Memandangkan aku terpaksa skip Nostalgia Part 6 atas sebab-sebab tertentu (painful stuff), aku teruskan dengan Part 6.5 so deal with it people! Dan kali ini kita kembali ke mode AKU dan lain kali kita ke mode BAMBI semula.
Masa kecil aku memang selalu sakit. Sewaktu berpindah semula ke ibukota semula pada tahun 1995, aku masih seorang ‘antik’ seperti yang dikatakan oleh mak. Manakala abang dah upgrade ke peringkat kebal (dalam sistem hierarki ajaran sesat Ayah Pin). Paling kurang setiap 3 bulan aku akan kena tonsillitis. Bila aku sakit, aku akan sakit amat teruk (dosa banyak sangat, kifarah le tu) sehingga kena pergi sampai 3 buah klinik. Kalau pergi ke jabatan pesakit luar hospital kerajaan, dahlah masa menunggu sangat lama, kita pula tengah sakit kepala pening, orang sekeliling dengan macam-macam penyakit, kita yang tak berapa sakit ni jadi lebih sakit so baiklah pergi ke klinik swasta walaupun kena bayar mahal.
Dekat dengan rumah (takdelah dekat sangat, kena naik keta juga) ada sebuah klinik bernama Klinik Dr. Mohamad, klinik ni perkhidmatannya takdelah semahal klinik lain. Walaupun doktornya hanya lulusan UKM tapi dia sangatlah baik dan mesra pesakit. Sebab perkhidmatannya murah maka ramailah orang pergi ke klinik beliau. Terasalah diri sangat marhaen bila berada di klinik tersebut. Dengan premisnya yang berada di tingkat 1 atas lot rumah kedai, tingkat 2 pula adalah pusat karaoke a.k.a brothel, terasa sangatlah ghetto bila pergi ke klinik tersebut.
Satu perkara bila aku sakit, akan ada pathogenesis skema seperti berikut. Memula panas badan pastu sakit tekak then demam. Bila dah demam, takde selera makan, perut jadi kosong maka fenomena ‘masuk angin’ pun berlaku. Bila perut dah ‘masuk angin’ pening pun berlaku dan loya-loya pun datang. Mak aku panggil dugal (bahasa
Yang aku paling jemu adalah makan ubat, mak aku selalu tekankan suruh habiskan antibiotic walaupun aku dah sihat. Aku tanya kat mak kenapa kena habiskan antibiotic, bukannya aku sakit lagi, mak aku cakap dah doktor suruh habiskan ikut je lah. Satu perkara yang aku respek kat mak aku adalah, dia selalu bagi ubat on time. Kalau ubat tu 3 kali sehari atau setiap 8 jam, walaupun pukul 4 pagi, mak kejut suruh makan ubat. Itulah yang membuatkan aku tak suka makan ubat kerana menganggu aku tidur.
Agak jarang sekali pergi satu klinik je sakit aku baik, biasa aku kena pergi 3 klinik baru baik tak termasuk pergi baerubat tradisional dengan ustaz yang terkenal di
Biasanya, kalau dua hari sakit aku tak baik juga, mak akan paksa bapak suruh pergi ke klinik lain. Klinik kedua biasanya adalah Poliklinik Perdana, selain tu banyak klinik lain lagi. Kat situ, diagnosis tetap sama tapi antibiotic yang diberi lebih kuat. Kalau tak jalan juga, klinik yang final sekali dan yang paling berkesan adalah Klinik Dr. Ganesh. Kat klinik dia ni, kalau tak melayang RM100 tak sah. Yang bezanya kat klinik ni bukanlah diagnosis yang lebih baik tetapi ubat yang diberikan lebih kuat (dan mahal). Bak kata kalau aku dapat penicillin kat klinik Dr. Mohamad, kat klinik Dr. Ganesh aku akan dapat vancomycin. Patutlah perkhidmatan beliau sangat mahal. Tapi sebenarnya sekarang bila aku dah belajar Clinical Microbiology dengan Dr. P, barulah aku sedar apa yang Dr. Ganesh tu buat sangat tak beretika (<--apakejadahnya Bambi?) dan pergi berjumpa pelbagai doktor adalah sangat tidak perlu.
Prescribing strong antibiotic kepada sakit ringan cam strep tonsillitis sebenarnya tidak beretika. Kalau misalnya pesakit tak habiskan antibiotic course-nya, ia akan menyebabkan penghasilan antibiotic resistant bacteria. So Dr. Ganesh walaupun dia punya reputasi baik sebagai sure-heal klinik, tapi sebenarnya dari segi etika memberi ubat, dia sangat tidak beretika. Dia lebih prefer menjaga clientele dan reputasinya berbanding tanggungjawab terhadap profession-nya. Sepatutnya dia kena start move along antibiotic hierarki dari yang low concentration kepada high atau dari jenis yang kurang kuat kepada yang sangat kuat. Dengan kata lain, dia kena start dari first-generation antibiotic baru ke stronger. Bukan tetiba bagi yang third-generation yang sepatutnya jadi last defense antibiotic. Begitulah kisahnya dengan broad-spectrum dan specific-spectrum antibiotic.
Pihak pesakit pun kena jalankan tanggungjawab sepatutnya. Aku sepatutnya kena habiskan drug and antibiotic course dari klinik pertama lepas tu kalau tak sembuh juga barulah pergi ke klinik lain. Setiap infection ada course atau durationnya, sebab itulah kita kena makan ubat dan antibiotic on time untuk pastikan drug concentration dalam blood stabil. Kalau sampai drugs concentration jadi low, bacteria itu akan bertindak untuk mutate hasilkan gen baru sebab tulah demam lambat sembuh. Sebab antibiotic lama dah tak jalan sebab kita makan ubat not on time atau skipping dosage.
Apa yang aku nak ceritakan di atas dalam siri Nostalgia kali ini hanyalah intro sahaja. Perkara sebenar adalah berkenaan INSPIRASI dan MOTIVASI. Selalunya aku pergi ke klinik dengan mak. Bapak biasa lepak kat kedai kopi berdekatan klinik sementara tunggu aku siap diperiksa. Kalau dengan mak, biasanya mak akan cakap “Tahan ye nak! Kejap lagi doktor panggil masuk,” atau mak akan keluar masuk bilik air nak basahkan tuala untuk tekap kat dahi sambil suruh aku baring kat bahu atau riba dia (sampai umur dah 15 tahun, still nak manja dengan mak).
Tapi kengkadang mak sangat sibuk di rumah makanya bapaklah yang kena bawak dan teman aku kat ruang menunggu di klinik. Dah namanya bapak, ada dia kesah anak jantannya yang mengaduh-aduh sakit perut dan pening kepala? Takde maknanya. Bapak selau baca newspaper atau majalah yang ada kat situ. Tapi being psychology graduated, bapak aku ni sangatlah opportunist dalam segala hal berkenaan memberi motivasi. Oleh yang demikian, instead of berkata “Sabar anakku! Sabar! Ya Allah, tolonglah hambamu ini, selamatkanlah anakku!” dengan penuh dramatic walaupun anaknya cuma sakit tonsillitis, bapak aku gi buat teknik DIVERSION.
Nak tahu apa yang bapak aku cakap
“Tahu tak berapa pendapatan klinik ni sehari?” ada ke patut? Orang tengah sakit loya-loya dia tanya soalan camtu. Bila aku tak jawab bapak aku sambung cakap.
“Lebih dari seribu ringgit sehari. Kalau sebulan, puluhan ribu. Tu nampak senarai syarikat kat dinding tu?” apehal pulak bapak aku ni?
“Tu semua syarikat-syarikat yang jadikan klinik ni klinik panel diorang. Sebulan diorang bayar mahal kat klinik ni tak kisahlah kalau pekerja diorang datang ke klinik ni atau tidak. Syarikat-syarikat tu tetap bayar kat klinik ni,” dengan muka pucat, aku pun angguk-angguk dengar penjelasan bapak.
Yang penting aku paling tak tahan bila bapak cakap, “Sebab tu lah bapak nak Bambi jadi doktor. Boleh dapat banyak duit. Sebab tu kena belajar rajin-rajin. Subjek-subjek sains tu kena score betul-betul,” tak boleh tahan tul kena lecture time-time sakit cenggini. Kadang tak cukup kat klinik, kat dalam kereta on the way nak balik rumah bapak aku sambung lecture dia. Pantang ada peluang, bapak aku ni ada je nak lecture.
Mungkin disebabkan itulah (rationalization -->), bila aku associate lecture ayah aku dengan kesakitan dan demam, aku jadi de-motivate. Bila ingat je lecture bapak, aku ingat perasaan tak selesa waktu demam. Sebab tu aku sangat ‘cemerlang’ dalam SPM. Hahaha…
Adapun ada kisah yang menyebabkan bapak aku mengalakkan aku mengambil medicine sebagai future prospect. Kisah itu akan diceritakan dalam entry akan datang.
No comments:
Post a Comment