Tuesday, January 12, 2010

Tajuk: Aku Sebatang Pen



Entry ini tidak berkesinambungan antara perenggan. Jika anda merasakan sangat tertekan. Sila jangan teruskan bacaan.

Percayalah wahai readers

Ketika aku menulis menaip entry ini

Kerjaku selayaknya menimbun

Berhutang dari IPR

b/b (bawa ke bawah) ke Forensic Serdang,

…dan rasa malas itu

Sebenarnya adalah salah satu

…dari Seven Deadly Sins.

Kalau ada orang opt kepada arak dan dadah dan orgasma untuk membuatkan mereka bahagia, aku adalah pencari ketenangan dalam expresi diri. Dalam blogsite ini, bersama readers yang membaca (walau pun assignment kau ada kat Wikipedia), secara tidak langsung aku bersuara… “Mak kau tahu ke kau baca blog nih?”

Semua orang mahu menjadi enigmatic dan bukannya statistic. Percayalah penulis blog enigmatic bagi aku adalah saudara INI dan INI. Mereka menulis sehingga kita merasa stress. Stress untuk berfikir. Berfikir adalah fobia orang Melayu. Tapi setelah stress biasanya, kita akan merasa enlightened.

Aku pernah membaca blogsite yang bersyarah tentang itu dan ini, mengajar kita bagaimana untuk hidup. Kerana mereka yang terasa hidup yang terlebih lama, berhak menasihatkan mereka yang muda. Seperti kaunselor, mereka ini hipokrit sahaja. Yang patut bersyarah tentang hidup adalah mereka yang telah mati, kerana mereka pernah hidup. Tapi kebarangkalian kita untuk duduk mendengar syarahan mereka adalah sangat rendah parallel dengan jumlah yang lari lintang pukang sambil mulut kumat kamit berterabur baca ayatul Qursy. Pandai berbahasa basi ketika menghujahkan perihal hidup tidak bermakna kita yang terbaik dari yang ditarbiyahkan.

Alangkah baiknya apabila kerungsingan itu boleh digaru-garu hilang. Tapi apabila kuku tajam menggaru lazimnya meninggalkan luka abrasion. Jika nasib kurang baik, bakal berdarah dan mendapat infeksi secondary. Jikalau anda begitu malang untuk memiliki RVD dan dijangkiti pula bacteria ESBL, kita mendapat sepsis dan mati. Jadi, kerungsingan itu sewajarnya difikirkan dan bukan diratib-ratib hilang.

Apabila kita banyak membaca, dan menganalisis manusia, fikiran kita jadi haywire. Terlalu banyak yang ingin difikirkan pada suatu masa hatta ketika meneran mengeluarkan sisa kumuhan juga kita berfikir teori penciptaan cakerawala.

Teori sains metafizik menyatakan garam bersifat meneutralkan. Semangat jahat dikatakan memiliki cas negatif. Dan teori aura menyatakan bahawa garam adalah pembersih aura, ditambah lagi dengan kapur. Tapi di manakah hendak ku cari kapur? Di sekolah pedalaman atau di tepak sirih? Selepas mandi dengannya, aku rasa ringan dan tidak lagi terbeban oleh kepenatan yang dicetuskan oleh imageri-imageri manusia dilapah. Bersyukur kerana harga garam bukan perdebatan mutakhir.

Aku terkadang jemu dengan rutin. Tapi tidak pernah jemu untuk tidur. Kerana rutin tidur adalah suatu kenikmatan yang sama lazatnya seperti nikmat jasad yang lain. Seperti sewaktu meneran feces keras yang bergerak perlahan melalui sphincters. Seperti makan makanan favorite tanpa memikirkan ketebalan adipocyte di subcutaneous. Seperti sewaktu anda mengasah pensil sehingga tajam atau pensil mekanikal tersumbat ditekan-tekan akhirnya lead-nya terkeluar.

Kadang-kadang aku berharap esok aku bangun sebagai pemuda kampung zaman pra penjajah. Hidup yang sangat simple, turun ke laut, pergi ke bendang, berkebun. Selesa dengan apa yang ada dan tidak pulak bersungut tentang materialistic. Sejauh-jauh pemikiran ketika itu cuma sekadar memikirkan bagaimana untuk survive musim kemarau ketika kepuk padi semakin surut isinya. Dan bagaimana mahu mengumpul wang untuk meminang anak penghulu.

Kebelakangan ini, kematian itu menjadi seakan jenaka hitam. Bagi manusia yang tidak acapkali mengetahui keseronokan kehidupan, kematian adalah sindiran tawar. Seperti nasib melukut yang diperibahasakan. Tapi apakah verdict bagi manusia yang mencari keseronokan pada kematian orang lain? Apakala kematian adalah sumber motivasi untuk hidup bagi menghadapi lebih kematian. Jasad hanyalah bahan organic untuk membuat petroleum bagi generasi jutaan tahun akan datang. Andai sahaja teori 2012 itu sekadar rhetoric pelaris filem.

Ketidakseronokan menjadikan kita jemu untuk meneruskan strategi hidup. Sebenarnya bukan hidup yang perlu dikeluhkan. Tapi kegagalan menemukan alternative mencari keseronokan lain. Penggali kubur juga beroleh kepuasan apabila jenazah yang dikambus cukup tanahnya dan tidak berair kuburnya.

(KATA HATI: Erm…pabila kematian bukan lagi menjadi taboo).

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...