It was the most stupidest stunt I ever pulled. Disebabkan oleh beberapa perkara, aku memutuskan untuk tidak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Aku prefer beraya sorang-sorang kat rumah di Perdana ni. No it was not that sadomasochistic stuff that I always did, tapi entah kenapa aku tak merasakan sangat semangat nak beraya tahun ni. Beriya-iya ayah aku nak belikan tiket balik (walaupun sebenarnya duit segedebak MARA aku hari tu still ada lagi kat ASB), tapi aku bagi alasan yang kononnya nak studi untuk final. Bullcrap itu semua. Padahal raya tahun lepas boleh je aku bawa nota balik kampung. Lagi banyak subjek. Ke memang aku ni ada tendency untuk membuatkan mak aku sedih. Oh Tuhan berdosakah aku?
Last sekali aku balik adalah bulan Mac lepas. Takdelah lama sangat. Tapi bila mak aku dapat tahu yang aku tak plan pun nak balik selepas final exam, dia lagi sedih. Entahlah, semenjak kitorang berpindah rumah ke tempat baru tu, aku sangat tak berminat untuk balik. Bukanlah tempat itu angker tapi kerana tempat itu berada di ceruk bukit dan susah sangat nak dapat public transport untuk ke pusat bandar. Kalau aku balik pun, asyik terperap je kat rumah melayan ASTRO yang tak mengembangkan otak. Better lah aku duduk kat Shah Alam bumi angker ini walaupun duduk sorang-sorang kat rumah bertemankan jin dan jembalang, aku rasa lebih belong to this place. Rasa-rasa bosan, aku gi Giant.
Walaupun raya ni seperti lazimnya kitorang celebrate kat kampung sebelah ayah aku, aku sangatlah tak berminat nak berjumpa saudara-mara dari kedua-dua belah parent. Antara sebab musababnya:
- Tiap kali jumpa sedara mara belah ayah. Pakcik makcik dan sepupu sepapat aku akan tanya soalan retorik yang aku dah bosan nak jawab. “Bila nak habis belajar?” dan “Bila boleh jadi doktor?”. Kalaulah aku boleh tempah satu menara jam buat countdown supaya mereka tak payah tanya benda-benda aneh camtu, alangkah baiknya. Soalan ini akan berulang setiap tahun dan setiap kali berjumpa mereka. Kalaulah soalan tu berulang cam soalan SPM, gerenti aku straight A. Dah tu soalan berangkai pulak “Tu anak pakcik polan tu belajar kat unibersiti juga, tapi dah kerja dah sekarang.” Patutkah aku bentangkan kurikulum aku kat mereka semua nak explain serba-serbi.
- Sepupu sepapat belah ayah aku yang sebaya mahupun lebih muda hampir semuanya dah bekerja kecuali lah yang masih bersekolah. Tengah kecoh jadi hartawan sebab join syarikat jualan langsung DCHL yang famous sebab Lampe Berger, walaupun takde sangat nak jual barang, asyik nak cari ahli. Tiap kali balik bercuti, asyik suruh join je bende tu, pastu tayang kemewahan. Handphone mahal, kereta besar, jam mahal, beg Louis Vuitton, dan serba-serbi riak dia nak tunjuk. Bila dah riak, sombong pun datang. Aku dah malas sangat nak menghadap keangkuhan mereka. Kata-kata paling menyakitkan hati “Itulah kau, aku suruh jadi downline aku hari tu kau tak nak.”
- Kat sebelah mak aku pulak, sepupu sepapat 97% dah kahwin dan ada anak. Seperti yang lazimnya soalan no.1 itu akan ditanya berulang-ulang. Kalau aku pergi berziarah 10 rumah sedara, nescaya I will sound like radio buruk atau Grammaphone yang tak diservis. Aku akan dilanda inferiority complex bila tengok mereka dah punyai rumah, kereta dan keluarga. Aku juga yang tak habis-habis belajar.
- Ultimate reason, adalah sebab aku tak nak jumpa Puaka Arwah Makcik aku tu. Sudah menjadi tradisi, selepas sembahyang raya dan dengar khutbah kitorang akan balik ke rumah nenek belah ayah. Pastu, semuanya akan bersalam-salaman minta ampun maaf. Lazimnya yang muda lah akan minta ampun kat yang tua. Aku tak nak minta ampun kat Puaka Arwah Makcik aku tu sebab aku tak pernah buat salah kat dia, bahkan sebaliknya. Aku kalau boleh tak nak tengok lagi muka dia yang fake innocent tu. Mungkin satu-satunya masa aku akan tengok muka dia adalah sewaktu pengecaman mayat kat hospital, kot-kot dia mati eksiden ketika meronggeng dengan balak durjana dia tu. Menyirap-nyirap kemarahan aku tulis pasal dia. Memang aku kejam.
- Raya sekarang ni pun bukan nye best macam dulu-dulu. Orang-orang kat kampung dah malas nak keluar berziarah ke rumah sanak-saudara. Duduk terperap tengok rancangan TV istimewa hari raya, walhal semuanya filem-filem ulangan. Jadi apa bezanya aku terperap kat kampung dengan terperap kat Perdana ni?
Aku paham mak dan ayah aku mengalami ‘Empty Nest’ syndrome. Umur dah setengah abad, anak-anak semua dah besar. Rumah jadi sunyi sepi. So sekali-sekala mereka pun call lah anak-anak tanya khabar. Aku paham, sebagai ibu dan bapa pastinya mereka akan rindukan anak mereka. Aku juga bukanlah anak yang kejam yang bakal menempatkan mak bapak aku ke rumah orang tua. Tapi buat masa ini bagilah peluang untuk aku merasakan kehidupan untuk diri sendiri. Esok lusa aku akan hidup untuk orang lain; untuk isteri, untuk anak, untuk mak bapak mertua. Buat masa ini, biarlah aku mencari kehidupan sendiri.
I never rely to my family as my emotional support system. I never rely to even my close friend as my emotional support system. Sebab macamana rapat pun kita dengan seseorang tu, mereka akan punyai masalah mereka sendiri untuk difikirkan. Walaupun mereka buat muka concern dengan masalah kita, sebenarnya mereka itu tidak jauh dari mencuba untuk menjadi sahabat yang baik secara figurative-nya. At the very end, aku hanya ada diri sendiri untuk dijaga. Aku juga punya mekanisma sendiri dealing with my emotional challenge. Pendek kata, walau betapa baiknya kita, orang tetap tak akan ambil kisah melainkan mereka ada agenda tersendiri.
Kita tak boleh force orang untuk concern tentang kita dengan mereka-reka kononnya ada macam-macam penyakit, setiap minggu pasti ada penyakit yang berbeza-beza. Dari penyakit yang sekecil flatulance sehinggalah bizarre stuff cam cancer otak. This attention seeking people ada abandonment issue. Selalu mahukan perhatian dan diambil berat. The bottom line is, you have to rely to nobody but yourself. Mungkin kau akan perlukan seseorang untuk uruskan jenazah kau kelak but that’s it. Dalam kubur kau menghadap Munkar dan Nankir sorang-sorang.
Kesimpulannya di sini, jagalah diri sendiri dan belajarlah untuk hidup sendiri. Kerana orang disekeliling kita bukanlah hidup untuk selamanya. Mereka akan suatu hari nanti tinggalkan kita samada untuk pergi ke dunia satu lagi atau untuk hidup di dunia lain with no you around. So jadi anak jantan harus berani dan berdikari. Henti-hentikanlah jadi attention seeker, sooner or later people akan grow bored dengan this kind of people. Tahun lepas-lepas kau ada kanser otak, dua tahun kemudian kau still juga hidup tapi dengan teori kanser yang lain pulak. You are just ended up regarded as the boy who cries wolf…until the real wolf come.
No comments:
Post a Comment