Thursday, July 23, 2009

Nyah Kau!

Memandangkan pada pikiran pakcik, cara halus memang tak akan makan saman dek BBD itu (--> sebab pelesit yang pakcik hantar ter-mis-rasuk orang lain), makanya pakcik mengamalkan cara psikologi (<-- tak sesier Dr. Karim ajar aku walaupun aku menderita time kelas dia). Suatu hari, BBD tu balik sangatlah lambat, memang macam tu lah perangainya bila tima-time nak kutip duit sewa bilik, pakcik dah masak sangat. Dia ingat dia balik lambat, pakcik takkan terserempak dengan dia. Sebelum tu dia dah dua kali tangguh bayaran duit sewa bilik. Kali ketiga ni pakcik takkan kasi muka lagi.

Dia tak paham lagi kot konsep pakcik yang berjaga awal pagi menghadap laptop membuat kerja sia-sia. Hari ni dia silap, albeit dia balik pukul 4 pagi, dia dah terkantoi dengan pakcik. Nak tak nak dia kena menghadap ke bawah duli juga. Hari tu dah 13hb Julai, tiga hari sebelum ni dia dah janji nak bayar pada hari ni. Sewa rumah kitorang tertangguh semata-mata sebab dia. Sepatutnya bayar sebelum 5hb dan selewat-lewatnya 10hb tapi sekarang dah meleret-leret pulak lambatnya.

Kali ni tanpa segan silu dia mintak pulak tangguh lagi nak bayar 20hb, hampeh. Pakcik dengan spontannya mengeluarkan idea di pagi buta.

[START OF CONVERSATION]

PAKCIK: Apa ni bang? Hari tu dah tangguh sekarang nak tangguh lagi ke? Apa alasan saya nak bagi kat tuan rumah? (Take note, intonasi suara pakcik ketika perbualan ini sangatlah sopan dan santun walaupun berbunyi tegas).

BBD: Abang tak boleh buat apa dah dik, abang gaji 20hb setiap bulan.

PAKCIK: Habis tu, gaji abang 20hb bulan lepas abang guna untuk apa?

BBD: Abang bayarkan untuk anak-anak tiri abang kat rumah atas tu.

PAKCIK: Kalau macam tu, 20hb ni pun abang akan bayar untuk diorang jugak le? Kalau abang asyik bayarkan untuk diorang semua, bilanya abang nak bayar duit sewa rumah?

BBD: Abang tak boleh nak cakap apa, kalau adik nak duit sewa abang boleh janji bayar 20hb ni. Itu je!

PAKCIK: Macam ni lah bang. Abang tolonglah saya, owner dah bengang dengan saya. Besok dia kata dia nak datang rumah ni nak kunci mangga kat gril tu. Siapa yang ada kat luar tak boleh masuk, yang ada kat dalam tak boleh keluar. Dia ugut kalau nak dia buka mangga tu, bayar duit dia masa tu jugak. (<-- cerita ni rekaan spontan, sebenarnya owner pakcik just SMS je kalau duit masuk lambat. Dia takdelah sekejam mana).

BBD: Eh mana boleh macam tu! Takpe besok biar abang cakap dengan tuan rumah. (<-- mampus, kantoilah aku)

PAKCIK: Abang nak cakap apa? Nak runding dengan dia? Dia dah cukup sabar dah bagi kita tangguh bayar sewa lambat dah 3 bulan dah. Ikut kontrak pun, kita kena bayar sewa tiap 5hb. Hari ni dah 13hb, memang hak dia nak buat apa dia nak. Ini rumah dia. Nak repot polis ke, nak bawak ke mahkamah ke, memang dia betul, dalam kontrak memang tertulis macam tu. (<-- pasal kontrak ni memang betul).

BBD: Takpe, nanti abang cakap lah baik-baik.

PAKCIK: Nak cakap macamana lagi. Saya dah minta tangguh kat dia dah 3 kali untuk sewa bulan ni. Macam-macam alasan saya dah bagi, sekarang ni saya dah takde alasan dah. Kalau tiap-tiap bulan bagi alasan yang sama, kalau saya jadi owner pun memang bengang. Silap haribulan, kita semua kena halau.

BBD: Abang dah tak tahu nak buat apa sebab gaji abang memang setiap 20hb. Hari tu adik cakap boleh bayar 20hb. (<-- Aik! Bila masa pulak? Ni dah mula nak putar alam)

PAKCIK: Saya tak pernah cakap sewa bulan ni bayar 20hb ni jugak. Sebab itu memang dah lambat sangat. Yang saya ingat saya pernah cakap, sewa bulan depan boleh bayar awal 20hb bulan sebelumnya. Itu je.

BBD: Masalahnya abang gaji tiap 20hb.

PAKCIK: Kalau macam tu, tiap 20hb abang gaji abang akan tolong bayarkan sewa rumah anak-anak abang, sewa bilik abang nak bayar guna apa? Kalau macam tu, tiap bulan ceritanya sama je lah.

BBD: Nak harapkan isteri abang, dia tak kerja. Abang gaji pun bukanlah besar mana. (<-- tahu takpe, baru sedar ke)

PAKCIK: Bukan ke hari tu isteri abang bagitau saya, anak-anak abang dapat pinjaman MARA, apa yang diorang buat dengan duit tu? Saya rasa kalau nak bayar sewa, memang cukup.

BBD: Memang dapat pinjaman MARA. Tapi anak abang yang seorang tu MARA dah tak bagi duit dah. MARA dah stop. Abang pun tak tau kenapa? (<-- BS punya alasan)

PAKCIK: Jadi kalau macam tu, tiap-tiap bulan saya kena menghadap owner punya maki hamun. Dia dah ugut nak jual rumah ni. Abang sendiri nampak hari tu orang datang tengok rumah kan? Sebelum ni sebelum abang datang kitorang takde problem dengan owner. Abang masuk je kitorang dah start problem bayar sewa. Abang tolonglah saya, saya dah cukup tolak ansur dah sekarang ni. Tapi kalau saya asyik nak tolak ansur tapi yang kena menjawab dengan owner asyik saya je, abang pikirlah sendiri betapa tensionnya saya. (<-- lihat di sini, teknik persuasion telah dijalankan)

BBD: Abang paham, adik pun belajar kan? Abang tahu abang selalu bagi masalah kat adik. Macam ni lah, lusa abang pindah keluar rumah. Adik tolong carikan budak nak ganti tempat abang kat bilik ni. (<-- Yeay! Itulah jawapan yang ditunggu)

PAKCIK: Abis tu abang nak tinggal kat mana? (<-- taktik mengambil berat)

BBD: Abang sebenarnya ada kuarters kat Subang Jaya. Kompeni abang bagi satu bilik untuk abang. Sewa, api, air tak payah bayar.

PAKCIK: Yeke! Habis tu kenapa abang tak tinggal kat situ je dulu.

BBD: Isteri abang suruh abang tinggal kat sini nak tengokkan budak-budak tu.

PAKCIK: Anak abang kan ada dua orang kat rumah atas tu, rasanya boleh je kalau diorang jaga sesama sendiri. Lagipun kalau ada apa-apa, Subang Jaya ke sini takdelah jauh sangat. Abang kan ada motor?

BBD: Yelah, abang ingat macam tu jugak. Abang memang dah lama nak duk situ, tapi bini abang tak bagi. Kalau kat sini senang.

PAKCIK: Tapi kat situ abang tak payah pikir pasal sewa rumah. Bilik yang abang duduk sekarang ni pun sewa RM200. Daripada bayar untuk sewa bilik ni, better abang guna untuk bayar sewa anak-anak abang. (<-- taktik sindir balik)

BBD: Takpelah macam ni. Lusa ni abang keluar, adik tolonglah carikan orang ganti abang.

PAKCIK: Boleh je. Takde masalah pun.

[END OF CONVERSATION]

Begitulah teknik psikologi yang pakcik gunakan. Ternyata berjaya. Sekarang ni nak mintak dia bayar sewa separuh untuk bulan ni. Sebab dia dah duduk hampir separuh bulan. Tu api dua bulan dan air tak bayar lagi tu.

Beberapa hari kemudian, BBD pun berambus dari rumah ini. Memang dia bergegas nak keluar sampai banyak barang dia tinggal. Dah tu sampai la ni dia tak datang ambil balik. Antara barang-barangnya adalah sepasang seluar, set baju sekuriti lengkap, selipar dan banyak barang kecik. Sebelum dia keluar dia mintak maaf kat pakcik sebab selalu susahkan pakcik. Dia kata besok bini dia datang bayar duit sewa yang separuh tu dan duit api dan air. Tapi kalau dah pembohong tu, pembohonglah jua, sampai sekarang dia tak bayar. Pakcik call bini dia, bini dia cakap duit gaji abang tak masuk lagi. Hanjeng! Laki bini kaki kelentong, hiduplah dengan membuhung, takkan senang pun.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...