Masa AKU (cukup ganas tak kata ganti nama diri pertama aku tu) tulis entry mengenai pengkhianatan dan penghasutan, takde pulak aku ni mention nama siapa-siapa in particular. Aku ni nak alertkan sahaja apa yang aku rasakan berlaku dalam MSC kebelakangan ni. Aku buat stail hypothetical and assumption. Tapi tak sangka ada pula yang merasakan cili itu memang pedas berbanding tobasco.
ANALOGY
Kalau kat Perdana ni tetiba datang polis nak tangkap penjenayah yang dituduh membunuh pekerja Indon kat tapak pembinaan kampus baru MSU (<-- Huhuhu! Detail tak?), patutkah aku yang tak buat jenayah ni merasa macam nak lari terjun bangunan sedangkan aku tak pernah menjejakkan kaki ke tapak pembinaan itu apatah lagi nak membunuh?
Sepatutnya, kalau aku tak bersalah, respon aku yang sepatutnya “Apa yang berlaku?” atau “Siapakah dia?” bukannya respon “Kau BODOH!”. Itu bermakna orang demikian memang dah tahu apa yang aku tulis tu memang berlaku dan dialah dalangnya. Kalau benda tu tak berlaku dan dia bukan orang yang bertanggungjawab, sepatutnya dia diam dengan stail “None of my business”.
Kalaulah entry aku tu silap kat mana-mana, bagilah pembetulan kat comment box aku tu, bukan nak serang secara ‘berbudi bahasa’ seperti yang tidak dididik dari kecil. Situasi yang berlaku sekarang, respon ‘sopan’ tu adalah respon menyerang bermakna dia terasa yang dia buat kerja 3M tu dan apa yang berlaku adalah betul seperti yang aku tulis. So respon itu memang membuktikan dia terlibat dan dialah pembuat onar itu dan benarlah aktiviti penghasutan itu berlaku.
See, bukan susah sangat nak perangkap orang yang buat salah ni. Kita bagitahu apa yang dia buat, gerenti dia akan datang mengaku sendiri. Dia masuk sendiri ke dalam perangkap. I always know my method ni memang berkesan, cam Shieldtox membunuh nyamuk.
Issue-issue yang dibangkitkan adalah…
- Pentadbiran clique’: Situasinya macam ni, kadangkala (see --> kadangkala buka always) bila kita dah bagi tugas kat orang lain yang bukan clique’ mereka tak akan buat. Sudahnya orang tulah buat kerja sorang-sorang, tapi memandangkan kawan-kawan kesian tengok dia buat kerja seorang, makanya dia pun tolong. Kalau kita dah nampak orang tu boleh buat kerja bersungguh-sungguh tapi takde jawatan, compare to orang yang ada jawatan tapi tak buat kerja, suruhlah budak darjah 3 jawab siapa yang lebih layak dilantik. Adakah clique’ itu duduk berjawatan semata-mata nak sijil? Tidak!! Mereka telah step-up dan made everything happens, diorang buat kerja dengan baik. Buktinya jelas dan nyata.
As with my experience with Medical Quiz, aku tak lantik pun clique’ untuk pegang jawatan tertinggi dalam Organizing Committee. Adapun mereka pegang jawatan hanya exco sahaja. Pun begitu peranan mereka sama penting dengan jawatan atasan. Please refer to the proposal for the proof. I was fortunate to have my non-clique’ betul-betul buat kerja dengan jayanya. So clique’ atau non-clique’ tu bukanlah persoalannya, yang penting ORANG YANG BETUL-BETUL BUAT KERJA dan apabila kita tegur mereka sebab tak buat kerja, mereka tidak mudah melenting.
I use myself as Program MANAGER bukan DIRECTOR sebab kita bekerja bersama-sama dan bukannya saya mengarah anda untuk bekerja sambil saya menghisap cerut goyang kaki minum whiskey. All in all I extend my gratitude to my Assistant Program Manager, Secretary, Treasurer, MC, Quizmaster, Auditor, Timekeeper dan yang paling penting sekali Exco-Exco yang sangat hebat.
Berbalik pada hal MSC pulak, cuba tengok balik Higher Council tu berapa ramai clique’ presiden? Macamana mereka dilantik. Adakah dengan cara tunjuk “Saya nak goreng pisang singgit, cekodok singgit!” ataupun melalui demokrasi pilihanraya? Tanya pulak kat diri sendiri the so-called clique’ kat Biro tu ada ke tak buat kerja? Dorang tu ade tak just nak berjawatan semata-mata? Tengok tak aktiviti-aktiviti MSC, siapa yang selalu hadir, sacrifice dorang punya masa lapang semata-mata nak menjayakan aktiviti. Mana pergi Higher Council lain, yang datang just nak tunjuk muka, baik tak payah. Kalau dah memang tak dapat datang tu tak payah persoalkan. Tapi kalau yang tak datang asyik guna reason yang sama, memang sangat kreatiflah mereka dan bodohlah kita yang lain sebab percaya alasan recycle.
So bila beberapa Higher Council atau Biro (ingat!!! it does not apply to everybody, hanya yang tertentu sahaja. Yang lain memang committed) ni tak datang, pada siapa yang kita nak harapkan? Patut ke kita pergi tepi jalan ajak orang luar manage aktiviti semata-mata nak hapuskan anggapan Pemerintahan Clique’. This so-called clique’ extend their hands to help. Bukan sekali dua diorang tolong, dah banyak kali dan tak pernah claim apa pun. So patutkah kita jadi parasit mempergunakan mereka without giving something back? So patutkah kita biarkan jasa-jasa mereka tanpa sebarang penghargaan? Therefore kita masukkan diorang dalam committee supaya dorang boleh bagi sumbangan lagi banyak dan kita boleh acknowledge mereka. And it is indeed proven. Siapa yang berani persoalkan yang diorang tak bekerja?
- Kebajikan BMSian: Pernah tak anda tanya kenapa ramai HOD kita diberhentikan atau di-transfer? Pernah tak anda tanya siapa yang bagi input itu dan ini sampai HOD kita demand itu dan ini untuk student BMS? Pernah tak tanya? Our previous presiden Rizuan dan latest Faizul memang selalu in contact discuss tentang kebajikan student kepada HOD. HOD kita pula extend benda tu kepada pihak atasan. Pihak atasan kadangkala tak suka demand-demand yang kita mintak kat HOD tetapi mereka tak boleh hukum student, so mereka hukum HOD sebab HOD layan semua complain yang kita bagi kat Presiden kelab. Sudahnya HOD di-transfer-kan sebagai simbolik meminta mereka berhenti. Pernah tak anda fikirkan semua tu? So kalau takde siapa yang bagi input atau report kepada HOD untuk minta itu dan ini, pastinya HOD kita tak di-transfer-kan. Sebab ada orang yang jaga kebajikan studentlah HOD menjadi korban. Tak nampak ke apa yang berlaku kat situ?
Sekarang kembali kepada chatbox yang sangat hangat itu. Tak sangka pulak banyak orang yang betul-betul terasa berkenaan artikel tu. Serious aku tak letak pun nama siapa kat situ sebab aku bukannye nak menghasut. Kalau aku nak menghasut, boleh je aku letak nama dia bagi besar-besar kat sini. Tapi itu semua tak berlaku. Tiba-tiba ada pula yang secara ntahapahapantah pergi melatah sebab dia terasa sangat benda tu terkena pada dia. Mengapa dia terasa? Adakah dia yang buat? Dia dan Tuhan je yang tahu.
Yang paling ber’tamadun’ sekali, tetiba aku dapat respon macam di bawah, disertakan sekali adalah komentar aku (AMARAN: Tatasusila aku akan terhakis)
to hafiz: woi
Woi jugak…Salam kalau kau Islam
to hafiz: hafiz..kl kau btul2 anak jantan..pergile kat org yg kau nak hentam tu..ckp depan2..
Rasanya aku tak perlu jumpa sebab orang tu adalah KAU! Kenapa kau sangat hangin? Adakah kau lupa membeli minyak angin cap tiga singa? Atau adakah kau pembuat onar itu?
to hafiz: apsal plk kau nak gunakan blog kau ni nak hentam die?!
Tengok perkataan yang dia guna ‘die’ bukan ‘aku’. Persoalannya sekarang, siapa DIA? dan TO HAFIZ tu pulak siapa? Kalau orang tu bukan kau, kenapa kau nak cicah kuah asam sekali? Kau kurang asam ke?
to hafiz: pergilah ckp depan2 bodoh!!
Emo sangatlah dia ni. Ye aku mengaku ilmu aku ni takdelah tinggi sangat. Kau sangatlah berilmu sebab tu ‘tatabahasa’ dan ‘vocabulary’ kau sangat ‘mantap’.
to hafiz: lain kali cermin dlu muka kau!!
Tak payah lain kali, setiap hari aku cermin muka. Muka aku takdelah se-lawa sangat. Tapi aku ni ciptaan Tuhan, aku tak boleh merungut dan kau juga ciptaan Tuhan. Kita sama-sama tak sempurna.
to hafiz: kau nak ckp org ckp blkng..ape kau buat ni tak ckp blkng?!!hah!!
Tak aku tak cakap belakang. Aku tulis blog dan semua orang baca. Kalau aku buat perbuatan ‘cakap belakang’ aku tak post online, aku akan gi hasut orang kat restoran bila orang yang lain dah balik. Itu baru cakap belakang, sebab sewaktu kami meninggalkan yang lain, kami membelakangi mereka ketika kami pergi ke kereta dan balik. Ni WorldWideWeb (WWW) nih, satu dunia orang boleh akses open dan free dan bukannya restricted hanya untuk member yang emailnya di-register untuk masuk dan baca. Kau pun baca di ‘depan skrin’ tanpa membelakangi monitor. So konsep cakap belakang itu aku tak buatlah.
to hafiz: lain kali cermin dulu muka kau..!!
Dah aku dah buat dah! Kau dah buat ke?
to hafiz: kau pun sebenarye bodoh!!bodoh nak mampus!!
Memang aku bodoh. Tapi setahu aku kebodohan itu adalah lumrah manusia. Tapi biasanya kebodohan bukanlah suatu yang pathological. Aku tak pernah dengar orang mati sebab bodoh (kesian budak Down Sindrom dowh!). Orang mampus biasanya sebab membuat PERKARA yang bodoh.
to hafiz: if u cant sweat it,u defecate!!ckp benda ni kat kau dlu..!!cermin dlu muka kau!!
Kau paham ke konsep tu sebenarnya? Apa kata kau pulak tengok cermin tu balik.
to hafiz: pergilah ckp depan2!!
Jom aku ajak kau jumpa aku biar aku cakap depan-depan. Bagitahu di mana dan bila? Kau sendiri tak tulis nama tinggal komen. Beranilah sikit macam Justin. So kau nak suruh aku cakap depan-depan, have you talk that sense to your head before you ask others?
to hafiz: bru btul BODOOOHHHHHH!!!!!
Sungguh emosionallah kau ni PANDAIIIII!!!!
to hafiz: kau ni sebenarye mmg tak sedar diri!!
Aku tak sedar diri? Bermakna aku UNCONSCIOUS? Oh patulah aku rasa macam aku terbaca comment ‘sopan’ kau. Kau sedar tak diri kau?
to hafiz: sebenarye..byk ckp..byk silap..!!ingat tu smpi kau tua!!byk luahkan perasaan..byk silap!!
Betul aku setuju, banyak cakap banyak silap. Tapi memandangkan aku tak bercakap, walhal aku menulis cuma, so konsepnya sama kah? Tapi kalau banyak menulis mesti banyak grammatical error kan? Banyak emosi pun akan banyak kesannya terhadap diri. Melenting tak tentu pasal pasti orang cakap kau tu pembuat onar. Kalau ada silap dalam penulisan aku, sila tunjuk biar aku buat kenyataan RALAT kat next entry.
to hafiz: kau luahkan perasaan kau kat sini..sebenarye menjatuhkan maruah kau sendiri!!
Seriyes? Maruah aku jatuh? Kau melenting tak pasal-pasal, tak ke kau membuka aib sendiri yang kau sebenarnya pembuat onar.
to hafiz: JATUH MARUAH KAU!!
Mana? Mana maruah aku yang jatuh? Tunjuk sikit. Tatabahasa kau yang ‘indah’ kau guna ni kau rasa akan menaikkan martabat kau tak? Kau rasa kalau mak bapak kau nampak tatabahasa kau ni dia akan bangga tak? Sambil menitiskan air mata kesuyukuran.
to hafiz: KAU NI..SEBENARYE MENJEMPUT HATRED KE DLM HIDUP KAU DGN BUAT MCM NI!!
Tak aku tak jempus si hatred tu masuk. Kau yang jemput hatred masuk dalam diri kau. Tengok sendirilah cara kau bagi komen. You should learn a lot from Justin on how to give comment like a civilized person.
to hafiz: TP KAU SEBENRYE TAK SEDAR!!
to hafiz: DAN TAK PERNAH SEDAR DIRI!!
Unconscious lagi. Kau SEDAR ke yang kau menulis komen ni bagi pihak siapa? Pihak diri kau sendiri ke pihak orang lain? Kau SEDAR ke sebenarnya kau telah mengantoikan diri kau sendiri? Kau sedar ke kalau aku cek IP address kau dan compare dengan previous comment punya IP kau akan kantoi juga?
to hafiz: 'Adalah orang itu, tidak berpuas hati dengan orang yang itu. Makanya dia pun membuatlah onar dosa-dosa menghasut '...APE KAU BUAT NI TAK MENGHASUT?!!
Tak aku tak menghasut. Cuba kau cari perkataan menghasut kat situ. Ada tak aku tulis gaya macam ni…“Bangsat! Kau patut langgar je anak pakcik Dogol tu. Dia gi curi getah sekerap pakcik Samdol.” ?? Yang macam ni baru menghasut. Yang aku tulis tu mengajar dan membuat pendedahan. Sila rujuk cikgu BM sekolah ye. Tapi kau jangan hasut pula cikgu kau tu, kang tambah lagi dosa kau kan? Kan? Kan?
to hafiz: CERMIN DLU MUKA KAU!!
Baik!
to hafiz: CKP DLU KAT DIRI KAU!!
Baik!
to hafiz: PIKIR BYK2 SEBELUM LUAHKAN PERASAAN!!
Kau dah pikir banyak-banyak ke sebelum menulis komen ni dengan penuh perasaan dan vocabulary yang ‘mantap’ (<-- sebut macam ustaz Zamri sebut…MANT’OOP!)
to hafiz: DAN LUAHAN PERASAAN KAU NI SUNGGUH MEMALUKAN!!
Aku tak luahkan perasaan, aku buat exposure. Kalau luahan aku MEMALUKAN, ertinya kau telah baca KEMALUAN aku. Kau tak MALU ke baca KEMALUAN aku ni? Isk…isk…isk…MEMALUKAN lah kau ni.
So pengajarannya di sini, pukul 4 ada Special Meeting. Pihak-pihak yang berkenaan silalah hadir suarakan keluh-kesah jiwa raga dan batin anda. Jangan suka tarik muka kat mesyuarat sebab nanti tua banyak kau nak bayar cucuk botox kat muka. Ada paham?
1 comment:
mengikut kebijaksanaan org len..
sbnarnye adalah adalah boleh utk aku trace si bangsat itu~ dgn bypass srver firewall dn trus trace local ip, mlh hingga acount streamyx org demikian jua..
cume, servis kpkaran demikian tidak ddtgkn gn percumme.. mcm beli dindang pcuma mainan.. tidakss lah.. huhuhu...
yg percuma hnye lah servis kude sepak takraw d wktu petang2 mahupun servis bola twist bola tmpar ku jua lah...
Post a Comment