Saturday, May 23, 2009

Gegambar Waktu Kechil Ku

(Versi bahasa Melayu Sebelum Sistem Ejaan Za’ba)

Setelah membeli printer yang ada scanner ini (penghargaan khas kepada Helmi yang tulun aku pilih, melakukan cubaan tawar-menawar dan transport mende gedabak itu balik), aku pun mulakan aktiviti pen-Jakunan (ampunkan kami orang asli suku Jakun) untuk scan apa-apa yang patut. Tetiba aku terpandang buku kechil yang terselit di antara buku-buku lain. Di dalamnya ada gegambar chomel aku waktu kechil, lalu aku pown scan gegambar tersebut. Ada antara gambar ini membuatkan aku tersentuh dan hiba. Rasa rindu pun tetiber bertandang.

Aku berada di pangkuan my Babooshka. Walaupun nenek aku tengok aku dengan pandangan macam kechewa (Bibir ku ke? Telinga ku ke?), maybe sebab mak aku tak setuju dengan nama ‘Ipin’ yang dicadangkannya itu, tapi lelamer nenek aku tersangat sayang plak kat akue. Puting itu ker yang membuatkan bibier ku tebal? Tarikh gambar ni adalah August 85, bermakna aku time ni umur kurang dari sebulan dan chomel, tapi dah pandai usha kamera. Bila dah dewasa dan tampan, aku menjadi sungguh pemaliew. Hehehe!!! (dah jangan buat-buat muntah)

Gambar ini pulak di ambil pada Jun 86, masa ni umur aku tak sampai setahun lagiew. Kat kampung belah ayah. Kerusi rotan itu masih wujud sampai sekarang. Tahan sungguh perabot buatan Malaysia itu. Tapi bibier itu telah mula membengkak hahaha dan darjah kecapangan telinger sudah meningkat. Waktu ni aku dah dapat adik baru. Umur tak sampai setahun dah kekurangan kasih sayang. Huhuhu!


Gambar ini pula maybe diambil pada tahun 1990 atau 1991. Waktu ni ayah aku kena transfer ke daerah pedalaman bernama Pinawantai, Kudat untuk menjadi guru besar. Rumah di belakang itu adalah rumah guru yang disediakan kerajaan. Sungguh selesa walaupun takde bekalan elektrik dan air. Sedih insan kekecil chomel seperti saya telah mengharungi derita hidup (tahap boleh masuk Bersamamu) di usia yang sangat muda. Cuaca yang panas dan jauh dari teknologi yang sepatutnya. Mungkin sebab itulah telinga kiew capang (untuk membebaskan haba cam gajah) dan bibier ku tebal (untuk memerangkap kelembapan). Jalan raya pun hanya tanah merah dan batu yang berdebu. Ko pernah rasa itu semua Mazidul? Karam Singh?

Dan kereta merah Toyota Corolla dengan nombor pendaftaran ST 7487A adalah kereta pertama ayah aku yang kekal hingga tahun 1998 sebelum ditukar kepada Proton Saga dan kemudiannya Proton Waja. Kereta itu adalah satu-satunya teknologi Jepun yang membuatkan anak-anak orang pedalaman terkejar-kejar kehairanan. Dan kereta itulah satu-satunya nombor plat kereta yang aku ingat sampai sekarang. Kalau tanya nombor kereta ayah aku sekarang, aku akan bergolek turun bukit tak tahu. Sebab tulah setiap kali ayah aku jemput kat airport, aku kena pastikan driver itu adalah my dad atau my brother, kalau tak aku main masuk je keta sesaper, tak pasal-pasal kena chulik. Tak ke mak ayah aku sedey mendapati anaknya yang comel ini ilang dichulik.

Itu sahajalah gambar untuk kali ini. Kang aku selongkar koleksi gambar lama, manalah tahu kalau ada gegambar seperti ini. Tidaaaak!!!!

Amalan membacha di jamban tidak harus dipraktikkan. Housemate lama aku (Azizul Osman), terjumpa gambar ni kat Friendster dan grab. Dia kata profile sisi mamat ni cam muka aku. Tengoklah bibier dan telinger, memang sejibik, sampai aku pun kena berfikir dua kali kalau-kalau aku ada ambil gambar sebegini. Yang penting, beliau bukanlah saya sebab VCD lucah saya belum direlease lagi di Malaysia. Huuhuhuuuu!

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...