Tuesday, April 28, 2009

Out & About #1

PROLOGUE: Tak tenang roh Tun Sri Lanang baca tulisan pakcik kali ni. Struktur ayat tunggang terbalik. Tu tak termasuk penggunaan ayat yang tak kena tempat. Well, neuron pakcik fire at the same time, area articulation dan vocabulary serta sense of appropriateness mengeluarkan action potiential pada kadar yang abnormal. Lalu pakcik pun berketulisan seperti aur dengan tebing, bagai pungguk rindukan hutan. Hahaha!

Maka hari ini pakcik pun keluar berpeleseran sorang-sorang. Malas nak mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir. Kang ada apa-apa berlaku, pakcik juga yang digari masuk mahkamah sambil cuba menyembunyikan muka disebalik baju tahanan yang ada gambar penjara tersebut. Nanti persongehannya banyak. Lagi best jenjalan sorang-sorang sambil tengok perangai orang. Tanpa pengetahuan diri ku ini, mungkin jua orang pun perhatikan pakcik kerana kesentengan yang tidak menerima ke akal demikian.

Makanya pakcik pun pergilah ke Plaza Alam Sentral untuk membeli RAM 2GB DDRII. Karena laptop pakcik yang berRAM 1GB itu sungguh kejilah perbuatannya. Slow sesangat sampai aku boleh nangis sambil teguk satu gelas besar air kosong sementara menunggu it start up. Nak buka words pown ambil masa 30 seconds seterusnya. Buat aku bermuram durja je dengan perangai beliau. <--- kalau dah depressed tu, inanimated things pun boleh jadi source of complain.

Maleh den nak gi Low Yat, nak naik teksi, komuter, monorail, tu tak kira masa nak menunggu lagi. Lagipun, pakcik berasa cam orang yang lost pegi situ. Tu tak kira rambang mata, kang pakcik kena AIDS (kira cam seks rambang gak ar). Tersebutlah pakcik survey lah 7 ke 8 buah kedai di PAS tu untuk mengetahui harga yang paling murah. Sambil tu menjeling-jeling gak handphone stall yang menggoda itu. “No Ricardo! Do not succumb to the temptation!”

Pakcik berbelah bahagi antara Kingston RM92 atau Kingmax RM89. Walaupun harganya beza hanyalah RM3 cuma, akhirnya pakcik pun memilih Kingmax berikut. Lalu pakcik keluar dari kedai dengan membuat muka bangga kerana telah melakukan penjimatan. Tak tahu lepas tu aku splurge on stupid spending. Sempat pakcik pandang paisey kat kedai jual RAM yang sama pada harga RM135 (nak untung tak agak-agak). Jimat tahi kucing pakcik ni <--- kutuk diri sendiri. Silap-silap kat Low Yat lagi murah tahap langgar lari.

Singgahlah juga ke Guardian Pharmacy kat SACC untuk membeli Senokot sebab pakcik ini addict jugalah gamaknya semenjak produktiviti di toilet bowl menjadi kurang walaupun melantak dengan banyak. Total valetudinarian lah kononnye. Tak lupa juga membeli Memorax yang telah pupus kat Guardian Giant Seksyen 13 ini. Dorang ni tak reti-reti nak restock menatang tu. Tak tau aku dah jadi bodoh tahap singa laut menunggu menatang tu nak ada balik kat shelf.

Agak-agak pakcik dah bohsan, pakcik pun kembali ke PKNS tapi sebelum tu singgah jualah nak beli donat Big Apple untuk bebudak rumah. Masuk je kat kedai tu, bau donat menusuk-nusuk dalam kalbu tetapi manusia yang ber-que ramai jualah tersebut ditungguan pelayanan mendatangi mereka. Pakcik berdiri sebelah mummy yang mengendong anaknya yang boleh berjalan demikian. Mungkin makcik itu menunjukkan sifat keibuannya yang keterlampauan jualah tersebut. Tiba giliran dia kena layan oleh pekerja Indon (walau bagaimana pekerja itu cuba berslang Malaysia, tetap pakcik tahu dia Indon melalui geneologi mukanya itu dan awkward slangnya), dia pun order “Bagi akak dua dozen Alien”, pakcik pun berfikir kakak ni salah kedai kot, dia kena pegi kat Roswell kalau nak alien. Alien existence pun belum dibuktikan oleh NASA atau mana-mana space agency. Tapi sebenarnya dia nak beli donut bernama Alien, saje je pakcik buat lawak kurang asam. Pekerja itu bagitau, "Alien tak buat lagi, yang ada just yang kat display je". Kakak tu kata “Nevermind, saya tunggu, awak buatlah sekarang,” pekerja itu pun berkata “Mmm…lama lagi kot nak siap. Kalau nak tunggu tak tahu bila diorang buat.” Jawabnya sambil menoleh pekerja-pekerja lain yang sedang gigih men-glaze donut-donat mereka. Kakak tu pun nak pilih lama sangat. Seorang pekerja lagi datang layan aku plak, aku pilih sekali lalu jer sehinggalah kakak tu memblok jalan aku, disebabkan display itu disurround dengan tali (cam kat bank tu), aku pun terpaksa squeeze kat belakang kakak tu. Lepas tu pakcik tunjuk “Yang ni, yang tu dan yang ni,” senang je, a no brainer thing. Manakala kakak itu gi tengok menu kat atas, can’t decide what to order memandangkan ordernya tidak available. Pas tu aku dengar dia order menatang lain plak, dan sekali lagi pekerja Indon itu dengan serba salah berkata “Yang tu pun takde kak,” lalu kakak itu pun naik angin, “Ini takde, itu takde. Teruklah branch korang ni. Kat tempat lain takdelah macam ni! Macamana korang kerja ah?” pekerja Indon itu cuma tersengih sedih (ko boleh buat ke Helmi? Tersengih sambil sedih) kena tengking oleh kakak tersebut sambil berkata “Sori kak! Yang ada just yang kat display ni je!”

Aku ni memang allergic kalau tengok manusia tak sedar diri dan berlagak macam kakak ni. Yang dia bengap giler gi order benda yang takde kat display buat apa? Cermin kat display tu punyalah lutsinar dan lutcahaya dia tak nampak ke menatang yang dia order tu takde kat display? Apa dia ingat Big Apple tu cam kat restoran D.E ke order je apa yang kat dalam menu, pas tu orang boleh buat. Ke dia ni sesajer je nak cari pasal nak tunjuk yang dia tu hebat kerana berjaya mendukung anaknya yang dah masuk umur tak perlu didukung lagi? Unless lah dia tu kerabat diraja, boleh suruh-suruh orang buat apa yang dia nak. Kalaulah aku ni jadi branch manager aku cakap “Vamoose!!!” on her face. Respectlah orang lain walaupun they serve for you, being the one with upperhand doesn’t permits you to be BITCH, tak kiralah kaya mana pun kau, there’s nothing holy about being BITCH except for people confirmation that you are total BITCH. Tunjuklah perangai baik kat depan anak tu, ini tak. Yang ko gi tarbiahkan pekerja franchaise buat apa? Ko ustazah ke? Dosa apa yang dia buat?

Balik je aku pun pergi kat giant nak beli set Watchmaker’s Screwdriver sebab nak pasang RAM baru adanya. Manusia yang shopping begitu meriah, sambil tu aku round-round gi area tea sebab my stock dah nak habis. Kena restock cepat-cepat sebelum aku kena caffeine withdrawal syndrome. Nampak plak pakcik tengah rasa tester Nescafe gi berdiskusi ngan promoter tu, aku tengok mamat promoter tu cam malas je nak layan pakcik tu tetapi terpaksa. Aku tak dengar sangat apa yang pakcik tu cakap, tapi it sounds like he complained about Nescafe jugaklah. Judging from the face of the promoter, aku rasa pakcik tu dah blabbering about lama jugak lah sampai mamat promoter tu tak dapat serve tester kat orang lain. Ni lagi satu perangai manusia, ilmu terlalu penuh di dada sampai every single thing pun nak dibawa berdiskusi. Orang bagi tester free nko grab one and get awaylah, takyah nak block orang nak try. Yang dia gi komplen kat mamat promoter buat ape, tak puas hati gi telefon tol free Nestle tu. Mamat tu bukannya tahu apa pun, dia tu student keja part time ujung-ujung minggu nak dapat duit poket. I bet the pakcik couldn’t see that. Ilmu blabbering dia tak sampai chapter tu lagi. Meh sini aku bagi summary chapter tu, “If you can’t interest people enough to listen to your crap. Just freaking shut the fark up!!”

Baiklah! Sampai di sini sahajalah pemerhatian pakcik hari ini. Sori jerlah kalau sedara mara korang termasuk dalam cerita ini. Kerana ia tiada kena mengena dengan yang belum disenyawakan mahupun yang telah didigestkan oleh cacing tanah. Hanya cerita orang yang hidup jer. Kang ada benda best pakcik kutuk lagi. <--- mengata dulang ni.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...