Sunday, December 21, 2008

HKL February 2008 Attachment – Part 5

Hmm…cerita HKL attachment ni dah hampir-hampir nak habis. So lepas ni dah masuk citer pasal attachment kat Mayo Clinic plak pas tu kat John Hopkins Hospital [Huhu! Perasan tak habis-habis. Get out!].

ECG LESSON

Satu petang tu, time-time dah nak balik tetiba je Pojan bagitau yang dia dah approach sorang doktor nak ajar kitorang how to read ECG ala ‘Complete Idiot’s Guide of ECG’ atau ‘ECG for DUMMIES’. [Ya! Dr. Idris, sayu tak betapa jahilnya ex-student anda? Sila menangis kat bilik air sekarang! (dalam BM ayat ni berbunyi ayat perintah walaupun ada perkataan ‘sila’ di situ, bangga cikgu BM pakcik)]. So kitorang pun bergegas pegi locker room review buku rujukan, Pojan belek pocket book ECG dia, aku plak belek NETTER Atlas of Human Anatomy. [buku ni baru je beli hari sebelumnya kat Kamal Bookstore, dekat je ngan HKL. Ya Encik Kamal, sila beri diskaun sekarang!] Kitorang pegi hafal balik Coronary Arteries kerana sure-sure Dr. Anisa akan tanya soalan basic tentang heart. Cerita pasal heart, sila imbas semula post BI & BM Internal Organ Malusage in Literature. [aku ni klu pasal menyimpang numero uno! Anak didik Dr. Karim lah katakan. Sila jangan beritahu beliau Panchita!]. So Dr. Anisa dah pun tunggu kat RESUS nak mengajar. Sampai je kitorang kat situ dia pun fliplah one of the table kat RESUS yang happens to be juga adalah sebuah whiteboard (kira meja ni 2 dalam 1). Mula-mula sekali dia tanya pasal coronary arteries (kan pakcik dah cakap), tersedak-sedak jugaklah nak ingat balik. Next dia tanya pasal ECG lead, yang ni dah batuk-batuk. Pas tu dia tanya Sinus Rhythm, ECG wave component and pathological condition, kat sini kitorang dah tahap asthma dah. Nampak jugaklah Dr. Anisa sedikit kecewa ngan basic knowledge kitorang ni, dia pun cakaplah yang kitorang kena ada basic yang baik, dia tak nak ajar ECG reading kalau ‘tepung, butter dan telur tak cukup’ (my quote lah). Tiba-tiba out of nowhere Pojan gi tanya pasal Mitral Stenosis, Dr. Anisa pun tanya balik apa yang kitorang faham tentang term tu, time ni aku dah syncope dah, geram gak lah sikit kat Pojan (time tu je lah) tanya soalan random camtu, last-last kitorang gak yang kena jawab balik, kan dah terkial-kial. Lastly dia suruh kitorang balik rumah, baca pasal ECG. [aku rasa cam nak pegi Myanmar pun ada, nak jumpa Dr. Idris menuntut ilmu yang belum lagi diperturunkannya kat kitorang]

MAKCIK JUAL PISANG GORENG

On the way nak balik, kitorang kena jalan kaki gi tempat parking kereta Pojan (kat dalam HKL susah gila nak dapat parking) kat luar HKL area-area rumah flat yang usang seberang jalan keluar dari HKL (detail giler). Betul-betul menghadap laluan keluar tu ada stall kecil jual kuih muih goreng. Satu hari tu, pegilah singgah kat stall tu beli pisang goreng seringgit lah cuma. Masa tu yang jaga stall sepasang suami isteri. Pakcik tu tanya, “Anak, belajar ke?” tak sempat aku nak jawab, makcik tu yang tolong jawab, “Diorang ni lah bakal-bakal doktor yang saya jumpa itu hari. Bagus diorang semua ni.” Hah! Aku dah cemas sambil tertanya-tanya, makcik ni ke yang aku hampir-hampir nak Kevorkian hari tu? Alamak, apsal pulak dia baik semacam je hari ni? Aku baru nak menyimpan dendam kesumat membara kat dia. Makcik tu letak banyak giler pisang goreng dalam plastik, padahal aku beli singgit je. Lepas bayar aku pun cepat-cepat blah masuk keta. Dalam kepala aku cuba ingat balik muka makcik UNILATERAL EDEMA haritu. Setelah banyak flashback cam cerita telenovela Mexico, aku confirm mereka bukan makcik yang sama. Mesti makcik jual goreng pisang tu mistaken kitorang dengan budak-budak medic UPM. Takpun makcik tu mengamalkan customer service yang excellent. Tapi takpe, untung gak makcik tu bagi banyak pisang goreng as her token of gratitude. Ni lah yang orang kata rezeki. Selamat dendam kesumat membara aku, boleh pendam lama sikit.
PAKCIK MISTERI

Masa nak keluar rehat, aku pun tunggulah Zue dan Farah kat luar JK one day. Tak ingat plak diorang pegi mana time tu. Samada gi kedai atau still kat dalam JK. Masa tu ramai jugak orang pandang semacam. Dorang ni semua outpatient yang tengah tunggu nombor giliran. Sah-sah dorang tengah bengang dengan doktor sebab check patient lambat sangat. Tu yang dorang tengok aku dengan pandangan Byakugan tu, lagi-lagilah aku gi pakai whitecoat. Aku ni pun duduklah kat bench depan kaunter pertanyaan, ada space kosong sebelah aku. Tetiba je ada pakcik serabai dalam lingkungan umur 40-an tersengih dari jauh dan duduk sebelah aku. Dia pun tanpa ditanya mulalah bercerita tentang diri dia. Dia ceritalah yang dia ni sakit satu badan dan kaki dia bengkak sebelah. Aku pun angguk paham sambil membuat muka cam concern je masalah pakcik tu [silapnya juri Academy Award tak calonkan aku kategori, Best Pretentious Actor]. Dia cakap lagi yang kakak dia nak bolot harta keluarga dia, kakak dia tak suka dia dan halau dia dari rumah selepas mak dia mati [cam cerita Cerekarama pun ada]. Aku fikir balik, penting ke dalam patient history nak letak pasal kekejaman kakak dia kat dia? Pandai-pandailah dia nak hidup, dia bukannya budak-budak lagi cam dalam cerita DENDAM kat TV3 tu (episode mula-mula dulu). Tapi bila aku dah belajar CM rupanya ada gak pentingnya history itu untuk letak zigzag line kat MATERNAL GENOGRAM dia, setakat tu je lah. Selepas dia abis cerita tu, dia pun tanya “Doktor, rasa-rasanya saya sakit apa?” meremang jugaklah bulu roma dipanggil the big ‘D’ tu. Aku ni yang mempunyai ilmu Materia Medica yang cetek tapi score A dalam Ilmu Putar Alam pun tanya balik kat dia. “Sebelum pakcik sakit ni, pakcik ada kena gigit nyamuk tak?”. Dia jawab “Pakcik selalu masuk hutan. Pakcik tak perasanlah nyamuk gigit”. Apa motif aku bagi soalan camtu? Sebab kat kepala aku dah bagi differential filariasis atau denggi, tapi aku tahu sebagai student aku tak boleh bagi sebarang diagnosis, so aku cakaplah yang dia kena jumpa doktor kat dalam, aku nak pergi rehat [Bab 2 Ilmu Putar Alam: Cubaan Mengelat]. Pakcik tu tiba-tiba cakap, “Saya rasa, ni semua kerja kakak saya. Mesti dia yang ‘buat’ saya. Dia nak ambik bahagian saya”. Ayoyo! Typical Melayu sangatlah mereka ni, sikit-sikit nak bomoh. Hebat gak pakcik tu, dia bagi aku history of present illness (HOPI) pas tu dia bagi diagnosis sendiri. Silap aku takde nombor telefon bomoh time tu, kalau tak dah lama aku suruh dia gi berubat kampung. Walaupun aku tak dapat mengesan penyakit pakcik tu, tapi at least aku lend him my ear untuk dia meluahkan masalah dia, so bolehlah aku jadi Healer of The Soul (Psychiatrist). [Boleh Faizul?] So itulah misterinya pakcik tu, dengan keadaan yang tak terurus macam, kalau orang lain dah sah-sah dia diprescribe Thorazine and Haloperidol, aku sorang je nak prescribe Tok Dalik & Mbok Miah Nyiang Rapik setiap Khamis malam Jumaat pukul 9.30 malam di TV3. Hahahaha! Gelak Panchita! Gelak kuat sikit!


NEXT TO COME: Tour dengan Dr. Rashdan, Goodbye & Proof.

1 comment:

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA

-hny

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...