Sunday, October 18, 2009

Makan-makan di Rumah Kakak Tan Mey Mey



Aku ni berperangai sangat Jamiroquai (pelik). Time tengah-tengah exam banyak pulak masa aku nak menulis blog kadang sampai 2-3 blog dalam sejam. Tapi bila cuti panjang dah bermula, takde pulak idea nak tulis pekebenda. Takde manusia yang nak diketupatkan. Orang dah makan nasi impit Nona dah sekarang. Senang kerja.

Pada 11 Oktober, kitorang ramai-ramai pergi rombongan catering ke rumah kakak Tan Mey Mey. Memang sangat best kalau buat kenduri ni, Mael. Patutlah dulu makcik aku kawin kan anak dia setahun sekali sampai sume anak dia dah kawin.

Menu-menu hari itu adalah seperti berikut

  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Lemak Cili Padi
  • Ikan Bilis Goreng (ditabur cili kering goreng dan bawang merah besar)
  • Sambal Goreng Ayam
  • Ikan Siakap Masak Sweet and Sour (terlebih timun dan nanas)
  • Sayur Goreng Campur
  • Petai
  • Air Ribena
  • Desert – Puding Buah Pecah Susu [sic]


Berikut adalah tenaga kerja dan jemputan terbabit.

  • Tuan Rumah merangkap penganjur utama & Chef 1– Mama Danish
  • Chef 2 – Mey Mey @ Memey
  • Chef 3 – Anak Chef Ipin (<-- sila KLIK SINI bagi mendapatkan borang application buat menantu, bayaran boleh dibuat kepada blogger ini)
  • Tukang Kupas Bawang – Ada Sorang Budak Ensem dari Ireland
  • Tukang Kecoh – Mantan Presiden Kelab Batu Lilin (<-- dipecat kerana suka buat bising time kenduri)
  • Ahli-ahli Skuad Pemusnah Bom Jemputan Khas

Mula-mula dulu dah terbukti berjaya menjalankan perkhidmatan perkahwinan kat Pekan, Pahang. Kemudian jadi tenaga kerja catering kat Taman Mawar. Sekarang dah ada pengalaman masak kenduri pulak. Kesimpulannya, tidak ke kalian semuan berhajat membuka Syarikat Batu Lilin Sdn. Bhd. Dengan moto “Kami menawarkan khidmat kenduri-kendara, dan perkhidmatan perabiskan makanan lauk kenduri. Kerana kami membela 2 ekor anak gergasi.”

Kalalulah kiranya MBBS tu tersangatlah mahal yurannya, maka marilah kita membuat part time demikian. Agak-agak tak dapat belajar surgery manusia, kita buatlah procedure me-Mona Fendi-kan (mengerat dengan kejam) ayam dan menyelongkar perut ikan.


Seterusnya marilah melihat gambar-gambar di tempat kejadian.


Mama Danish sedang busy menoleh ke kiri dengan efek iklan shampoo


Arwah siakap yang kehilangan bahagian mandible dan caudal


Tan Mey Mey yang berlakon konon tak sedar kamera ambil gambar dia. Pandai dia ni.


Dengan tekun dia mengaul ayam yang telah di-Mona Fendikan dan di-liposuction (dijamin tiada lemak)




Arwah Siakap yang di-murder oleh Bangla Market Segi


Hasil titik peluh. Banyak peluh menitik dalam lauk ni. Korang tak tau...hehehe






Skuad pemusnah





Puding Pecah Susu



Budak Ireland Yang Hensem Itu (No. Tepon: 012- XXX XXXX)

Lagu tema Tukang Masak:
Kami tak malas, dan kami tak kaya, bila bekerjasama, semua jadi mudah, goooo Geng Batu Lilin.


Lagu tema Skuad Pemusnah:
Kami tak kenyang, dan kami tak malu, bila mentekedarah, sema kami sebat, gooooo Skuad Bom




No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...