Wednesday, April 15, 2009

Membaca Lambat Jiwa Selamat



Ya adik-adik, pakcik telah beralih daripada skrin laptop ke buku berkulit sebenar. Tapi moodnya tidak seperti yang dijangkakan. Bila dah baca buku yang sebenar ni, rasa cam malas je nak habiskan. Samalah ceritanya buku 'La Tahzan: Jangan Bersedih Tu' aku baca time nak naik flight je, sebab bukunya bosan tahap penyesalan pekali sepunya kerana membeli buku tu...baik aku beli buku Yakjuj Makjuj tu. Tapi magiknya buku itu aku telah baca separuh. Sementelah penanda buku aku tercicir kat boading hall, aku dah lupa aku berenti kat mana. So aku terpaksa lah membaca sekali lagi. Pendek kata, buku tu sungguh bosan aku just baca tanpa satu pun register kat kepala hotak aku. Itulah pasal aku tak ingat aku berenti kat mana. Mungkin sebab the beauty of this book is lost in translation. Translation ke BM buku ni menyebabkannya menjadi less appealing....(apekenamanya dalam BM...mmm...yah kurang menarik). Tapi aku kenalah berpuas hati kerana PMR Bahasa Arab aku cuma mendapat D. Sia-sia perutku dipintal Ustaz Manazil dan Ustaz Hamad kerana memonteng kelas Bahasa Arab. "La ustaz...la!"

Sekarang ni tengah membaca tahap lambat-lambat kekura menopaus buku Deception Point dan Paddy Clarke Ha Ha Ha. Gila kentang pakcik ni, baca dua buku sekali gus. Buku Paddy Clarke tu baca time susah nak tido. Agak bosan jugak lah, tema cam buku To Kill A Mockingbird (TKAM) - a must read before you die punye book- tapi at least TKAM tu English Classic yang best sesangat sampai aku baca dua kali. Tema buku Paddy Clarke ni bebudak kat Ireland nun, nakal nak mampuih. Tak taw pakcik camna buku ni boleh menang Booker Prize 1993. Rasuah hape? Tak kisahlah yang penting aku dah berjaya meredakan gejala Depression aku ni. Ni nak tanya diri sendiri ni (ala-ala muhasabah)...Tafsir Quran dah abis baca lum? Ha kan ke aku dah sembunyi bawah meja. At least kalau dah master tafsir Juz 'Amma tu pun boleh lah aku menambahkan khusyuk sembahyang kan, tak de lah aku baca-baca angin je, paham lah jugak maksud surah-surah tu. Takpe InsyaAllah...beta akan masukkan dalam agenda beta.



Baca Deception Point tu aku baru nak gain momentum. Yang penting Mazidul, buku tu haruslah dipulangkan ke library pada hari sabtu 18hb ye. Kalau tak, membayar ufti mengkayakan Shukri Yajid lah nampaknya aku. Aku baru nak bertiduran sabtu ni (ceh cam banyak le kelas weekdays ni kan?), alih-alih kena bangun awal gi hantar buku kat library. Tu yang pakcik tak suka pinjam buku kat library nih. Dah lah buku tak banyak, tajuk-tajuk pun menghibakan kucing yang cirit kat depan umah pakcik ni (jaga ko kucin, aku dapat aku palpate abdomen kau! buat busuk je taik ko yang bersememeh dipijak mamat Myanmar dan Bangla keja Giant tu).

Ya dah lama tak menulis dalam BM, terasa cam janggal ketatabahasaanku ini. Ampun dan maaf kepada cikgu BM. Baru rancang nak gi audition join team Debat BM jumaat ni, abih kalau BM dah tahap Tun Sri Lanang nyer anak tiri, macamanakah pakcik akan terpilih. Bolehkah pakcik menggunakan bahasa blogger untuk berdebat. Kenalah aku membaca sekabar (surat khabar) Utusan Malaysia kat digital library nun, walaupun dalam diam aku bercurangan dengan Reader's Digest April. Huhu...maafkan daku kak digital library, nafsuku untuk membaca paper NST telah membuatmu menjelingku tahap "Benciku pada dirimu!" tapi bak kata pepatah lama Seriwijaya...


Shut the f**k off!

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...