Monday, January 04, 2010

We Walk…We…Wa..lk


Ada orang tanya, kenapa friends kat facebook aku sikit?

Ko tak femes ke?

Ko anti-social ke?

Ko ni sombong ke?

Takde sape nak kawan dengan ko ke?




Aku rasa aku pernah buat entry pasal Pesbook nih. Tapi mungkin disebabkan yang bertanya tu bukanlah silent readers aku apatah lagi mengetahui kewujudan blog ni, makanya aku buat lagi entry pasal nih. (<-- sengal tak? Dah tentunya orang tu tak dapat baca entry blog ni, boleh plak explain kat sini kan?)

Macam ni penjelasannya, gi ambik pen dan kertas.

Sebab Pertama.
Aku takdelah sexcited sangat nak kumpul friend ramai-ramai dalam facebook. Walaupun kalau mengikut statistic facebook, memang aku antara manusia terseksi yang kurang jumlah friends sementelahan aku letak profile picture tahap mengegar iman (<-- gahahaha!!!). Aku lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Kalau ada kawan 4,987 orang pun tapi kalau yang ko kenal sekadar 14, memang hampes sangat perilakumu Mamat. Memang le nampak ko popular ada ramai kawan, tapi fakta itu akan dihumban ke jamban bila mengetahui yang diorang tu hanyalah sekadar manusia jenis macam korang juga. Manusia macamana? Manusia jenis add orang ramai-ramai hatta add yang tak kenal pun semata-mata nak friends list nampak meriah. Kononnya ko femes walhal semua member FB kau tu kau yang request nak add. Dah ramai friends list, ko mengonarkan orang yang kurang friends list. Sebab Kedua
Ko nak friends ramai-ramai buat apa? Sah-sah yang add ko tu sekadar nak tengok gambar yang ditag-kan kawan mereka yang happens to be kawan korang juga. Kena lagi jenis, konsep ‘Add dan Sunyi’, dia add kau, pas tu dia sunyi. Tup-tup ko nampak muka dia keluar kat Buletin Utama jadi suspek kes ragut, banggakah? Kalau le nak kata konsep cari kawan baru melalui Social Networking, tapi takde effort pun nak mengenali orang yang korang accept atau add, memang kau hipokrit tahap beruang. Gi sepak diri sendiri.

Sebab Ketiga
Bayangkan kalau korang ada 10 ribu friends, tiap satu adalah makhluk jenis suka update status selang seminit. Sila darabkan 10 000 x 60, berapa ramaikah manusia yang akan flood ko punye HOME STATUS dalam masa sejam. Facebook dah di-Twitter-kan. Silap-silap ko ter-miss the real friend ko punye status update. Para (make believe) friends ko tu pulak suka post status…

“Baru lepas berak, tahi ada sayur” Munah Indah Water likes this

ATAU

“Baru keluar dating dengan sayang I, I rindu dengan dia lah, tadi kitorang ringan-ringan kat pawagam” Bapak Kau likes this (<-- balik rumah kau siap) ATAU “Entah kenapa, aku rasa malam ni sangat dingin. Bayu tiupkanlah sepi ini agar terubat kudis butaku.”

Semua ni stress kan kepala jer. Lagi-lagi kalau dapat friend kaki emo 24/7, cam ko nak tumitkan je trapezius muscle dia kan? Dah tu makhluk macam ni jenis yang korang tak kenal. Jenis kawan ko punya friends punya friends punya friends.

Aku ni pulak jenis nak ambil tahu tentang manusia yang aku pernah jumpa secara reality dan aku rasa cam nak ambil tahu keadaan mereka melalui status post diorang. Oleh yang demikian, manusia-manusia yang aku kenal hanya dari gambar 5 cm kat profile picture tuh, akan gatallah tangan aku untuk men’delete’kan secara ‘tidak sengaja’. Seriyes, masa aku click delete tu, aku kena rasuk. Buat spring cleaning jap. Tiap ujung bulan bersihkan friend list. Kau ada sifat supplement Safwa (Sihat lagi Suci) cam aku?

Sebab Keempat
Lebih banyak kawan, lebih banyak ragam.

Jelita Ugly hits you with pillow.

Siamang Berlagu sends you a request.

Bapak Jiranmu invite you to join Kenduri Arwah Bibik (<-- yang mati diseterika). Arwah Makwemu invite you to join Kelab Kuburku Sunyi (<-- Ya Allah! Insaf) Sebab Kelima
Ada antara kawan korang yang jenis schoolmate lama. Sementelahan korang ada history yang tak best dengan dia sebagai contoh korang pernah dinistai olehnya atau dia pernah sepak greater trochanter korang atau dulu dia gossipkan korang dengan minah debab rambut serabai, mahukah kau membuaka luka lama? Lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis Hemophilia cam aku. Luka lambat nak sembuh.

Sebab Keenam
Kalau antara friend tu adalah Mak, Ayah, Makcik, Tok Anjang, Adik Tiri. Kang nak letak status bukan-bukan cam tak best pulak. Bayangkan kalau kau letak status…

“Bapak aku kedekut, dia bank-in duit seposen je dalam bank” ATAU

“Tok Anjang bela hantu raya nama Milah” ATAU

“Tadi aku baru balik dari temankan Pak Teh lepak minum Kopi Janda di gerai D’Goda Janda”

…tak ke sebenarnya maut tu menanti anda sebaik saja pulang ke rumah atau kampung?

Tu tak masuk lagi ko add orang kampung. Bayangkan tetiba member kampung kau ada dalam friend list kau dan status yang kau post pulak berbunyi “Aku baru keluar lokap, kena serbu kat kelab malam tadi,”. Mamat ni pulak anak kepada Joyah CNN kampung, maunya dicanang-canang satu kampung yang kau masuk lokap, tu tak masuk tokok tambahnya. Tidakkah malu keluarga dikampung apabila kau diadu dombakan.

Sebab Ketujuh (<-- tujuh baru cukup syarat) Kau punyalah rasa cam bagus dapat kawan dari Slovakia, St. Kitty Island, Trinidad and Tobago dan dari Azerbaijan, dan kau pula bangsa update status tiap kali habis satu cardiac cycle. Status kau berbunyi, “Kenapakah si X dah lama tak call. Benci!!!”. Rasa-rasanya, international friend ko paham tak? Rasa-rasanya, local friend kau ada ambik kesah pasal tu? Itulah sebabnya, kalau nak revealkan perihal perasaan, lebih baik kepada orang-orang yang kita kenal dan wujud secara dekat dalam hidup kita which is, kalau dikirakan dari 9,645 orang tu, maybe 4 orang je yang ambil kisah, 9,641 lagi dah naik menyampah.

Kesimpulan (<-- karangan sangat) Oleh yang demikian, aku mengamalkan konsep Ignore, Reject, Delete dan Filter. Bukan takde siapa yang add, dan bukan sedikit yang aku ignore, bukan sedikit juga yang aku delete. Semua kerana aku mahukan kualiti dan bukannya kuantiti. Lainlah kalau kita ni orang terkenal, memang patut kita accept friend request sebab nak jaga hati peminat dan nak bagitahu peminat perkembangan kita. Tapi kalau kita jenis manusia yang tak dipandang nih, unless kita pernah post video lucah kita kat YouTube (<-- dan banyak pulak orang view), adalah rasionalnya ko add semua peminat korang tuh. Otherwise, sikit-sikit sudah. Alter Ego: Yelah…kat blog letak juga Facebook stamp kat belah kanan tu kan?
Saya: Kuang ajo ko Mail. Tereksiden je tu (<-- cover) Kalau boleh, biarlah friend yang aku ada tu aku ada tendency untuk ambil tahu dan dimengetahui (<-- T.I.A cikgu BM aku). So korang bertuahlah terpilih untuk menjadi antara friends yang tak di-delete. Bermakna aku ada rasa cam nak ambil tahu perihal kehidupan korang. Pentingkah aku. Nanti agak-agak tangan rasa cam gatal, aku deletelah korang senyap-senyap. Saya sangat suka perbuatan demikian. Lagi kurang orang, lagi focus attention aku. So kepada readers yang aku pernah delete dari contact di FB, aku tak tahu bagaimana nak cakap betapa aku merasa…sungguh bahagia melakukannya. Bukannya aku benci, tapi belum masanya kita berkenalan rapatan. Kepada sesiapa yang nak delete aku pulak lepas nih, aku ucapkan…buatlah cepat-cepat. Kepada sesiapa yang nak atau dah add tapi dah setengah tahun still tak di-accept, serieyesly…aku memang nak add kau Jamal, tapi aku tertekan ignore buat kali kelapan. Maklumlah aku ni kidal (<-- alasan orang fail paper Pathophysio Nervous System). Kepada sesiapa yang berniat, kau try tengok. Kalau aku accept, kau kenalah bersujud syukur. Bertuahnya badan kau. Kan Sepol kan? Ko tak tahu aku Solat Sunat Istikharah samada nak confirm untuk add ko ke tidak. Hehehe…

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...