Tak banyak perkara untuk diceritakan di sini. Beberapa masa dulu, mungkin banyak nak cerita, tapi kemerosotan prestasi neuron akibat malnourishment dan kekurangan meminum susu formula diwaktu kecil menyebabkan aku sering mendelete-kan-nya dari memori hard disk computer lama cam aku nih (<-- veteran sangatlah?). Jaman kepala hotak aku adalah zaman computer bermemori 1 GB diagung-agungkan, floopy disk 1.44 MB itu adalah nyawa, dan window 98 itu adalah tuhan segala perisian operator. Sekarang nih, bukan setakat computer bermonitor CRT, USB drive yang 1GB itu dipandang dengan pupil terbuka 1mm sahaja taw…tidak fixed, tidak equal dan tidak reactive to light and accomodation.
Bulan Mac kian datang, dan bersama ketibaan Mac akan datang suatu gelombang yang bernama…budak-budak tino BMS yang datang berbondong-bondong bersama seribu satu hikayat Mereng Mahawangsa. Serta-merta kedamaian sepanjang sebulan di sini bakal menjadi huru-hara, bukanlah kerana gelombang nafsu berahi yang memuncak terhadap mereka tetapi gelombang amarah dan sengketa yang bakal hadir….bersama Senandung Semalam (<-- tiba-tiba layan Alleycat).
Kat Ward 28 Female Surgical Ward pagi tadi (25 February 2010), tiba-tiba aku menanam azam, (tidak bukan menanam Mr. Azam the Urologist, kang meraung budok tino) untuk bertegur sapa dengan semua patient. Biasanya aku akan menelek buku hikmat sebesar alam itu untuk melihat kes-kes menarik so boleh go straight to the particular bed selain dari acute appendicitis yang rutin. Kali ini, my round melibatkan blinded survey iaitu bertegur sapa sambil membelek BHT terus ke part PROVOSIONAL DIAGNOSIS, kalau kes cam tak best, tanyalah “Macamana rasa hari ni? Ada kurang sikit?” atau “Ada rasa sakit lagi tak?” kepada patient yang baru diberikan tramadol atau IM voltaren sambil membelek-belek BHT seperti seorang pro atau soalan “Ada demam?” sambil membelek observation chart dan lab result nyer folder sambil bertanya pada diri adakah spike in temperature? atau adakah rise in white count?. Sekiranya, dalam keadaan borang merah jambu bernama Surgery Report atau Discharge Note terisi atau terwujud di dalam BHT tersebut soalannya lazim berbunyi “Bila doctor kata boleh balik?” dengan bunyi tidak seperti menghalau kepada kakak post-thyrodectomy yang mempunyai extra appendages berbentuk drainage from operation site di lehernya.
Sedang leka men-clark patient yang muda remaja berumur belasan tahun dengan umur sekiranya aku mencuba untuk melakukan ‘sesuatu’ itu akan dikira sebagai statutory rape walaupun di-consented (<-- perlukah berfantasi demikian). Budak ni pun bila aku approach je bed dia, tetiba berbuat sakit dengan erangan yang penuh profanity nadanya, menyebabkan pakcik yang menjaga isterinya di bed yang diagonal dari bednya menelan air liur (<-- patutkah aku 18SX kan cerita ni?)
Apapun bukan mengenai dia yang aku nak ceritakan, tetapi makcik kat bed opposite bed dia nih. Ketika aku baru nak berfantasi memandang X-ray filem sambil humming lagu yang bukan dicipta oleh Eddie Hamid ataupun Lan Laga mahupun Saari Amri dan dahi pun berkerut-kerut (semacam ada berita buruk) padahal try nak cari mana abnormalnya X-ray itu walhal si patient itu cuma mengalami renal colic Mansooor! Dalam BHT kata ada renal calculi, kalau betullah renal tu ada kat lateral subphrenic, manakah ‘batu’-nya? (<-- luchah)
!Makcik ni mungkin terpana melihat ketampanan jejaka berbaju kelabu bertali leher hitam tersebut mulalah buat fit. Well actually more like a hysterical-manic episode yang presented somatically. “Doktor tolong! Mak saya!” anak perempuannya yang semi-hot itu memanggil-manggil diri ini. Kebetulan ada House Officer kat bed sebelah bed yang aku clerk itu, kami berdua saling berpandangan. Akukah atau diakah yang dipanggil? Kami berdua serentak approach bed itu. Makcik tu tetiba with rage clenched her fist tightly sambil muttered unknown word, tiba-tiba dia pegi tepuk-tepuk kepalanya dengan kuat berkali-kali “Benge pale” lepas tu disuruhnya anak gadisnya itu meniup di kedua-dua telinganya. Maka Naughty Nurses pelatih pun datang bersama SN yang lain. Pas tu dia struggle around her bed cam nak muted hysteria sambil cuba mencabut IV branulla di tangan. SN pun jerit, “Makcik jangan bukak!!!”. Sampai masuk darah IV tube tu. Makcik ni bila aku dah pegang dia nyer badan, boleh pula dia berdiri atas katil dia cam nak pergi somewhere. “Ma duduk, ma duduk!” kata anaknya. Patient kat bed lain jadi hairan melihat freakshow itu. Aku plak risau sebab atas tu ada kipas, kang rosak pulak kipas tu bila terkena kepala dia (<--kerisauan tak berhati perut). HO pulak bertanya bersahut-sahutan dengan nurse yang kebingungan “Makcik nak pergi mana ni?”. Makcik tu serba tak kena, struggle atas katil, payah juga nak memujuk dia duduk balik. Bila ditanya sekali lagi makcik itu menjawab “Aku nak kencing lah!”. SN memujuk dia untuk stay di bed sementara dia ambilkan bed urinal “Makcik kencing kat sini jer, tak payah pergi bilik air, makcik ada darah tinggi, nanti jatuh.” Makcik tu vacillating ke kiri kanan katil indecisively cuba mencari seliparnya. Nurse pelatih datang membawa wheel chair. Nurses memujuk dia pergi ke tandas dengan wheel chair tapi makcik tu menjawab “Sibuk lah, aku nak jalan” sambil menolak SN seraya berjalan laju ke tandas. Aku sempat pass saline drip kat anak dia untuk dibawa bersama ke bilik air. HO itu bertanya kat SN, “Ada history of fit ke makcik ni?” dan aku pun membelek-belek BHT, takde plak. Bila makcik tu balik dari bilik air, dia dah okey dah. Anak makcik tu cakap to the concerned audiences yang mak dia memang selalu juga kena macam tu kat rumah, a thing they call BENGANG or was it BENGONG.
I didn’t quite figure apakah istilah medical untuk sudden attack yang menimpa makcik tu, status bengangicus (as opposed to status epilepticus). Mungkinkah jin peliharaan makcik tu datang menyerang menyebabkan sudden episode of rasuk? Ataukah makcik ni saje buat drama untuk menarik perhatian aku yang mahu dibuat menantu? Atau mungkinkah brain makcik tu tak boleh menafsirkan nerve signal dari bladder dia yang dah penuh sebagai “Ready to void,” dan makcik tu tak boleh express apa yang dia nak lakukan sebenarnya. So makcik tu try to figure out what her brain try to tell her dengan melakukan aksi tepuk-tepuk kepala dan sebagainya. Yang pastinya makcik, the term for your condition can be summarize as “Nak Kencing,” tak payah buat sarkas plak. Bayangkanlah setiap kali dia nak kencing kena hysterical macam tuh sebab brain tu tak boleh decide or interpret the signal. Penat tul. Mungkin makcik ni ada CONVERSION SYNDROME.
Cuak jugak aku. Kalaulah makcik tu tiba-tiba kena heart attack atau seizure. Apakah yang patut aku buat? Nasib baik ada houseman kat situ so, the responsibility untuk decide the step terbeban kat bahu dia. Mujurlah takde apa yang berlaku. Sebelum banyak lagi makcik yang dahagakan attention dari aku mula menunjukkan symptom masing-masing, aku pun blah dari ward itu.
Hari ini aku belajar about the fatality of being GOOD LOOKING in the ward and their acute need of attention. Aku bukanlah menantu yang baik melainkan mereka berharta.
2 comments:
Nice Story!!
tapi dari cerita ni baru aku tau yang banyak lagi medical terms yg ak tak tau (selain yg ko buat sendiri)
thanks for the story!
takpe...belajar sikit2...lama-lama jadi dictionary
Post a Comment