Apakah yang kau dapat bercucuk tanam di FarmVille Mael? Carpal tunnel sajalah kan?
Dengan permintaan ramai. Aku mempersembahkan hasil cucuk tanam aku ni. Sungguhlah berfaedah jika berbudi kepada tanah. Petani jaya dan graduan tani sungguh. Kalau agak-agak menyambung MBBS itu sekadar mimpi di siang hari, makanya tengoklah aku membanting tulang di balkoni rumah bercucuk tanam, sambil memakai seluar apek dan bertopi lebar sikit dari topi Nizam. Dengan persoalan klasik Yna, dari manakah kau dapat sumber air sedangkan blok 2 selalu takde air?
Walaupun hasilnya sekadar self-sustaining, jadiklah daripada takde kan. Kau ada Helmy?
Boleh tak agak-agak aku declare bahawa aku melakukan tanaman secara organic sebab aku tak guna racun serangga dan baja hanyalah sekadar siraman air jemuran jiranku yang celaka kat rumah atas? Jiran aku yang ter’sayang’ kat rumah atas tu sangat lah ‘mulia’ pekertinya. Pagi-pagi hari, sebelum aku sempat nak nyanyi “Air pasang pagi, surut pukul lima, saya bangun pagi siram pokok bunga,” dia dah tolong siramkan pokok aku dengan air sabun. Mampus berbuih mulut makan sayur ni.

No comments:
Post a Comment