable. Siapa yang assist kedua-dua tangan kena sentiasa atas paras pinggang. Kalau takde apa nak buat dengan tangan tu, pegang sahajalah draping kat patient tuh atau volunteer nak retract, suction atau tukang conduct diathermy yang berbunyi cam mesin ECG flatlining tersebut. Student yang observe kat situ tak boleh datang dekat sangat, at least sekaki dari surgeon dan assistant beliau. Kalau dulu, kitorang berdiri jauh sangat kat tepi pintu bilik induksi. Langsung tak nampak apa-apa, apadaa? Lainlah kalau macam surgery Trans Urethral Resection of Prostate (TURP) tempohari, ada juga monitor kita boleh tengok. Walaupun wayang gambar sekadar memeparkan drama prostate tissue yang di-shave bit by bit. Bak kata Mr Tarmizi “Yang hijau jangan sentuh, yang biru boleh,” metafora hijau Pas dan biru BN. Maksud harfiahnya adalah, yang berwarna hijau adalah steril termasuklah kain draping, gown dan alas troli instrument tuh. Yang biru itu sekadar baju scrub biasa yang tak steril sangat pon.

Agak bosan jugalah berdiri lama, dahlah sejuk. Surgery walau sesimple thyroidectomy (simple ke? Buat tengok!), sangat mengambil masa. Mana nak ligate arteries, mana nak clip viens, mana nak cari Recurrent Laryngeal Nerve (RLN) kat kiri kanan untuk di-spare agar patient tidak bersuara hoarse. Juga nak salvage parathyroid glands. Dalam-dalam boring cam tu, Mr Z itupun memulakan sesi soal jawab setelah puas memberikan insultion yang terpaksa ditelan walau tangan macam nak ambil scalpel tikam jugular dia atau at least nicked carotid dia. Selamatlah orang buat surgery sekarang ni guna diathermy jer, kalau tak…(<-- cheh bajet ganas)

Soalan ditanya berbentuk anatomy, in relation to what? What artery that supply? Apa nerve supply? Walau ada silap sikit kat mana-mana. Peringatan, superior thyroid artery branch from external carotid dan bukan common carotid. Dan nerve supply to spare adalah RLN bukan vagus. Bila dia dah dapat jawapan yang ada betul dan ada tidak, dia pun diamlah jua. Kali ni nasib baik tak kena macam Doremon dan Sepol kena haritu kat SOPD.


Dari pukul 11 sampai pukul 3 mereka masih lagi busy meligate-ligate, OT sangat sejuk dan perut sangat lapar dan pundi kencing dah distended sangat sampai detrusor dah bagi warning “Hang tak void sekarang, aku suruh external urethral sphincter bukak jugak!” so kitorang pun blah juga dengan terburu-buru.


Hari tu pergi lunch lambat sikit. Lepas balik lunch staright to ward 28, kakak tu takde kat bed asal. Tanya kat SN dia kata maybe dia still on anaesthetic recovery monitoring kat Dewan Bedah Intan tuh. Nevermind, let’s move to another patient. Adalah beberapa kes yang tak menarik sangat tapi still nak letak dalam catatan short case.


Lebih kurang macam tu lah aktiviti harian kitorang. Tak cukup kat wad 28 pergi wad Peds (Anggerik) untuk mencari-cari kes yang best atau sekadar bertegur sapa sebagai therapy humanity (which didn’t work on me).


Yeah…that was the kind of day if not ordinary.

2 comments:

Nomad Melayu said...

hah...couldn't wait till I get the taste of LI...

Aniron Orion said...

it taste bittersweet....like a dark chocolate

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...