nenek ni idola petani jaya wa
Bagi mereka yang pure maging (<-- term sains kuno zaman Dollah Ashburn) atau carnivorous, tajuk di atas nescaya akan dianggap sebagai kata-kata carutan atau nista. Tapi percayalah kalau aku nak mencarut bagai, aku akan guna bahasa ibunda iaitu Celtic je. Jangan risau, korang takkan paham.
Sebenarnya Pak Choy itu sayur, Choy Sam itu juga sayur Mail. Bukannya daging babi jeruk mahupun itik panggang. Kalau kau nak beli sayur di pasar Melayu, kau sebut sahajalah Sawi. Tak yah nak budget triple language kat auntie jual sayur itu. Lainlah kalau ko pergi SJK(C) cam Helmy atau mencuba kerja part time kat pasar sayur.
Kenapa aku tetiba tulis pasal sawi Pak Choy dan Choy Sam ni? Sebenarnya, terlanjur cuti-cuti ni kita banyak menganggur sambil memperabihkan duit MARA apa kata kita buat aktiviti berfaedah dengan kos hanya RM12. Dengan dua belas ringgit, kalau beli ais belended kat Starbucks atau Coffee Bean sekali minum dah habis. Tapi kalau kau pergi giant beli benda-benda cam kat bawah ni.
Nescaya kau akan lebih bermakna hidup ini Seman.
Yelah aku suruh baca buku Clinical Medicine yang korang borong kat Book Fair haritu, korang malas. Aku suruh korang beramal ibadat, korang liat (<-- ayat hipokrit). Makanya marilah kita sama-sama bercucuk tanam. Sementelahan perkataan bercucuk tanam bagi orang yang dah kahwin berbeza dengan orang yang belum kawin dalam konteks apa yang di’cucuk’ dan apa yang bakal tumbuh melalui ‘cucukan’ itu, makanya ingin dijelaskan di sini maksud bercucuk tanam yang dinyatakan di sini adalah versi orang belum kawin iaitu PERTANIAN.
Dulu korang pernah sama-sama ke dapur bersama Pakcik Kacak. Pakcik Kacak itu telah dipanggil untuk jadi ketua tukang masak bahagian Asian Cuisine kat
Mengapa aku tidak menanam bunga? Bak kata bonda beta, tangan kami anak-beranak ini bukanlah tangan yang sejuk untuk menanam bunga. Setakat bunga kertas tu, tumbuhlah jua. Tapi kalau bunga spesis lain, alamatnya layu juga bunga kat logo MSU itu tetap bunga yang ditanam itu tak tumbuh. Kalau aku nak menanam ‘bunga’ di taman, kang jadi kes homicide pulak. Better-lah aku menyunting sahaja bunga di taman, lagi best. Makanya, dari tanam bunga yang tak boleh dimakan dan tak berfaedah untuk kesihatan, betterlah menanam sayur macam orang-orang di Cameroon Highland demikian. Perlukah ada efek asap ala-ala kabus atau memadaikah asap fogging dan jerebu?
Maka kita nantikanlah perkembangan sayur itu sama ada tumbuh ke tak. Bak kata Karam Singh Walia
“Tak tumbuh tak melata, tak sungguh wa tak kata.”
Andai kata, (nauzubillah) sayur itu tidak tumbuh, makanya marilah kita menanam arwah yang agak-agak tanah tak cukup tu
Korang agak-agak, perlukah aku tinggal di tingkat 9 untuk menanam brokoli dan cauliflower? Yelah bukankah sayur-sayur tu biasa tumbuh di tanah tinggi. Sementelahan Cameroon Highland atau Bukit Jelutong itu bukanlah sejengkal jaraknya dari rumah aku, betterlah aku gi bawa tanah ke tempat tinggi, jadik lah
Andailah aku berjaya menumbuhkan kedua-dua spesies sawi ini, cadang-cadang nak tanam pulak apple ke anggur ke oren pulak. Manalah tahu tumbuh
Kalau aku nak tanam buah-buahan dalam tin, adakah ia akan tumbuh bersama nata de coco atau sekadar buahan tropika. Bermaksud buah peach, pear dan ceri tak tumbuh sekali bersama tulip. (<-- ko paham ke?). Makanya, kalau ko tak nak sengal cam aku, makanlah banyak sayur-sayuran dan bukanlah serdak biskut raya.
Dulu aku pernah menjadi peminat setia Mamee cup. Bukan Nizam, bukan ‘cup’ yang di pakai mummy@emak. Mamee Noodle Cup jualah yang dimaksudkan. Pakcik tak buang cup nye, sebab dah lama pakcik simpan hasrat nak bercucuk tanam menggunakan cup itu, tapi memandangkan sangatlah busy (madang), makanya asyik terlupa. Oleh yang demikian, MSU memberi cuti yang panjang kerana mahu menyiapkan kampus baru, maka aku pun tetiba teringat hasrat yang lama untuk menanam sayur di balkoni rumah.
Mengamalkan konsep “Tanamlah sebelum kamu ditanam”, maka bercucuk tanamlah untuk menjimatkan perbelanjaan dapur. Walau sebenarnya aku ni jarang makan sayur melainkan sayur campur (jagung, lobak dan kacan pis) demikian, teringin jualah nak makan kailan goreng ikan masin, walaupun aku tak tanam kailan (<-- sangatlah wadafak
Sementara ada lebihan tanah, agak-agak kalau aku tanam tulang ikan kaloi (cam kat citer Bawang Putih, Bawang Merah), tumbuh tak pohon beringin bersama buaian?
Pengajarannya, sementelahan korang istiqamah menjaga sayur-sayuran kat FarmVille di Facebook tu yang membuang masa dan karan, marilah kita sama-sama menanam sayur yang berbeza secara realiti. Boleh kita tukar-tukar sayur
JOM BERTANI!
No comments:
Post a Comment