Adapun pakcik hari ni bukanlah nak masak kari ke ape. Tapi entry kali ni memang ada kena mengena dengan kari. KARIpap ke? Kerana KARIna ke? MencaKARI diri ke? Bukan dik, semuanya bukan. Terang-terang tajuk tu ‘Curry House’ apa lagi yang kau persoalkan?
Sepanjang tinggal kat Pangsapuri Perdana ni macam-macam dah pakcik lalui. Gempa bumi sudah, banjir sudah, jerebu pun sudah. Histeria sudah, kes bunuh sudah, kes gaduh berparang sudah, kes rumble in the jungle sudah, kes pakwe sepak makwe sudah, kes makwe sepak pakwe sudah, kes bersekedudukan, kes khalwat, kes main mercun, kes gaduh jerit-jerit sudah, kes orang gila mengamuk juga sudah. Pendek kata, dalam komuniti kecil cam Pangsapuri Perdana ni, macam-macam jenis manusia pakcik dah jumpa. Pakcik rasa cam pakcik dah graduate dengan karenah manusia. Tapi rupanya pakcik silap…
Pada awal pagi 29 Mei, lepas balik dari CyberCafe untuk post entry baru kat blog, pakcik pun balik ke rumah. Gi lah melawat Selamah dan anak-anak, tapi takde bende menarik nak dicapture guna kamera. Selamah dah bosan beraksi ghairah untuk kamera pakcik. So pakcik terus balik dengan hampa. Siapa sangka, rezeki pakcik murah awal pagi Jumaat ni. Pakcik terserempak dengan fenomena aneh terus pakcik dapat satu idea entry baru…huhuhu….
Tak disangka-sangka, banyak-banyak benda nak dimasak, ada juga orang yang bercita-cita tinggi nak masak benda yang lain dari yang lain. Kalau boleh dimakan cam Kari Babey tu (sape nak makan?), tak heranlah. Tapi yang ni, kau nak makan pun kau kena fikir 279 kali sehari.
Pernah pergi Curry House tak?
Amacam? Tergamam tak korang semua. Resepi original dari
Ni pakcik tak tahu apakah motif sebenarnya. Samada motif Along, Mak Anjang atau Pak Teh. Mungkin juga motif balas dendam cinta terputus ditengah jalan (kat projek lebuhraya tol disebabkan orang ketiga iaitu Perempuan Berkebaya Merah). Boleh jadi juga orang yang buat ni memang berhajat nak buka Curry House, tapi dia tak paham konsep sebenarnya. Konsepnya mudah: kau masak kari, kau buka meja, kau layan costumer, ko hidang kari, pelanggan bayar, kau kaya, itu je. Bukannya kau buka perencah kari depan rumah orang, kau gi tabur serbuk kari sesuke mentibang. Tu namanya Curried House (Rumah Dikarikan) bukan Curry House.
Ataupun mungkin ada motif keagamaan (yang ni pakcik tak boley komen). Korang buatlah hipotesis sendiri ye.
Baik mari kita lihat bahan-bahan Kari Rumah ini.
Pertama, satu pek rempah kari campuran bermutu jenama Nyonya’s (pesaing Baba’s) atau Ala-Tambey (pesaing Alagappa’s) atau
Bahan kedua adalah…yang ni pakcik nak suggest cam serba salah je. Kontroversi tul bahan ni. Kang pakcik juga dapat dosa ngajo korang resepi ni. Tapi, untuk pengetahuan bersama (niat itu penting), pakcik dedahkan juga bahan ini. Lihatlah gambar dibawah.
Jeng…jeng…jeng...
Gambar kabur…effect surprise itu penting
Gambar kabur lagi. Sebenarnya tangan pakcik ketaq ambik gambaq ni. Kot-kotlah tengah pakcik snap-snap gambar macam jurugambar professional dengan kamera SLR (pakcik ada ke? Pakcik tak mampu itu semua), tetiba pemilik kedai…eh silap…pemilik rumah ni bukak pintu, sia-sia je, naya pakcik yang kena tuduh buat pedajal kat rumah ni. Sape nak jawab? Itulah risikonya jadi Blogger tak popular cam pakcik ni, kena bekerja keras merisikokan diri untuk mendapat berita terbaik untuk anda.
Gambar terang akhirnya, inilah dia bahan rahsianya…Captain Black Whisky ataupun Wiski Kapitan (Kepten) Itam (<-- menggunakan konsep penjenamaan macam Urut Tradisional Mak Itam, Bidan Kampung). Jom baca lagi “
Cara-cara membuatnya. Taburkan rempah kari di muka pintu rumah anda (atau jiran anda <-- kes pedajal) dengan penuh kesungguhan dan keluhuran jiwa harmoni (banyak ko punye harmoni, hasad dengki ade ar). Seterusnya siramkan wiski (atau Chinese tea yang halal <-- kaler same boleh lah ek?) mengikut konsep lagu lama di bawah. Sesambil kau tabur kari kau gi humming lagu ni, part-part tinggi kau tarik cam Mariah Carey (baru cukup syarat). Kalau owner rumah tu keluar, kau ajak dia berduet, sebelum dia parangkan carotid kau (mana-mana yang dulu). Ini dia lagunya (tak ingat tajuk apa):
“Ku siram selasih, ku siramkan, di hujung halaman.
Mengenangkan kasih, aduh sayang lambang percintaan.”
“Hai Kencana Dewi! Kau tetap ku kenang, janganlah kau bimbang.
Sayaaaang, moga tak kan layu, cinta nan sejati membawa harapan.”
Tukar sikit senikatanya kepada…
“Ku siramkan wiski…ku siramkan…di depan kediaman.
Sebab kita dah putus kasih…aduyai…aku pun bengang”
“Deyy Kanchana Devi!!! Kau tolak cintaku, ku kari-kan rumahmu.
Jahanaaaam, moga kau kan hidu, kari power ini, padan mukamu.”
Dan inilah hasilnya, resepi Rumah Kari Berwiski. Enak dimakan bersama tuan rumah, Kanchana Devi, dan Mamak D.E. (mampus ar, botol wiski dan plastik kari ade same). Chef mana yang buat ni? Chef Joe juga. Memang effect baeik punya!!!
1 comment:
ko ni memg sengal tahap henpon masuk air...
hny
Post a Comment