Tuesday, July 21, 2009

Snippets 12

Facebook Yang Tak Semenggah

Adalah pada suatu hari, pakcik dah tak ingat dah bila. Seperti biasalah kalau pakcik gi surfing tenet pastinya pakcik akan mengecek sekali Facebook. Pakcik ni sebenarnya secara jujur dari hati amatlah malas melayan request yang pelbagai tersebut kecualilah kalau friend request. Kalau pakcik kenal nescaya pakcik akan add (walaupun kadangkala pakcik add je walau tak kenal kerana mengamalkan sifat ‘Kawanku Berlambak, Popularlah Diri Ini’). Alkisahnya pada suatu hari yang tidak angker, pakcik pun gatal lah nak approve request classmate (or something like that) lalu pakcik kliklah dengan tanpa usul periksa. Tetiba di-direct pakcik ke page seperti di bawah…

Kalau dah memang dasar Facebook yang mengkelabui mata walaupun perkhidmatannya free tapi iklannya itu sangatlah banyak, tengok sajalah iklan kat atas tu. Buka sana, buka sini, tonggeng sana, kongket sini, isk…isk…isk…lebur pahala pakcik.

Tapi yang pakcik sungguh tak boleh tahan adalah promo IQ test itu. Coba korang explain sikit gambar siapakah yang dikatakan ‘Clever’ tersebut. Isk…isk…isk…Miss Masak Nasi Dua Jari Rupanya.

Sekarang tengok pulak siapa yang dilabelkan ‘Dumb’…lagi sedey. Kesian member pakcik dipromokan sedemikian. Wajiblah kau saman Facebook itu Helmy…oops!

Masakkah Airku?

Sedang pakcik khusyuk membuat kerja sambil menantikan cerek air pakcik di dapur bersiul-siul ngorat pakcik. Pakcik tetiba tercium bau angker dan puaka. Bukanlah bau stoking hosemate pakcik yang berkaki busuk durjana itu tetapi bau seperti bahan sintetik jualah yang terbakar. Adakah rumah pakcik hangus? Tidak. Adakah peti ais minibar berharga RM300++ itu yang mampus? Juga tidak.

Sebab pakcik rasa pakcik ni sedikit penat dan delusional, maka pakcik abaikan bau itu. Hampir setengah jam pakcik duduk mengadap laptop, cerek air pakcik itu tidak jualah mahu mengorat pakcik yang sungguhlah tampan ini. Apakah dia sudah curang? Pakcik pun berjalan kecewa ke dapur, (sambil kat laptop pakcik pasang lagi sedey) dan mendapati wap air berkepul-kepul keluar dari cerek. Yang hairannya apasal dia tidak mengeluarkan siulan. Setelah pakcik cek, rupa-rupanya…




…barulah pakcik sadar bahawasanya bau sintetik itu datang dari penutup cerek pakcik yang lebur seperti luluhnya hati pakcik. Tak sampai dua bulan pakcik pakai benda alah tu, dah punah cam hotel kat Indonesia yang dibom tersebut.

Rasanya, kalau pakcik gi serang pekerja pasaraya Giant itu akan berbaloikah? Jual barang takde kualiti cenggini masuk tribunal dapatkah pakcik harga penuh RM12.99 sen tersebut? Unlesslah pakcik ini seglamor Norman Hakim yang kedaung nak keluar masuk mahkamah syariah, pakcik tak nak masuk mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna semata-mata kerana hal cerek ni. Maka, seperti yang pakcik biasa buat, pakcik redha ajelah. Semoga kilang cerek ini hangus dijilat api, barulah dia tahu bahawa penutup cerek mereka itu lebur pada suhu panas. Lain kali nak buat cerek, buatlah dari plastik tahan panas unless-lah niat di hati nak jadikan cerek itu senjata menghempuk peragut, perhiasan ataupun untuk menyimpan jin buragas. Cheh!

Selamah Yang Bipolar

Alkisahnya sejak kembalinya Selamah dari kehilangan yang agak lama, dia kelihatan agak sugul setiap hari. Mengapa? Adakah dia merindui anak-anaknya yang terminator itu? Tanggang-kah akhirnya kedua anak-anaknya itu?

Inilah keadaan Selamah di waktu malam yang sepi ketika Pak Mat menjual kopi. Seperti ‘kawan’ korang yang sorang tu yang terkenal dengan psikologi bipolarnya, Selamah juga dilanda sindrom tersebut. Dia akan menjadi mania di waktu siang tatkala terlihat kucing jantan keren. Dan di waktu malam yang dingin, episod depression pun bermulalah jua.



Sampah yang Menyampah

Mentaliti kelas ketiga bukan hanya ditujukan khas untuk budak darjah tiga, tapi juga kepada penduduk Pangsapuri Perdana ini. Kalaulah Sting Garden itu boleh dijadikan kayu pengukur, nescaya Pangsapuri Perdana berada di tahap lebih durjana berbanding setinggan.

Konsep, ‘Rumahku Bersih, Sampah Ku Campak Secara Puaka’ menjadikan Perdana ni tak ubah macam penempatan pos imigresen Bangladesh. Bilik sampah setiap tingkat dah disediakan, tapi ada juga yang suka membuang sampah kat tepi tangga. Ni adalah bangsa suka menyimpan lemak tak tepu dalam badan mereka. Malas nak jalan jauh ke bilik sampah. Kalaulah yang kau buang tu just kertas mertas atau bahan yang kering bolehlah pakcik tahan. Tapi buatnya yang kau buang itu adalah sampah ber’jus’ dan sisa-sisa kupasan udang dan sotong, bukankah kau telah membuatkan orang lain menyumpah seranah kau secara istiqamah?

Macam-macam benda rakyat Perdana ni buang.





Jangan silap haribulan, anak-anak durhaka buang mak bapak kat tempat sampah. Tak cium bau syurgalah kau!

Pembelasahan Tak Ingat Dunia

Sabtu malam ahad, lebih kurang pukul 10. Sedang pakcik berangan-angan Titanic sambil ambil angin kat balkoni rumah, tetiba pakcik terlihat satu adegan sadis. Seorang lelaki membelasah seorang perempuan dipercayai akibat cemburu. Mula-mula dia cekik perempuan tu sampai perempuan tu terbaring kat atas jalan. Penghuni-penghuni blok 2 dan 1 pun menjadi kecoh. Puas mamat tu ditenangkan oleh kawan-kawan yang lain, tapi tetap dia tak nak lepaskan bekas aweknya itu. Banyak orang datang nak tolong tapi apakan daya, lelaki itu mengugut “Siapa masuk campur, kena!”

Pak pengawal pacak itu juga tidak mampu berbuat apa. Makanya jadilah aktiviti pembelasahan itu rating U, untuk tontonan umum semata-mata. Alkisahnya pakcik dengan semangat kewartawanan sejati, pergilah ambik dua das gambar. Gambar das pertama tu, mamat tu tak berapa perasan kerana khusyuk mencekik ex-girlprennya. Gambar das kedua pakcik ambik membuatkan mamat tu naik angin berang, “Siapa ambik gambar tu???!!!” jeritnya sambil memandang-mandang mencari punca flash ke atas blok 1 dan 2. Seperti professional, maka pakcik sembunyikan kamera dan berbuat muka bodoh. Dia tak dapat trace, mungkin juga menyangka itu adalah kilat dari langit kot. Lalu terus menyambung aktiviti membelasah perempuan malang tersebut. Tak cukup dengan cekik, perempuan tu yang tengah terbaring ditendang bagai melakukan sepakan penalty jualah. Perempuan tu pun spesis bangang, yang dia dok stay kat situ menyerah nasib tu apahal? Masa member dia tu pegi tenangkan lelaki tu, pergilah lari cam Roslinda Samsu ke hape ke? Sebab dia tak nak lari, kepalanya telah dilututkan ala-ala adegan filem Ong Bak. Dah cukup? Tak! Dia kena ludah sambil lelaki itu memaki hamun.


“Tahu malu. Yang kau buat kat aku kau tak malu? Kau suruh aku cari perempuan lain kau tak malu?”

“Dah lima kali kau buat aku macam ni. Mana maruah kau hah? Kau cari lelaki kaya, mana maruah kau?”

Owh, barulah pakcik paham konsep cerita ini adalah, ‘Ku Yang Kopak Kau Tinggalkan Untuk Dia Yang Kaya Makanya Ku Lututkan Mukamu Di Hadapan Khalayak’

Ingatkan dah cukuplah semua tu, mamat tu sempat gak bagi sepakan sepelempung dua bersama adegan tarik rambut perempuan tu. Geram sangatlah agaknya mamat itu kan. Dia cabar perempuan tu.

“Kau nak panggil polis? Kau panggil sekarang! Pergi repot kat polis!”

Lepas tu, mamat tu pun blah secara samseng siap bagi amaran terakhir kat perempuan tu “Mampuslah kau perempuan!!!”, siap cabar orang yang tengok free-show tu bergaduh. Manakala minah itu dan kawannya pun lari pecut ke jalanraya sebab malu dowh jadi artis live show. Beberapa minit selepas tu, dua buah kereta polis datang.

Nasib baiklah dia tak kahwin dengan lelaki tu, kalau tak kenalah dia jadi punching bag panas baran lelaki tu. Oleh yang demikian kaum perempuan, kalaulah ada boypren anda menunjukkan perangai panas baran, tak payah pikir panjang, kau angkatlah kaki kanan diikuti kaki kiri dengan kepantasan Marion Jones. Janganlah kau nak bermimpi untuk mengubah seorang lelaki menjadi apa yang kau idamkan setelah kahwin nanti. Kerana ini bukan cerita Syurga Cinta di mana jantan kaki arak dan kaki kongket betina menjadi manusia baik. Kalau dia janji nak berubah selepas kahwin, kau suruh dia sain kontrak, dia naik je tangan sepelepuk dua, kau mintaklah cerai bersama semua harta yang dia ada. Makanya tidaklah kau sia-sia jadi belasahan sampai kena makan guna straw macam Shiela Majid. Berbeza pula kalau laki kau tu paraplegik macam Seri Bayu, maka kau keluarkanlah jurus Erema untuk membelasah suami kau yang terang-terang kau kahwin kononnya nak buat charity case, boley blah. Pas tu, nescaya kau menjadi Isteri Derhaka / Nusyuz Terhebat abad ini.

Annexe 4-22

Suatu hari, pakcik jalan-jalan kat tingkat 3, tiba-tiba (<-- skema tul jalan penceritaan ni), pakcik terpandang suatu yang boleh menjadi blog material sementelahan pakcik ini kekeringan idea nak tulis blog. Ia berkenaan gambar ini.



Ni cam harta MSU ni, sejak bila pulak MSU buka annexe kat Pangapuri Perdana ni? Siapalah malaun yang gi mencilok kerusi-kerusi kat lecture hall ni. Mungkin dia nak ambil feeling jawab soalan time exam. Apa-apapun terserah kepada penilaian masing-masing sebab pakcik dah penat tulis panjang-panjang ni. Bukan dapat gaji pown.

RM50

Biarpun duit ni sudah lama diuar-uarkan kehadirannya kat niuspaper, tapi memandangkan circulationnya masih belum begitu meluas, orang ramai pun belum berapa sedar kehadirannya. So member pakcik ni ter-withdraw-lah duit tu kat ATM RHB Bank, dan cuba nak gunakan duit tu kat beberapa tempat antaranya kaunter KTM Komuter, PC2K, Guardian KL Sentral semuanya tak nak terima duit tersebut. Hampeh bangang! Pandangan pakcik duit itu sungguhlah hampeh rupanya. Gambar kat belakang adalah ladang kelapa sawit instead of pelantar minyak pada duit yang lama. No wonder-lah orang semua tak boleh terima, mesti mereka ingat tu duit Republic of Sememeh (<-- kat mana tatau).

Kepada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau anda semua nak keluarkan wang kertas baru, makesure yang reka tu bukan budak lulusan grafik MSU (<-- prejudis nampak?), kerana nescaya wang kertas kat Saidina atau Monopoly akan lebih jelita berbanding yang dihasilkan BNM. And lain kali kalau nak keluarkan wang kertas baru, letaklah gambar pakcik, nescaya ia akan heboh satu Malaysia. Yeay!

Jiranku Perempuan Brothel

Selepas kes gaduh rampas-rampas suami tempoh hari, ingatkan jiran pakcik ni insaf, rupanya tidak. Petang tadi sewaktu pakcik ingin menutup tingkap bilik pakcik, sebab tak nak nyamuk masuk, jeng…jeng…jeng…dengan tingkap yang terbuka luas, pakcik nampak mamat berdiri bogel membelakangi tingkap bilik tu. Yang perempuannya nampak kepala je (tengah bagi oral ‘servis’ kot). Ish…ish..ish…apa nak jadi dengan perempuan sekarang, tanpa segan silu broadcast perbuatan tak senonoh kat orang lain. Sebabkan bilik yang pakcik duduk sekarang ni sebelum ni macam takde orang (selepas berjaya menghalau BBD itu --> ceritanya di entry akan datang), dan pakcik baru je pindah masuk bilik tu, so dia tak sedar kot yang pakcik sebenarnya boleh je nampak apa yang diorang buat kat bilik tu disebabkan tingkap bilik pakcik memang opposite tingkap bilik dia.




Yang pakcik tak tahan, pakcik sedang solat Maghrib, dengar mamat tu melalak sekuat hati kat bilik air rumah pompuan tu nyanyi lagu Hattan ‘Memburu Rindu’ dengan tune dan lirik yang salah. Senang hati gamaknya dapat ‘servis’. Ni yang rasa serba salah, nak call JAIS ke tak? Dalam dilema betullah pakcik sekarang ni. Rasanya dah lama dah mamat tu bermalam kat bilik perempuan tu. Bukan seorang je lelaki yang pakcik nampak keluar masuk rumah tu, ramai dowh. Bukan pakcik nak menjaga tepi kain orang, tapi kalau dah berkali-kali terserempak jantan keluar masuk rumah. Tingkap bilik pula terbuka luas (albeit dia try cover guna baju-baju yang tergantung kat tingkap, which does not cover entirely at all), semi-transparent glass tu tetap juga nampak apa yang kau berdua buat di bawah lampu kalimantang yang terang benderang itu. Insaflah sebelum pakcik sabotage-kan korang. Pakcik ni sesungguhnya saboteur yang paling kejam kalau people mess with me and my head.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...