Saturday, May 02, 2009

Too Much Fun, Too Little Time


Buat muka depressed selepas bangun tidur

PROLOGUE: Dalam seminggu ni, banyak sungguh aktiviti yang berjalan. Seketika dapat dirasakan bahawa my life finally had it greatest purpose. It drove my attention away from my own misery, trouble, depression, despair, shattered dream and upcoming worries. I was to drown in it I couldn’t get myself to glimpse at the downside of my life for a moment. But when I came back home, it gushed through me like wind, trample me down and aching my head again and again and again.

Saiful dan Helmy teruja melihat pokok

Helmy cuba berpura-pura tidak teruja


Tidak lama kemudian, Dian pun teruja jugak setelah dipromosi oleh Saiful


HOSPIS
Walaupun sabtu tu kena bangun awal, setelah hanya tidur selama 2 jam. Aku rasakan ia adalah antara sabtu yang terbaik. I enjoy every moment of it like I want it to never stop. Pergi Hospis Malaysia walaupun tak banyak benda yang boleh dilakukan, at least aku dapat luangkan masa dengan kengkawan. Lagipun inilah masanya aku boleh lari dari segala kebimbangan yang datang berbondong-bondong (tak tahan tul dengan perkataan ni). I actually got a chance to look at another side of life. Kalaupun kita rasakan hidup kita inilah yang paling teruk, datang kat situ kita sebenarnya boleh menyalurkan kekecewaan kita kepada sesuatu yang lebih bermakna. Ia adalah macam defense mechanism, SUBLIMATION di mana kita menyalurkan kemarahan, kebimbangan, kekecewaan kepada sesuatu yang positif.


---DIVERSION START---


Cerita pasal SUBLIMATION ni. Tetiba aku nak cerita sikit (meh dekat sikit). Aku ada suatu perangai yang budak rumah aku rasakan sangat ganjil (SECRET ALERT!!!), aku sendiri tak sedar sampailah housemate aku yang psychoanalyze me. Bila datang musim-musim exam, aku akan ada perangai pelik iaitu suka membersihkan dapur. Aku akan sental sinki, basuh semua pinggan mangkuk dan susun kat rak, bersihkan stove yang minyaknya tebal setengah inci, lap dinding dapur, bersihkan cermin, sapu dan mop lantai dan buang sampah, susun bekas-bekas plastik yang ada dalam troli Giant (kitorang rompak untuk jadikan tempat simpanan container). Yang peliknya, aku just buat kat dapur je, kat ruang tamu aku tak sentuh pun.


Perangai tu modus operandinya lebih kurang macam ni. Aku gi sinki nak basuh cawan kopi sebab nak buat teh plak (sebagai sumber caffeine). Pas tu aku tengok ada pinggan mangkuk atau cawan lain yang tak cuci, alang-alang tangan dah kena sabun so aku pun cuci sekali. Bakul tempat tos pinggan tu selalunya penuh sebab aku sorang je kat rumah tu reti nak susun kat rak pinggan mangkuk, lalu aku pun susun pinggan mangkuk dan sudu garfu seterusnya. Lepas cuci, kengkadang kat sinki tu ada minyak melekat so aku gi sental guna sabun basuh kain. Bila dah sental sinki, airnya mesti jatuh kat lantai, so aku pun mop lantai kat area basah. Bila mop lantai, dah terlanjur lap kat satu tempat aku pun mop seluruh lantai dapur.


Dah siap semua tu, aku pun bancuh teh, air kat cerek atas stove tu akan melimpah-limpah jatuh atas stove. Ambik kain lap, lap stove tu. Disebabkan bila lap sikit, kain lap tu dah kotor, alang-alang kotor sikit, biar kotor banyak, nanti sekali rendam dan basuh je. Aku pun lap semua stove untuk membersihkan minyak yang berbulan-bulan terkumpul. Bila stove dah bersih, dinding pula still kotor, lap sekalilah dinding. Dinding dekat dengan cermin besar, kengkadang minyak terpercik kat cermin sekali, lalu aku pun lap sekali cermin tu atas bawah, guna newspaper untuk lebih kilatan (petua dapur, sila catit). Bila dah guna paper, of courselah aku kan buang ke dalam plastic sampah, kebetulan plastic sampah dah penuh aku pun ikat dan keluar rumah gi buang kat bilek sampah. Semuanya selesai sehingalah aku membasuh tangan dan bawak balik cawan teh panas ke meja studi. Badan dah berpeluh-peluh, duduk dekat kipas, aktiviti penyejatan peluh menjadikan badan sejuk dan segar. Huhuhu! Boleh mula belajar semula. Hehehe…pelik tak? Semuanya bermula dari membasuh cawan kopi.


Aku rasa itu adalah satu-satunya cara aku boleh lari sekejap dari membaca nota-nota yang berlambak kat atas meja study. Walaupun lepas tu aku akan rasa penat, tapi kepenatan tu yang ironinya membuatkan aku rasa segar semula. Otak pun macam dah refresh balik. Ketepuan dah dikurangkan. Hari-hari biasa jangan harap aku nak bersihkan dapur tu. Bermakna, dalam setahun aku akan bersihkan dapur sebanyak 6 kali.

---DIVERSION END---


Berbalik kepada cerita Hospis (assignment nutrition tak buat lagi), aku rasakan by being around friends, walaupun tak perlu nak cerita mental problem aku dengan mereka, I actually learned something new about myself. In a verge of mental struggle, I can actually be somewhat extrovert. Riding in a van, helping around and having lunch with them, in a crowded table, it was a moment too sweet to be taken for granted. It was the communication with people that helps you soothe your aching soul. It was dosage of antidepression I need to administer in regular basis.


FUTSAL
Hanya empat hari je yang ada untuk prepare for this event. I got informed tentang cancellation of Paintball selepas pukul 12 malam masuk hari Jumaat. Sebenarnya aku harap-harap sangat paintball match tu jadik, so tak payahlah aku nak membusykan diri nak manage futsal game.


I have to admit, agak stress (eustress) jugalah nak manage event ni. Tapi itu semua adalah…bak kata Yna, mengasah soft skills. Walaupun berkongsi tugasan dengan mamat sorang tu, tapi seriously I think I’ve done 80% of the job while he claim the success mostly to himself (sounds like it). Kalau tak silap, masa mentor-mentee meeting haritu, Hj. Ishak serahkan tugas tu pada aku untuk handle. Mula-mula dia bagi kat mamat tu, tapi dia tolak mentah-mentah, then lepas tu lah Hj. Ishak bagi kat aku. Tapi tiba-tiba, bila aku dah setuju ambil tugas tu, mamat tu pulak berlebih-lebihan nak arahkan aku buat itu ini. Aik! Siapa ketua? Siapa assistant?


Sebelum event tu, kitorang kena tentukan jumlah team, nak limitkan kepada lapan team. Pas tu nak tentukan samada nak buat team campur atau separate. Next, nak collect fees. Then, kena shopping sensorang dan bungkus hamper sensorang. Lagi, aku kena manage player dalam group, kena completekan group yang tak cukup, confirmkan player, kena inform player yang takde team tentang team yang bakal mereka join. Kena taip senarai nama dan buat match diagram. Kena fikir pasal apa lagi yang nak diberi kepada participant untuk menjadikan duit yang diorang bayar tu betul-betul berbaloi, akhirnya aku putuskan nak beli roti buat alas perut. Malam sebelum event tu juga, kena inform group leader waktu untuk berada di futsal court etc.
Mamat tu just buat tempahan court, bayar duit tempahan dan contact beberapa player nak confirmkan penyertaan, itupun ada juga yang last minute hampir-hampir tak jadi. Aku kena ingatkan dia untuk jumpa mentor inform tentang perkembangan event, kena confirmkan stock mineral water, dan confirmkan tiga player yang kata nak join futsal melalui dia.


Waktu event, aku kena contact player untuk remind dan confirmkan diorang datang, kena kutip duit, kena manage time, kena jadi jurufoto tak bertauliah; kena completekan team yang mana nak ganti player, player tak datang, ada player tambahan, sampai last-last minute ada player tak cukup. Tanya kat dia mana 3 orang player yang janji nak datang tu, dia give-up kata dia dah call tapi tak ada jawapan. Dia serahkan bulat-bulat problem kat aku while die masuk gelanggang jadi referee. Nasib baik last minute ada juga 3 orang tu datang, kalau tak aku tak tahu nak buat macamana.


All in all, the event pun berakhir jugalah walaupun agak lewat. Nak kata success ke tak, tu terpulang kepada orang lain yang terlibat. Yang penting tugas aku dah selesai. Amanah yang diberikan mentor dah dilaksanakan. Balik rumah, kena buat laporan hitam putih bagi belanjawan, berapa pendapatan dan perbelanjaan. Kena buat formality sikit, kang orang cakap aku makan duit plak. Dapatlah sedikit baki RM23 untuk isi tabung bagi mentoring activity akan datang. What he did was wash his hands clean of it. Bagi dia, event habis, habislah, balik rumah tidur.


Nasib baik ada mereka-mereka yang tolong filling up the loophole mana-mana yang tak complete. Millions of thanks to Helmi (tepuk tangan) for transportation and consultation; kepada siapa-siapa yang bawa first aid kit tu (Rizuan kot); Irma for drinking water and contacting player; Faizul for event planning, contacting player, iklan kat blog MSC; Mohana for iklan kat chatbox, initiating player list, consultation; dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung juga tidak dilupakan kepada player-player yang sporting dan tak kisah masuk team mana-mana (save me a headache).


Yang tak tahan masa dia berucap, mamat to manage to made it sound like he was the only one yang struggle throughout the event. Walaupun dia ada mention about me, tapi it sounds like I was there just to be someone insignificant. Just because I’m not good at kicking the ball (I had balance issue), doesn’t mean that I don’t know how to kick people (I got purple belt in Karate-Do isn’t for nothing, after all my Sensei Johnny is Olympic Judge – meaning dia memang sangat cerewet nak upgradingkan karateka-karateka dia. Silap-silap haribulan, setahun pun tak akan dapat upgrade to next belt. Ingat fist pumping, kiebadachi, bunkai, kata dan sparring training tu senang? Nasib baik kat MSU takde kelab Karate, kalau tak dah lama aku dapat 2nd degree black belt – or was it my wishful thinking?). Aku respek dia sebab dia berjaya meyakinkan orang lain kononnya dialah yang bekerja kuat untuk event ni. Even the mentor shakes his hands first to thank him (for the successful event) before mine, that really means that he acknowledged him more than me right? I really have to give him that, he is the real imposter. I’m clapping my hand, smile while clenching my teeth. Tapi takpe…aku redha je.

Pakcik redha seperti tikus ini


LIVER DAY
This is another fun activity where we can play pretend yang kita ni macam medical professional yang sebenar. Hehehe! I really have a thing for mini clinic, last time I joined was in my first year of BMS. Not much thing to do, senior group took care of CVS examination (lying, sitting and standing BP). Ada blood typing, glucose check, etc. I was involved in recording and key in the data. Tapi sempat juga merasa physiotherapy by Abang Din, walaupun station tu tak dapat sambutan sangat, tapi memang best.

Masa buka Mini Clinic kat PTPL KL Sentral



Another time was waktu diploma dulu bawah kelab MLTA. Kitorang buat mini clinic kat PTPL KL Sentral, KUTPM Open Day dan Hari Kelab KUTPM. Kat KL Sentral buat urine dipstick test, BMI, BP (guna digital sphygmo) dan buat talk dan demonstrasi tentang Assist Squad Therapy (yang kitorang belajar sehari sebelumnya). Kat KUTPM Open Day buat BMI, Hip to Waist Ratio (nak determine risk for CV disease), BP, exhibiton and consultation. Kat Hari Kelab KUTPM buat BP, BMI, sell chocolate and candy dan bukak microscope counter (tengok slide RBC, hahaha) etc.


Tapi itu semua waktu diploma, this time was even better, sebab we finally dapat applied whatever thing we belajar waktu Clinical Method dulu. History taking, though sounds sedikit bosan tapi it actually fun bila kita dapat gain trust of the clients regarding masalah mereka. Mereka ni, walaupun tahu kita ni student, tapi tetap berikan kepercayaan nak citer history mereka. Kengkadang tu member sesame BMS gak, but they are all sporting and co-operative. Two most interesting cases were females with amenorrhea, seorang dah dua bulan dan sorang lagi selama enam bulan. Yang dua bulan tu seems like Thalassemic, sebab dia punya skin is bronze dan facial features dia pun ada ciri-ciri tu (frontal bossing), a good reason for her absent of period. Tapi the most probable diagnosis is pregnancy, but memandangkan none of them complaining about all the pregnancy S & S, I wouldn’t want to prey upon their Social History (sexual activity that sort of thing).


Bertugas di kaunter ABO grouping is a déjà vu waktu Immunohaematology diploma dulu, but I am glad I taught my friend about it, walaupun dia dapat complain discrepancy, it is good to practice after all. Sempat juga buat Physical Examination kat seorang client, it’s nice for them to trust us and co-operate, these people really believes on us though we are still far to venture in real medicine. I really hope this stuff will be done again and again supaya kita semua dapat mengasah skill to develop rapport dengan patient and menajamkan physical examination nyer fluidity. So masa clinical training nanti takdelah kekok sangat.


EPILOGUE
Hmmm…aku dah lama nak tulis pasal trip ke Perak hari tu, tapi idea datang banyak sangat tak tahu nak mula kat mana. People will say “Start from the beginning,” well it will be too predictable, wasn’t it? Tengoklah nanti kalau ada masa. Tu pun kalau aku masih ingat the details.


I must give it to this, entry kali ni memang bosan. Tapi disebabkan aku dah taip banyak macam ni, it is such a waste not to post it. So my reader, endure the painful reading.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...