Tuesday, August 11, 2009

Stalker Check

Kalau kat Friendster, kita boleh tengok Who’s Viewed Me. Itu pun display siapa yang kita tak kenal yang tak pernah viewed kita sebelum ni, yang dah pernah viewed kita atau dah jadi member kita biasanya tak display sangat. Kat Facebook pulak, atas dasar Privacy Policy katanya (henjeng!), dia tak sediakan button untuk check siapa yang viewed kita. Tapi ada application optional yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk check siapa yang aktif dalam pelbagai kriteria terhadap Facebook Wall kita seperti yang dinyatakan di bawah…



Yang pakcik tak tahan tu, dia iklankan service tu sebagai Stalker Check, kejam tak! Adakah mereka ni sangat Psychopath sehingga dicop sebagai Stalker, Mael? Tapi bila pakcik try application ni dia tukar pulak jadi ‘My Top Fans’, okey lah sikit kan. Maka dengan demikian, marilah kita cek siapakah Top Fans pakcik.



Kesian pakcik, ada 24 orang Fans jer, isk…isk…isk…

Tapi pakcik kena bagi hadiah terhadap pemenang pertama itu. Nanti pakcik bagi tissue jamban yang mempunyai tanda tangan pakcik ye? Ko nak tak? Aku bagi kau free access baca entry ni pun dah kira royalty lah kan?

Yang No.2 tu memang kipas mati-keras (die-hard fan) pakcik, mana tak nye, bukan ke dia tu secretary pakcik, ala…yang suka request pakcik jawab soalan kuiz yang bukan-bukan tu. Ada ke patut dia suruh pakcik jawab kuiz ‘Berapa panjangkah ***** anda?’. Isk…isk…isk…nak tahu sangat ke? Jawapanya 65 tahun, itulah panjangnya HAYAT pakcik? Ko suke ke pakcik mati awal, Munah?

Yang No.3 pulak same gak ragamnya, suka hantar soalan kuiz, tapi pakcik selalu ignore sepertilah soalan kuiz yang di-request orang lain. Bukannya apa, kuiz-kuiz tu semua merepek. Soalan ntah hape-hape tetiba dapat result yang bukan-bukan. Makanya pakcik tak galakkan korang menghantar request soalan kuiz kat pakcik. Semua itu akan kelak masuk ke dalam lori MBSA semuanya.

Oh pakcik suka sangat No.5 tu, skandal pakcik yang terchinta rupanya. Apa khabarmu di sana? Apa cerita monyet bernama Helmy yang kita kutip ketika beliau memakan sampah tempoh hari? Sudah kah kau sarkaskan beliau?

No.9, berapa tebalkah sawang di blogsite anda? Boleh tak agaknya pakcik gunakan sawang itu untuk memberus kawah kenduri atau membuat sweater? Apakah criteria puaka idamanmu untuk menunggu kat blog itu?

No.10, kau emo lagi ke? Nak tak pakcik bagi rawatan renjatan elektrik tajaan TNB dan Persatuan Orang-orang Emo Trinidad & Tobago (POET)?

No.20, apa khabar dua jarimu itu, jelantahkah nasi tanpa tunjuk ajar sifumu tersebut? Perlukah aku timbulkan kontroversi untuk kau menghantar juadah berbuka bulan puasa kelak ke rumah pakcik?

Agak-agaknyelah kan, kalau korang cek Top Fans korang, berapa ramaikah antara korang yang bertuah mendapat pakcik sebagai Top Fans korang? Makanya korang kenalah menjaga hati peminat dengan mengajak pakcik makan kat Tony Roma’s atau TGI Friday itu. Ngerti?!!!

Bagi stalker-stalker pakcik kat luar sana seperti Miss Teruja (yang jap pakai jilbab, jap campak), pakcik ucapkan kalau korang tengah-tengah best stalk pakcik tu, jangan lah lupa membeli album Ramlah Ram berjudul, ‘Ko Nak Sain Ke?’

2 comments:

mia sephia said...

amboiiiiiiiiiii..perli baik punye..a'ah byk sawang pn kt blog tu ha..g r tlg cuci kan..nnt ly bg upah 2 hengget..hahaa

Aniron Orion said...

tak berani nak cuci...ada giant spider kat dlm tu...mentibang...mengkarung...buaya tembaga...cam zoo pun ada

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...