Last-last keluar pukul 10.30 AM. Destinasi pertama nak gi menghanjengkan pejabat MARA. Well, takdelah sangat. Aku nak gi menuntut hutang. Pejabat MARA tu dah jadi macam tempat aku berpeleseran sampai kakak guard tu mesti menyampah tahap “Dirimu ku tak sudi ketemu lagi. Pergi!”
Naik tingkat 3, mintak nak jumpa Cik Akmar. Sebab kalau aku cakap nak jumpa En. Misbah gerenti mereka berkata “Takdak!”. Susah nak jumpa VIP kehormat ni, setiap minggu ada je yang cutilah, mesyuarat lah, apa lah. Farra deal dengan Cik Akmar, aku deal dengan kekasih lama aku yang dah 3 minggu tak jumpa, ‘rindu’ sangat-sangat. Namanya Cik Asiah, dia ni rajin lah sangat cuti tapi bila jumpa dia tetiba hati rasa tenang dengan senyuman dia tu. Aku tak yah kenalkan diri dia dah tahu dah. Dia suruh aku duduk kat seat En. Misbah (yang MIA tu), check punya check rupanya cek dah pos kat MSU. Tetiba Puan Zakiah itu datang dengan berang “Ni, kenapa ni? Ada apa hal? Pasal tunggakan elaun sara hidup ke?”. Wah ‘sopan santunnya’ wanita ni, datang-datang terkam je, tak bercumbu tak apa dia terus nak ‘makan’ aku. Hiks! Hiks! Nasib baik aku takde mood nak berdoggy skill dengan dia hari ni, so aku pun jawab dengan baik, “Nak tanya status cek!” lepas dengar jawapan aku dia pun dok membebel dengan staff dia ntah apa ntah. Mesti malam tadi laki dia tak servis baik punya. Tu yang dia merangkak kat aku kedaungan tu. Sorry, aku ngah seduce Cik Asiah ni, tak nampak? Aku takde mood nak ber’threesome’ hari ni. Lepas urusan aku dan Farra dah selesai, I said goodbye to Cik Asiah and she eye me dengan renungan menggoda dengan maksud, “Datang lagi bang, sini servis baik punya!” dan kitorang pun pegi makan tengahari kat food court sebelah Sogo tu. Sempatlah tengok DBKL mengangkut motor-motor yang parking haram naik atas lori. Terkial-kial owner dia nak selamatkan motor. Hehehe…
Lepas makan, destinasi seterusnya gi PWTC nak gi ziarah member-member BBM konvo, sambil-sambil tu boleh gak tengok Pesta Buku sekali. Dah sampai, kitorang melilau cari kedai jual bouquet. Hampeh, semua bouquet dah oldl out. Agak ramai juga orang kat PWTC hari tu, dengan majlis pelancaran buku yang tak putus-putus tu, dengan bebudak sekolah buat ‘Rombongan Encik Kassim ke PWTC’ memang rimas. Tengah sibuk usha member yang baru habis konvo sesi pagi bernama Farzana sambil turun kat escalator, mata dah fokus kat dia yang tengah mencari-cari kitorang kat tempat yang dijanjikan, tetiba kat escalator sebelah yang tengah naik rupanya makcik aku yang bertuah tu tengah mengharap-harap aku nampak dia sambil sengih-sengih kerang busuk, sebelah escalator je, tak sampai 3 kaki jaraknya, aku tak nampak. Kalau bukan sebab Farra yang sedar, aku mesti tak tahu, seboleh-bolehnya aku nak mengelak nak jumpa dia. Aku just lambai tak ikhlas kat dia.

Dah jumpa member tu, ambik lah gambar dua tiga das. Dah siap, kitorang menunggu member yang sorang lagi yang konvo sesi petang. Jenuh pakcik tunggu, kalau pakcik tidur dah banyak dah orang pakcik make-out with, hehehe. Sambil-sambil tu kitorang round-round lah kat PWTC tengok buku dan cari bunga. Tak cukup kat PWTC, kitorang cari kat The Mall. Penat kaki pakcik nak! Patah balik ke PWTC. Lastly jumpa gak bunga kat 4th Floor PWTC tetapi harga dia sungguh babi! Mahal dowh! Tiga kuntum bunga dah RM20, memang ambik kesempatan gila orang-orang yang jual bunga tu. Apa, dia tanam bunga kat pasu emas ke? Memandangkan dah takde pilihan, aku beli sejambak dan Farra beli sejambak. Kitorang hangout kat meja pendaftaran yang di abandon sampai kul 5 lebih. Ramai jugak orang aku jumpa, termasuklah geng bas sekolah Ari, Hafis, Zarifi, Nadia Miyoko, Nad, Saiful etc. Seperti biasalah, mereka melakukan hobi bergambar dengan hypothesis “Walau tak konvo, gambar ku harus grad.”
Selesai jerk ceremony tu, graduan-graduan pun keluar dari dewan. Aku ni seboleh-boleh tak nak jumpa ngan makcik aku tu. Dia buat sombong bodoh ngan aku, aku buat sombong tak bodoh kuasa infiniti kat dia. Aku datang pun bukan atas jemputan dia (sebab aku sememangnya tidak dijemput), aku datang nak jumpa member-member lama yang far more worth to cherish than her. Nampak je kelibat dia, aku pusing belakang tak nak pandang. Bila dah jumpa Sakinah dan congratulate dia, aktiviti bergambar diteruskan. Masa aku nak ambil gambar Farzana, Sakinah dan Farra tetiba bahu aku ditepuk. Alamak! Bila pusing belakang nampaklah makcik Kay, makcik Noor, makcik Naima dan nenek Siti kat situ. Diorang ni semua jemputan kehormat diterbangkan khas dari Sabah nak tengok makcik Busu (yang durjana) itu konvo, aku yang kat Shah Alam ni tak dijemput langsung. Nenek dan makcik-makcik aku dah membebel serentak bising-bising marah sebab tak datang jumpa diorang semua kat hotel (“Apa kalian kumpulan Pussycat Dolls kah?”), aku dengan secara reflex gi salam cium tangan diorang semua, supaya diorang berhenti membebel. Sebelum tu, nenek aku yang disayangi itu sempat back-kick aku dengan kata-kata “Derhaka ko tak jumpa nenek semalam!” sambil hulur tangan untuk disalam lagaknya seperti Queen Elizabeth jualah hendaknya. Sedey, kena cop cucu derhaka oleh nenek aku yang rupa macam Siti Tanjung Perak tu (mulut pun sama). Tapi aku tahu nenek aku tak bermaksud pun nak sumpah aku, itu adalah sekadar guraun mesra dia jer.

Makcik Kay plak tanya aku mana nak beli bunga, untuk dihadiahkah kat makcik durjana yang sekor tu, aku simply cakap bunga dah habes. Makcik Kay suruh aku tolong carikan kedai jual bunga, cek kat The Mall ke hape. Aku explain, kitorang dah puas cari dah, memang takde. Semua dah habes. Aku gi suruh diorang semua naik atas (tingkat 5) gi makan (sebab aku nak lari balik), tapi rupanya diorang semua baru turun dari atas. Kenyang dah. Aku tengok kiri kanan kot-kot ada makcik durjana seorang itu, nasib baik dia takde kat situ. Makcik-makcik dan nenek aku pun gi round-round cari bunga. Aku pun sambung aktiviti menembak gambar. Dah habis, mintak diri dengan Sakinah dan Farzana sebab dah dekat pukul 6, nak balik dah.
On the way turun escalator, terserempak lagi dengan Pussycat Aunt & Granma tu. Nasib baik si durjana itu takde kat situ, mesti dia tengah merayau cari boyfriend hempeh dia tu. Makcik Kay aku tanya lagi “Fis, tolong carikan bunga, kesian Busu takde bunga. Ngangah (gelaran manja makcik Kay) tengok semua orang pegang bouquet. Dia seorang je takde.” Aku pun bagi jawapan sama, “Entahlah, dah habis dah. Dari pagi tadi kaunter jual bunga dah habis licin.” Padahal aku baru belikan bunga untuk Farzana tadi, hahahaha. Sebelum makcik durjana itu datang, aku pun salam mereka sekali lagi nak minta diri balik. Sebelum balik tu, makcik Noor aku sempat tanya “Tu, awek ko ek?” sambil jari menuding kepada Farra, makcik Naima pula menambah “Cute, kecik je!” Aku tanpa ragu-ragu menjawab, “Kawan sama-sama kuliah.” Terus blah sebelum aku disoal siasat, kang datang pula si durjana itu. Dalam perjalanan keluar, aku gelak kuat-kuat, padan muka si durjana itu tak dapat bunga. Patut dia dapat taik je. Farra kata “Ish, tak baik kau buat makcik kau macam tu.” Well, she press the WAR button, I just dance with the floor to dodge the bullet.
Memang puas hati. Dia ingat aku datang nak tengok dia konvo. Piirah! Takde khasiatnya aku nak jumpa dia setelah apa dia buat kat aku. Pikir-pikir balik, ada baiknya juga dia terserempak dengan aku kat escalator tadi. Biar dia tahu yang aku datang tapi bukan untuk jumpa dia. No congratulation, no bouquet to you. Baik aku jumpa member-member yang lebih tahu menghargai aku dari saudara sendiri yang tak ambil peduli tentang aku. Rasa sikit macamana aku rasa. Berbaloi aku datang hari ni, dapat celebrate kawan dan dapat balas dendam. Ada kalanya, sahabat itu lebih memahami dan menghargai kita dari saudara sendiri. So again, I LOVE YOU ALL MY FRIEND…PAST, PRESENT AND FUTURE.
Yah aku telah berjaya mengraduatekan dendam aku. Sekarang aku tengah tinggal tunggu karma plak, apalah balasan yang aku dapat. Huhuhu…takut.
No comments:
Post a Comment