

Kalau korang perasan, pakcik jarang sangat nak citer pasal housemate pakcik kecualilah tentang brother hampeh tempoh hari. Sekarang ni pakcik dah dapat housemate baru, dia ni adik kepada housemate pakcik yang lama dulu. Letih sangatlah nak melayan karenah diorang ni. Dulu abang dia macam-macam kerenah ni adik dia pun sama gak. Tapi dalam banyak-banyak kerenah tu. Yang pakcik paling tak tahan tu ialah satu perangai yang agak pelik iaitu tahap FreakShow.
Pakcik sedar yang pakcik tak mampu beli peti ais SAMSUNG yang ada nano silver ion tu, apa yang pakcik mampu adalah peti ais minibar ni hah.
Seksi tak minibar pakcik, siap ada effect plastic koyak lagi. Ko ado Helmy?
Dah namanya Mini, maka kapasiti muatannya pun tidaklah sebanyak mana. Ni ape hal aku nak citer pasal peti ais ni? Yang aku nak citer adalah apa yang disimpan di dalam peti ais itu. Pakcik perasan yang housemate baru (HB) pakcik ni cam agak teruja tengok peti ais mini, hampir setiap benda dia nak sumbat dalam peti ais. Makan sikit tak habis, simpan dalam peti ais. Nasi pun dia simpan dalam peti ais.
Tapi yang sungguh tak tahan adalah benda yang dia simpan itu sangatlah meragukan waima Pihak Kastam sekalipun. Siapa sangka dalam bekas polystyrene ni sebenarnya banyak benda pelik. Macam semua dalam satu.
Meh kita tengok…
Memuler kita bukak
Hmm…???
Dalam brown paper bag tu bila pakcik bukak adalah...
Hmm??? Sos…rasanya ni sos keropok lekor kot. Moving along…next
Sos lagi…okey. Ni yang lebih mengejutkan.
Baki French fries dan sayap ayam!!! Wadafak? Kalau tak silap French fries tu baki dia makan set fries dan burger dia beli kat Giant aritu. Dan…hujung sayap ayam tu adalah baki abang dia bawa balik dari barbeque tempoh hari. Weirdo!
Tak pe jom tengok lagi…
Baki kuah dal Kiah! Baki kuah dal pun dia nak simpan. Dan tidak ketinggalan…
Telur. Ni pakcik tak heran sangat lah. Mari kita summarize semua benbarang tu.
Sungguh pelik dia ni hah. Semua tu dia nak buat apa ek? Korang rase? Rasanya dia nak makan lagi tak semua tu? Dia nak buat simpanan hari tua kot. Ke nak menjamu penunggu peti ais tu. Kalau lah kau melabur duit kat ASB, gerenti simpanan kau berlipat kali ganda riba’nya. Tapi kalau kau simpan benda alah cam cenggini dalam peti ais, haruslah mengundang syak wasangka dan blogspot review oleh pakcik. Persoalan National Security sekarang ni, kenapa Nizam, kenapa beliau simpan bende-benda yang kalau manusia dengan brain yang tak weird cam nko nyer hotak, kenapa dia nak simpan semua itu? Why? Whyyyyy!!!! (<-- effect nangis sambil bersandar kat dinding lalu mengelongsor perlahan-lahan sampai terduduk)
Weird tak housemate baru pakcik ni Melah? Banyak sangatlah perangai pelik dia ni, cam social outcast pun ada. Jangan esok lusa dia simpan bangkai gagak dalam peti ais sudah. Kang kalau pakcik rasa nak buat dosa, pakcik citer lagi ek. Yelah bulan puasa dah nak dekat, bersedialah ko membaca entry ilmiah bebulan Ramadhan ni Hani. Kerana entry-entry berunsur mazmumah akan digantung sementelahan pakcik mengumpul pahala.
Asalamualaikum!!! (<-- effect suara suci)
No comments:
Post a Comment