Hari ni (Senin, 25 May) pakcik pun pergilah digital library untuk melayari ‘antara jaring’ (internet). Pakcik heran, kakak Jebon takde kat kaunter. Dan telefon kat kaunter itu pun kelihatan ganjil tahap misteri nusantara tanpa kepala kak jebon melekap padanya. Terasa sedikit sunyi library hari tu tanpa bunyi-bunyian kak jebon mengunyah makanan ringan. Terasa lain sekali. Apakah yang berlaku dengan kak jebon tersayang itu?
Lepas puas surf internet, pakcik pun pergilah melawat projek tapak semaian cendawan, bak Menteri Pertanian jualah lagaknya. Tapi sungguh kecewa, cendawan-cendawan itu semuanya telah arwah belaka. Hilang begitu saja. Tanpa khabar berita.

Yang ting…gal! Yang ting…gal (tarik cam Amy Search dalam lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur)…dua ekor potege ni je. Ni pun macam hidup segan, mati pun malu.
Dan hanya pokok ketum ini sahaja.

Pakcik pun cuba jadi detektif tak lulus SPM cuba menggabungkan klu-klu yang ada. Mungkinkah kak jebon telah mentekedarah semua cendawan tersebut sehingga dia sakit sampai tak datang ke library? Apakah pharmacokinetic toxin cendawan itu? Adakah toksin itu lipotrophic atau hydrophobic? Kalau lipotrophic, habislah kak jebon. Ni yang tetiba syahdu nak gi minta maaf kat dia nih.
Oh kak jebon, ku harapkan kau sihat-sihat hendaknya, kerana tanpa mu, siapakah yang akan mentekedarah daun-daun ketum berikut.
Lagi-lagi Famili Selamah
Selamah hari ni ku temui sedang bersantai ngan anak-anaknya Fitri dan Jamal, (confirm ke dua-dua jantan?). Selamah ni kucing malas, siang tidur, malam pun tidur. Cukup bulan, bertoooot je. Malam ni mereka tidur merempat. Sebab apartment mereka tidak ada air cond. Musim-musim Summer kat Shah Alam ni, turut dirasakan oleh family Selamah sebab itulah mereka memilih untuk tidur di luar. Dekat pula dengan bilik sampah, manalah ko tak jadi vector Toxoplasma gondii. Patutnya sebagai seorang ibu, dia harus menunjukkan contoh hygiene yang baik kepada anak-anak beliau.
Aku ni apehal? Dah namanye kucing, ingat otak baginda ada part untuk cognitive dan judgement ke? Isk…isk…isk (pernah ko jumpa blogger yang bermuhasabah diri sambil menulis blog Hny?)




Telur-telur ak.a Egg Salad Dressing
Ni resepi mudah tahap kotak pejabat (box office) ni. Korang memang biasa ar buat bende ni. Bende ni sesuai dimakan dengan roti sandwich, dimakan begitu sahaja, mahupun dimakan dengan Letchumi (sambil gossip-gossip tentang skandal Dr. Mohanad <-- wah beraninye), dihidang kat majlis kenduri kawin serta dibuang di tong sampah.
Memula rebus dua biji telur ayam (telur lagi). Pastikan telur itu tidaklah mengandungi banyak kolestrol, cam telur jenama di bawah.
Pakcik promo walaupun tak dibayar. Kerana telur ini mengandungi…
…berbanding dengan telur biasa. Maksudnya, telur ni luar biasalah. Yang penting telur ini membuatkan keluarga bahagia menjadi kuning dan ijau berpimpinan tangan cam dalam gambar bulatan biru tersebut.
Dah rebus, kupas tetelur tersebut menjadi ini.
Zooom sikit (macamlah blog reader pakcik tak penah tengok tolo kan?)
Persoalannya, mengapa dua biji telur? Mengapa tidak lima? Apakah ia ada kena mengena dengan anatomy manusia? Salah, ia sebenarnya disebabkan pakcik nak berjimat-cermat, tolo tu dahlah mahal (perlukah aku mention?).
Sila abaikan table top pakcik yang diperbuat dari kotak tersebut. Maklumlah meja tu dari IKEA (i-Kiah sebenarnya), kenalah protect dari calar balar. Abaikan juga kesan merah di sebelah kiri berikut. Ia bukanlah darah capillary ketika pakcik mengupas bawang menggunakan pisau baru (boleh caya ke ni? detail semacam je), ia adalah kesan cili boh.
Bintang seterusnya ialah serbuk lada putih atau lada sulah. Tetapi memandangkan lada sulah tu bersandiwara macam ada isi walaupun sebenarnya dah habis. Sebab member rumah pakcik dah habiskan letak dalam nasi goreng dia. Ala, nasi goreng yang dia tak bagi pakcik rasa tu? (dengan kechewanya)
So pakcik terpaksa gunakan black pepper atau serbuk lada hitam (walaupun tak menepati selera). Bak kata pepatah (mari kita ber-Karam Singh), "Tiada rotan, tibai je samseng sekolah itu gune batang penyapu." Ati-ati dengan jenama Alagappa’s ni, dia takde mini sieve kat dalam, kang ko curah sebotol, musim-musim panas cam ni ko kene hyperthermia, ko nak salahkan siapa? Pakcik Alagappa ke? Yilek!
Jangan lupa heroin utama, Mayonis Kimball (promote lagi). Pakcik pilih jenama Kimball berbanding Lady’s Choice, kerana hanya Ladies je yang pilih Lady’s Choice (seksis kah pakcik?). Tak! Bukan! Pakcik guna sebab ada ejaan jawi mim.alif.ya.wau.nun.ya.zai, heheh. Buatnya kalau dia eja ba.alif.ba.ya pakcik beli juga ke? Tak bukan begitu, sobab eh mayonis ini paling murah dan dikilangkan di Oman walaupun jenama ni anak syarikat Campbell’s. Patutlah bunyi pun ada iras-iras.
Cedok mayonis (secukup selera anda), letak kat telur. Tak Helmy, bukan kat situ, telur yang dah di kupas dalam bekas tu, jangan berotak jingga di dapur pakcik ni boley?
Pas tu letak black paper (substitute jer, kalau takde lada sulah tu).
Tutup mata, fikirkan tentang assignment Psychomed tentang picture interpretation yang lain kita buat, lain yang Dr. Karim nak tu. Ambik mood marah dan kesumat, lalu kau tonyohlah telur itu dengan garfu. Again, jangan cederakan diri anda dengan berotak jingga (ni yang aku malas buat resepi telur ni). Kau garfu telur ‘itu’, alamatnya ko senaklah 2-3 hari. Paham!
Jika anda mengalami vasovagal syncope dan berasa extra empathic sehingga membuatkan anda terasa senak ketika melecek, teruskan melecek sehingga menjadi cam kat bawah ni.
Close-up sikit.
Dia ada rupa cam muntah sikit. Itu lah yang sodap tu. Pas ni, korang boh atas roti ker, mix dengan vegetable salad ke, atau boh atas bohsia pun boley. Yang penting…telur ‘itu’ mahal.
Sekian.
2 comments:
syaiton!!!!mwahahahahahhahah!!!
(maksudnye entry ko bagus!!!!)
eyh, dr karim nak macam mane plak? die nk kite decribe maksud warna sekali ke? heh!!
aku pon pening ape yg die nak sebenarnye..sinonim sungguh pening dan die..masuk klas die pun pening2 juge...!!!
hny
ps, nasib baik la ade tempat nak luahkan prasaan kat sini..... :P
dia nak kte interpret maksud unconscious itu secara harfiah (dah mula menyalahgunaakan perkataan ni)...klu unconscious...tulis psl unconscious...gambar2 tersebut cuma untuk mengaburi mata kita je...hampeh
Post a Comment