
Hari itu, 10 Oktober, abis je exam kami menjalankan misi memusnahkan bom di rumah Jaitun Elina (paradox tak nama?). Memandangkan saya ni dibesarkan sepenuh masa di Ireland, makanya saya tak memahami konsep mencampur bahan membuat laksa samada laksa biasa, laksa johor maupun soto. Sangat sedihlah saya. Tapi yang tak tahan, Anak Gergasi 1 itu bertukar menjadi tersangat pemalu ketika berada di rumah Jaitun itu, dia juga tidak memakan dengan banyaklah seperti lazimnya.
Tetapi apabila berada di rumah Dollah Ashburn, dia begitu berselera menghabiskan kuah spaghetti itu sehingga surut jualah ia ke tahap kritikal sehingga Dollah kena pergi ke dapur untuk refill. Pengajarannya di sini, kalau ada sesaper yang buat Open Thirsty yang lauknya tak habis, hubungilah nombor beliau untuk pemusnahan secara drastik. Adapun Anak Gergasi 1 ada kawan baik Anak Gergasi 2 juga dan together mereka memusnahkan apa sahaja yang ada di kenduri termasuk meja dan kerusi. Hahaha…
No comments:
Post a Comment