Tu anjeng ke biawak?
Malam ni (21 May) aku buka Google (dan korang juga bukak kan?) tetiba goggle buang tebiat letak tulang menatang kat logo google tu. Aku dah biasa tengok dia tukar tema logo mengikut perayaan atau sambutan kat US tu. Tapi hari ini tulang-menulang menatang aneh (cam anjing pun ada gak!). Jadi aku tetiba berteka-teki, apa plak perayaan yang diraikan google neh? Hari menggali kubor anjing ke? Ke hari menggali lubang kuboq (penatlah tukang gali kubor). Teringat aku lawak yang satu ni…
Suatu hari, Mamat terjumpa Ali sedang mengkambus lubang baru selesai mengebumikan sesuatu. Mamat pun bertanya
Mamat: Ali, apa yang kau kubur tu?
Ali: Burung kesayangan aku.
Mamat: Tapi aku tengok tadi, yang kau kubur tu kucing kesayangan aku.
Ali: Sebab burung kesayangan aku kat dalam perut kucing kesayangan kau.
Mamat: ???
Hahaha…gelak Babooji, buat-buat gelak, jaga hati aku ni sikit.
Harry the Hairy
Tom…Tom…Tommy

Tetiba aku teringat dengan ikan laga (Betta fish) aku yang seekor tu bernama Tommy. Malam sebelum aku packing semua barang nak balik Sabah, sebab dah habis belajar diploma nak gi praktikal, aku terfikir-fikir macamana aku nak bawa balik ikan ni ke Sabah? Aku dah rancang nak sumbat dia masuk botol air, tapi kang aku kena tangkap seludup haiwan. Sapa nak jaga kalau aku tinggalkan kat Shah Alam ni? Nak buang, cam sayang buah kepayang. So aku terpaksa melakukan jenayah berat iaitu MEMBUNUH tanpa niat (buat sound efek sikit). Aku letak pil spirulina kat dalam akuarium beliau (kononnya nak bagi dia sihat makan pil alga itu) dan keesokan harinya beliau matey sebab suffocation. Logik tak ikan mati dalam air? Apakah modus operandi pembunuhan itu?
Spirulina tu kan ke asal dari alga biru hijau yang dikeringkan dan dimampatkan menjadi pil-pil hijau kecil. So bila aku letak dalam air, alga-alga itupun hidup semula (cam zombie). So cikgu biologi korang kan pernah ajar yang alga ni menatang menyusahkan dalam biosistem hidupan air, kerana baginda membiak dengan cepat dan persaingan oksigen menjadi meningkat, atau bahasa sainsnya adalah peningkatan Biosystem (ke Biology) Oxygen Demand – BOD. So cakap kat syarikat Elken tu, spirulina mu membunuh ikan ku. Saman kang?
Tapi ikan tu pun cam paham-paham bahasa plak, dia mematikan dirinya supaya tuannya yang kacak, tampan dan penyayang ini tak perlu susah nak fikir macamana nak menyeludup baginda ke Sabah.
Helmi & Nizam
Gambar yang ni plak gambar Helmy dan Nizam. Helmy (sebelah kanan) merajuk (ala…la…la, panjangnye muncung dier) sebab Nizam (kiri) cancel gi tengok Angels & Demons. Nizam rasa guilty (tengok expression muka dia) cuba memujuk Helmy dengan merasuah pisang. Selepas itu Helmy pun gembira sambil melompat-lompat atas pokok kat tepi padang golf sebelah MSU tersebut. (Ampunkan Pakcik Kassiiiiiiim!!!! Ala Kasiiiiim!!!! <-- sebut mengikut intonasi Mak Dara dalam citer Kasim Selamat itu.)
Anak Selamah Chomel
Aku terjumpa menatang ni kat rumah tepi tangga (ape nombornya Melah?). Mungkinkah ayahanda mereka yang romeo itu yang berak kat depan rumah jiran saya? Time aku ambil gambar ni adalah 1:05 pagi (21 May), ibunda mereka sedang melihat dengan renungan paisey penuh sifat keibuan untuk melindungi anak-anaknya. Di dalam hatinya “Ape kene mamat ni, balik Cyber CafĂ© snap-snap gambar aanak kite. Taulah aanak aku chomel, tengok kaki ar.” Selepas mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunda kucing-kucing chomel tersebut yang bernama Ku Selamah Bte Ku Cheng, aku pun balik rumah sambil melangkah berhati-hati kerana banyak periuk api (tahi kucing) sepanjang jalanku ke rumah yang beranjau itu. Di dalam hati aku berbisik “Selamah, aku jumpa laki ko nanti, aku pijak sampai seminiferous tubule dia berbelit.”
F%@king Fogging



No comments:
Post a Comment