Tuesday, August 04, 2009

Pojan (by Request)

Meh kita buka tikar mengkuang untuk mengetupatkan budak nama Pojan. Meh sini Senah duk dekat Pakcik ni. Ngkau Mami Paku, jangan buat-buat suchee ngan aku, aku tau kau pasang telinga meh sini penuhkan korum.

Arakian…

Jap…nak amik mood Rosnah Mat Aris jap (<--lahanat le kan, asyik makcik ni je yang enterframe, ko nak kena saman Fara?)

Dengar elok-elok, apa yang bakal kita diskusikan ni sangatlah penting. Kalau ko pikir kadar kematian akibat jangkitan virus H1N1 tu penting, yang ni lagi membuang masa dan pahala. Makanya kau pasang telinga dan…


…err…bukalah mata besar-besar

Pojan ni sebenarnya pun sama cam kawan kita yang seorang TU (<-- klik di sini), dia pun ada history alter-alter muka nih. Jangan kau tak tahu, dia ni ada kembar cam citer La Usurpadora tu.


Nih gambar mereka…

ni kalau buat wallpaper ni, mau pakcik tak buka laptop tiga kali Jemaat. Gerenti ter-shut down tiap 3 minit. Pakcik akan tutup mata sambil klik icon secara random.

Palpitation jap jantung pakcik ni…err…

Makanya kerana mahu menjadi seorang yang unik dan lebih terserlah berbanding twin brothernya itu, dia telah terbang ke Thailand untuk melakukan rombakan parlimen…eh silap…transfromasi cam Eh Ep 7 (AF7) tu. Dengan kekuasaan bulan dan kemahiran yang terdaya oleh doktor-doktor Siam(-ang) tu, makanya inilah hasil yang terdaya dilakukan oleh mereka. Dah tak boleh buat apa lagi dah.

rambot Jeton Sameon pakcik tak tahan. Muka garang masih menjadi trademark.

Pas tu follow-up dengan kontraktor buat jamban dari Haramistan, eloklah sikit muke dier...

argh…dia gi kenyit mata kat ko Nizam!

Ketika Pojan balik ke rumah dengan semangat baru yang membara dengan penampilan baru yang ‘bergaya’, jirannya seorang nenek tua (yang perasan dirinya seorang koboi itu) yang sedang bertikam lidah dengan lintah peliharaan terkedu dan terdiam memandangnya …


muke kena cardiac arrest

…tak tau nak cakap dia ni TERKESIMA ke TERHARU ke TERPANA? Yang penting lepas tu nenek tu dah selamat dikenduri arwahkan. Siapa nak jawab tu Pojan? Dahlah, pakcik nak berzanji ni (<-- tebus dosa, hamponkan pakcik Kasiiiim!!!).

** P.S: Pakcik dah siap pedajalkan Pojan, pueh ati Helmy? Ada apa-apa permintaan lain lagi? Pojan, kalau ko nak saman, ko saman dak Helmy tuh, dia yang bongkarkan rahsia ko ni. Pakcik sebagai wartawan tampan hanya menjalankan tugas (walaupun satu sen haram pakcik tak dapat). Adios!


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...