Monday, April 20, 2009

Lacurkan Hidupmu

Sebenarnya tajuk ni takde kene mengena dengan entri aku ni. Saja bikin gempak sikit. Hari ni hari ahad, bangun agak lewat, tak yah cakap lah. Lepas bangun tu, as usual nak pastikan otak aku ni still tak senteng, aku pun gi belek-belek buku Community First Aid & Safety terbitan American Red Cross. Saja nak gain momentum. Buku ni aku dah beli lama dah kat PayLess Book terbitan tahun 1994 (Hahaha! Time tu aku umur 9 tahun) harga 50% off bersamaan RM7.95 sen. Waktu pegi beli buku ni, pegi kat Summit dengan Pojan. Masa ni Pojan sihat walafiat lagi. Time tu kitorang meronggeng lepas abis kelas. Kitorang time ni sedang memburu kedai PayLess Books yang cawangannya sedang mengadakan jualan penutupan kedai (alias bankrupt). So dapatlah buku-buku zaman tok kaduk dengan harga yang melampau murahnya. Kalau nasib baik, dapatlah buku yang berkhasiat. Time ni semangat berkobar-kobar nak beli buku medic, yelah reality sebenar tak settle in lagi.

Dah, habis cerita pasal buku. Mari cerita tentang rumah aku yang kepupusan penghuni pulak. Hari ni, family housemate aku datang nak angkut barang-barang dia balik. Dia dah nak pegi praktikal dah. Huhu, sebelum sempat aku memberus gigi, dah ada ketukan kat pintu. Datanglah ibu dan adik lelakinya untuk membantu dia mengemaskan barang. So hilanglah Peti Ais Minibar dan Mesin Basuh dibawa pergi. Lepas ni terpaksalah aku gi tepi sungai mengusung kain, berkemban dengan Melati dan Cempaka untuk membasuh kain sambil dihendap oleh Jalak Lenteng dan rakan-rakannya. Sambil-sambil cuci kain kitorang pun menyanyi suka ria sambil simbah-simbah air sebelum aktiviti mencabul kehormatan berlaku di mana datanglah hero selamatkan kami semua bernama P. Ramlah. Demikianlah cerita Melayu lama yang menggambarkan scene basuh kain cuma. Nasib baik stove tak dibawa balik, kalau tidak adalah pulak scene meniup kayu api dengan corong buluh sambil terbatuk-batuk ala-ala cerita Nujum Pak Belalang. Selepas bersusah payah tolong member ni angkat barang masuk kereta. Aku pun mandilah jua. (Chet! Mandi pun nak cerita)

Lepas sembahyang Zohor aku pun melantak roti dengan air soya yang dah tak sejuk, kerana kami sudah tidak kepunyaan peti ais. Oleh kerana terlalu bosan duduk rumah aku pun gi melacur. Aku gi melacurkan duit aku kat Cyber CafĂ© untuk menonton YouTube dan mengechek Friendster dan email. Yang paling aku tak suka bila mendapat email bil maxis broadband celaka itu. Dahlah dia potong connection aku, tapi bil jalan macam biasa tanpa rasa malu-malu aku kena cas free-free walaupun aku nyer konek-tion dia potong. Hanjeng ko Maxis, aku tak halalkan duit aku. Dah tiga bulan aku kena bayar bil ‘kosong’, aku dah settle bil tertunggak 3 bulan tapi dia tak konek balik line aku. Sekali lagi hanjeng aku berikan pada warga-warga maxis. Hanjeenng!!! Aku nak stop je line ni, tapi kalau aku stop bermakna aku kena bayar RM 200 untuk stop. Hanjeng lagi kau maxis. Sementelahan duit MARA aku ni tak keluar, terpaksalah aku bersabar, aku nak gi hanjengkan MARA pulak tapi bila cek online, cek dah keluar. Besok (Senin) aku gi MARA collect, tu pun kalau kolej tak datang ambik cek tu lagi.

Tengah-tengah best baca blog orang, aku rasa sakit kat bawah rahang sebelah kiri aku ni. Bila aku palpate, rupanya lymph nodes aku ada tenderness. Aku piker balik, aku dapat Mono ke? Bila pulak aku berchium dengan sesape? Malam tadi dalam mimpi adalah aku berchium, tapi takkan itu pun boleh melayakkan aku mendapat Mono kan? Saliva sape yang aku telan sampai lymph nodes aku swollen. Pikiaq punya pikiaq still tak dapat jawapan. Mungkinkah kerana aku ni stress memanjang menyebabkan imuniti aku rendah? Atau mungkinkah sebab pagi tadi aku lambat gosok gigi? Hahaha…nonsense.

Balik rumah gi review balik video-video yang aku download kat YouTube. Antaranya video klip terbaru Black Eyed Peas – Boom Boom Pow, The Fray – You Found Me, Susan Boyle dari Britain Got Talent (23 milion hit kat YouTube, salut kat makcik ni) dan video dari channel Smosh. Sebelum tu sempat gak tengok video debat antara Islam Scholar dan Christian Scholar berkenaan Jesus Christ: Son of God or Prophet of God. Walaupun tak sehebat debat antara Ahmad Deedat dan Anis Shoroosh, tapi boleh lah nak tambahkan pengtahuan sikit. Aku duk tengok video sambil menghisap-hisap Strepsils yang aku beli 2 hari sebelum ni, taw-taw je aku ni bila nak sakit. Bolah tahan gak gerak hati aku ni.

Entahlah, sebelum bukak sem hari tu berkobar-kobar je nak studi. Tapi bila dah bukak sem, takde semangat pulak. Besok (senin) chuti, aku cadang nak gi jenguk member-member konvo besok. Harap-harap aku tak terserempak dengan makcik aku yang durjana itu. Tapi ayah aku pulak dah pesan, “Pegilah tengok makcik kau konvo, wakilkan ayah yang tak dapat datang ni sebab ada mesyuarat. Lupakanlah hal-hal yang dah lepas tu. Walaupun makcik kau tak jemput, janganlah kau nak 2x5 cam dia” (maksud ayah aku, janganlah layan perasaan dendam tu). Aku tak citer kat ayah aku apa yang makcik durjana itu telah perlakukan pada aku, sebab ayah aku ni memang sayang kat adik bongsu dia yang hampeh itu. Sampaikan outstanding dia pun ayah aku bayarkan walaupun makcik durjana itu dah ada keja dan berduit sendiri. Kang aku kutuk adik dia dia gi sembur aku balik. Simpanlah dalam hati. Actually semalam makcik aku ada call bagitahu nenek aku ada datang nak tengok dia konvo. Berikut adalah perbualan kami.

“Helo! Kau kat mane?” kata perempuan bangsat itu
“Kat rumah lah mana lagi!” jawab ku menahan marah
“Busu on the way nak balik Shah Alam, nak ambik barang sikit.” Macamlah aku kesah.
“So!” jawab aku yang marah ini lagi
“Busu bawa nenek sekali. Kot-kot kau nak jumpe?” Hah! Nak mengumpan aku le tu.
Nenek yang mana ni, yang tu ke? Dah, dah lama dah aku jumpa.
“Hmm!” aku buat suara disinterested. Harap-haraplah dia dapat tangkap.
“Ko tido ke ni?” si bangsat bertanya
“Tak. Nak apa lagi?” aku tarik suara ke octave 3
“Nak jumpa nenek tak?” soalan semester lepas diulang lagi.
“Hmm.” Aku buat suara disinterested lagi
“Nanti kalau bucu…” Pap! Belum abis dia cakap aku flip close handphone aku. Hah kau, terima balasan aku.

Bagi korang yang tak tahu apa permasalahan antara aku dan makcik aku yang bangsat itu. Nanti aku citer dalam entri yang akan datang. Tu pun kalau mode dendam aku still ada lagi.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...