Sunday, December 21, 2008

BI & BM Internal Organ Malusage in Literature.

LIVER / HATI

HEART / JANTUNG

Kita selalu mendengar lagu-lagu, membaca novel, dan menonton filem bertema cinta atau dendam. Percaya atau tidak, ia kadang-kadang memberi fakta yang salah terhadap pengetahuan sains anda. Kalau tak caya, sila baca hujah yang telah dibuahfikirkan oleh saya di bawah berdasarkan konsep SEMANTICS. (click the word to learn)

In literature, Heart in BI = Hati dalam BM (supposedly jantung). Hati dalam BM = liver in BI.
  • CONCLUSION: So lagu cintan Melayu vs. BI love song refer kepada internal organ yang berbeza.

Break My Heart vs. Hancur Hatiku.

  • ARGUMENT: Break my heart refer kepada heart rupture which is not compatible with survival, it refer to case of extensive MI or HF. Dalam BM tak kata ‘hancur jantungku’, dorang kata ‘hancur hatiku’. Hati yang hancur (partial or up to 70% destruction) boleh tumbuh semula and compatible for survival.
  • CONCLUSION: So, omputih kalau putus cinta mengalami kerosakan organ yang berbeza dengan orang Malaysia. Maka, orang putih boleh mati disebabkan cinta berbanding orang Malaysia. So dalam lagu Unbreak My Heart, Toni Braxton merayu agar jantungnya tidak rupture bukannya merayu pada kekasihnya agar tidak meninggalkannya.

My Sweetheart vs. Si Jantung Hati.

  • ARGUMENT: Omputih mengelar yang tersayang jantung manis atau mungkin mempunyai jantung yang berperisa manis. Manakala orang Malaysia mengelarnya si jantung hati. Ini bermakna orang Malaysia menyayangi internal organ mereka. Tetapi orang Malaysia mempunyai kes penyakit jantung yang tinggi, bermakna mereka tidak sayang kan kedua-dua organ tersebut sehingga menyakitinya. Ia juga bermaksud mereka tidak menyayangi si jantung hati (kekasih) mereka.

From The Bottom of My Heart vs. Dari Lubuk Hatiku.

  • ARGUMENT: Base of heart sama dengan both atrial chambers (proximal part) which is not a bottom at all. Kalau refer to the distal part of the heart it is an Apex or Crux. So di mana bottom of the heart? Lubuk hati pula kat mana? Lubuk Tupah? Hehehe...

My Heart Beating vs. Jantungku Berdebar

  • ARGUMENT: Ini adalah salah satu penggunaan ayat yang refer kepada organ yang sama dan physiologinya juga sama dan tepat. Tahniah! Walaupun ada juga yang menggunakan Hatiku Berdebar, ni kes portal hypertension ni, tak pun gallbladder emptying contraction.

Straight From The Heart vs. Ikhlas Dari Hati

  • ARGUMENT: Apa yang straight from the heart? Jawapannya ANP dan blood (walaupun red marrow origin) kerana blood pumped dari right ventricle straight to lungs ke and dari left ventricle through aorta straight to the rest of the body. Apa yang ikhlas dari hati? Adakah refer kepada penderma hati yang memberi sebahagian hati dengan ikhlas ataupun merebakkan Hepatitis Virus.
  • CONCLUSION: Pemberian omputih kepada kekasihnya adalah darah. Atau mungkinkah mereka ini dikalangan penderma darah. Manakala orang Malaysia memberi hati ataupun Hepatitis Virus. So kalau kekasih anda memberi hadiah sambil berkata “Ikhlas dari hati!” sila jangan terima kerana ia bermakna dia cuba memberi virus hepatitisnya ikhlas dari hatinya yang dah cirrhosis. Lain pula ceritanya kalau dia berkata “Ikhlas dari kedai, dibeli dengan duit yang ikhlas dari ATM, hasil gaji yang dibayar ikhlas dari bos, bagi membayar hasil titik peluh kerja yang ikhlas dari saya.” Walaupun ada kalanya dia mencuri tulang untuk keluar dating dengan anda, hadiahnya boleh diterima.

Keep In Heart vs. Simpan Dalam Hati (a.k.a Makan Dalam)

  • ARGUMENT: What do you keep in heart? Answer, cholesterol plaque or vegetation attached to valve. Apa yang disimpan dalam hati? Glycogen, fat-soluble vitamin, infective agents etc.
  • CONCLUSION: Kalau omputih bergaduh atau berselisih faham, mereka akan ada high risk of Congestive Heart Failure atau valve malfunction. Tapi orang Malaysia akan samada bertambah sihat atau mendapat liver disease.

Listen to Your Heart vs. Dengar Kata Hati

  • CONCLUSION: Orang putih amat mengambil berat kesihatan jantung mereka, sebab itulah apabila membuat keputusan, mereka akan menggunakan stethoscope untuk mendengar jantung mereka. Orang Malaysia pula sedikit berhalusinasi mendengar hati mereka berkata-kata, atau mungkin cuba mendengar bruit for portal hypertension.

Kesimpulannya, kedua-dua organ di atas tidak memainkan peranan untuk bercinta, menyimpan dendam, meluahkan perasaan ataupun membuat keputusan kerana ia semuanya adalah fungsi otak atau brain. Hargailah otak anda. Get your fact right! Hehehe!

So tell me if I made a reasonable argument. Penat tau perah otak fikirkan benda ni. Sampai palpitation my jantung. Ada apa-apa lagi nak ditambah? Please comment!

Dengan ini saya akhiri post kali ini dengan lagu dari Susanna & The Magical Orchestra – Condition of the Heart, one of my all-time favorite song (click imeem above). Hope you like it! :P

2 comments:

Anonymous said...

chup!
ever heard of "i heart u" phrase..?

:P
-hny

Aniron Orion said...

yup...wonder if there is a synonym in malay...in order to compare the concept of both world...thanks!

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...