Perchentaan Lelah dan Makjun
Balik dari Seminar H1N1 hari ni, dalam hurry-hurry nak balik rumah, terserempak dua pasangan ni sedang berdating secara tradisional. Takde maknenya dorang nak duduk berduaan pegang-pegan tangan. Ni stail kampung zaman dulu-dulu nyer dating, zaman Melur dan Arjuna tu. Tidakkah kita harus belajar dari mereka ini? Belajar stail dating je ar, apa yang berlaku selepas dating (aktiviti panjat-memanjat tu) jangan pula ko Pre-Register plak. Aku penampo Nicaragua ko nanti, sesier je aku kena tangkap.
Dari jauh dah nampak dua sejoli ni. Sesi berkenal-kenalan kot. Close-up sikit Mr. Cameraman.
Tengok jarak antara mereka, boleh wat tol MSU-Giant tu. Meh zoom sikit.
Ni Lelah ke Makjun?
Ni Makjun ke Lelah?
Sekor tengok kiri, sekor tengok kanan, pastikan line clear sebelum aktiviti ‘panjat memanjat’ itu.
Ok…line clear! Jom!
Anak Selamah Itu Terminator
Siapa sangka, anak Selamah yang comel tersebut rupa-rupanya bukan manusia…eh silap, bukan kucheng. Mereka ni sedang membuat perancangan untuk menakluki dunia. Keji sungguh cita-cita mereka. Selamah sanggup membelakangi kesejahteraan sejagat semata-mata untuk mendapat keuntungan diri sendiri <-- ni pakcik fitnah tak beringat ni.
Tengoklah sendiri buktinya. Klik pada gambar untuk imej lebih jelas.
Selamah sajer jer tutup mata sebab dia malu kegiatannya terbongkar. Tengok kat belakang tu, sekor terminator bermata biru, sekor mata merah.
Tau takut, sembunyi dari John Connor le tu kat belakang pintu. Takyah buat-buat comel, aku dah tahu petualangan korang berdua, eh…bertiga masuk mak korang sekali. Zoom sikit.
[PIC]
Hah, nampak tak ke-terminator-an dorang ni. Ni mesti Skynet hantar untuk bunuh John Connor. Siap lah korang.
[PIC]
Tapi comel gak terminator dua ekor ni kan…eh…apa aku cakap ni. Tidaaak!!! Aku deh kena pukau… Tu ar, orang cakap jangan pandang mata, kan dah kena. Biasa menatang-menatang ni pukau orang-orang tampan je, orang yang kureng tu pukau tak lut. Sebabnya, menatang ni nak pandang dorang pun tak selera. Hehehe…sapa lagi kejam, terminator ke pakcik?
Pepatah Lama Sudah Tidak Relevan
Yang kurik itu kendi,
- Kurik tu ape ar? Korek ke?
- Kendi itu apa? Candy ke
Yang merah itu saga
- Proton Saga ayah aku kaler kelabu kabus (grey mist)
Yang elok itu budi
- Budi Hartono ditangkap curi getah sekerap, elok ke?
Yang indah Itu bahasa
- Bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa SMS dan chatting tu indah rupanye. Tu tak masuk lagi bahasa JAVA, MS-DOS command prompt tu lagi. Pakcik pun tak paham.
Meh kita tukar sikit,
Yang pakcik korek itu tahi idung pakcik (nko sebok apsal?)
Yang indah itu rupa pakcik (tidak dapat dinafikan lagi)
Yang elok itu perbuatan pakcik (sudah terang lagi bersuluh)
Yang ijau itu….
No comments:
Post a Comment