Friday, December 11, 2009

Hiatus


Dari Kiri: Nizam "hear no evil",
Sepol "see no evil",
Helmy "say no evil",
Pejoi "blog evil"

Jarang sekali aku berasa kebas untuk berhiatus. Selalunya mesti rasa macam ada yang tak kena bila tak post blog. Memandangkan Clinical Training yang sangat demanding dan kapla otak pun ada angin juga banyak isi dalam, makanya entry kali ni semata-mata untuk menulis sekadarnya. Clinical Training boleh tahan bestnya, tapi kalau datang time bosan, pun agak boleh tahan juga. Macam-macam konflik ada tapi biasalah, bila dah spent masa yang lama bersama dari pukul 7 sampai pukul 5, meluat juga tengok muka masing-masing kan? Tapi muka aku juga yang mereka dambakan? Kenapakah? Cermin di lobby itu berseri-seri? Adakah sebab Helmy yang training dengan Radicare selalu membersihkannya atau adakah kerana ia bersinar tatkala memantulkan wajah yang tampan kurniaan Allah ni? Syukur. (<--tak bley riak nanti ada orang tarbiayahkan, kan Sepol kan?)

Yang penting, waktu clinical training ni lah kitorang tetiba dapat kemahiran membaca X-Ray dan CT scan secara spontan dan mempelajari bahasa wad yang hampeh. R/A itu maksudnya bukan Rheumatoid Arthritis tapi Room Air okay dan K/C/O tu bukanlah Potassium Carbon Monoxide tapi Known Case Of maksudnya. Penatlah kitorang ni nak meneka macam-macam, hanya selepas beberapa percubaan gagal akhirnya menghadap jugalah kat nurse untuk bertanya. Patient setakat ni agak co-operative, tapi tengoklah minggu depan bila semua patient dah tepu menjawab soalan. Orang tengah sakit ditanya macam-macam, tak cukup sesal dapat sakit, kena interbiu plak hari-hari, ada royalty ke mereka?

Yang paling penting, bila kita dah apply segala teori yang ada, semua benda dah tak perlu nak main hafal-hafal. Cer ko suruh Saiful ambik history (clerk) kesopakan rambut Nizam mesti dia dapat bagi ddx yang sebabnya adalah hasil kerja tangan Helmy. Bak kata kalau dulu kat A&E HKL aku tak paham maksud CLERKING tu (rujuk entry lepas), sekarang ni, doktor tak clerk lagi dan fail patient masih kosong, kitorang dah bergegas nak clerk. Tak sangka, tally rupanya info kitorang dengan MO itu. Huhuhu…makan hati…

Yang penting, kitorang juga belajar macamana nak communicate dengan patient walaupun adakalanya direject. Tetap mereka tak di-Kevorkian-kan, belajar bersabar jugalah. Tapi kat bilik doktor, tetap mengutuk mengeji kan Pejoi?...ni baru first week clerking. Lepas ni, bila dah rotate ward, haraplah kau mendapat cold shoulder. Patient dah letih nak menjawab setiap hari persoalan kita. Ko bayangkan Mael, bila kita tanya soalan “Pakcik ada berkongket dengan betina lain selain bini pakcik tak?” ko darab 31 kali, tak ke pakcik tu rimas hal dalam kain dia jadi persoalan. “Ye uncle dulu ada kudis buta kat bontot” ulang 31 kali. Stress patient kan? Lepas ni bila kita lalu je kat pakcik tu, mesti dia dah segan nak mampus. Itulah gunanya confidentiality and ethic. Kita dibenarkan bercerita tentang penyakit sahaja, tapi tentang keburukan mereka jangan dijaja-jaja.

Kuih kat kantin kat Asrama Jururawat tu sedap. Pas ni aku pasti tak makan luar.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...