"Kalau kau cari suami nanti, jangan cari yang kaki hisap rokok," kata mak saya...

...kepada adik perempuan saya.
Asap rokok adalah taboo bagi mak. Mak takkan teragak-agak menunjukkan protes dan sound siapa sahaja yang merokok, even bapa mertua atau bapa kandung sendiri.
Sebab itulah kriteria menantu yang baik yang mak ajarkan kepada adik selepas agama, akhlak pekerti, keturunan, harta adalah NON-SMOKER. Mak tak specify pulak samada jin atau manusia atau orang bunian atau bekas lanun insaf dari Somalia. Which unlike DSM-IV-TR, criteria cik emak adalah tahap ICD-4.
Bila mak kata "Anak lelaki mak, sape yang merokok, mak bakar bibir dia," long time ago, saya taat tak sentuh rokok, masa kecik-kecik ada juga cuba-cuba merokok bersama abang guna kertas A4 digulung-gulung setelah terpengaruh dengan cerita The Godfather. Uhuk! Uhuk! Semput macam neraka rasanya di dada. Lepas tu memang tak cuba lagi.
Malangnya abang dan adik lelaki saya adalah perokok tegar. Mak sangat kecewa. Bagi menghormati mak, mereka tak pernah merokok dalam rumah dan tak pernah tunjuk kotak rokok even dalam bilik sendiri. Mereka sembunyikan rokok macam sembunyi koleksi CD blue. Kalau abang dan adik nak merokok, come rain come shine mereke kena merokok jauh dari rumah. Even kalau terpaksa berpayung ketika hujan pun, mak tak compromise, "Nak sangat" katanya. Mak memang kecam perokok.
Kalau tetamu datang ke rumah merokok, mak akan sound suruh merokok di luar. Biadap tak tetamu macam ni, datang rumah orang, minum kopi, makan kuih yang dijamu lepas tu kau cemarkan udara rumah dia? Memang free-free mak buka pintu sambil tunjuk jari menghala keluar kepada si perokok. Semua saudara-mara paham, this rules apply to everyone no exception.
Mak paling pantang kalau nampak bapak-bapak budak merokok depan anak, lebih-lebih lagi kalau anak tu masih kecil. Mak akan sound direct "Hey ape ni? Merokok depan anak," no inhibition this woman is.
Bapak pada zaman muda remaja, adalah social smoker. Bila berkahwin dengan mak, langsung berhenti. "Karna cinta," katanya. Pakcik di sebelah bapak dan mak dan sepupu-sepupu lelaki, 97% adalah perokok.
Arwah atuk belah mak juga adalah perokok, paip dan tembakau. Kalau atuk merokok depan TV depan cucu-cucu, mak sound direct (dan sopan) suruh merokok kat luar. Mak kau ade?
Personaliti saya yang tidak mengemari perokok adalah of nurtured kind. Learned. I have quite good influence to pick smoke as a habit, my surrounding will be my greatest excuse, but it only take one strong Alpha personality of my mother to salvage me.
Oleh itu bila memilih kawan, saya pastikan mereka bukannya perokok. Kerana saya lebih sayang paru-paru saya dari orang lain. Berada berdekatan dengan manusia yang sedang merokok umpama menidakkan hak asasi saya untuk bernafas udara segar. Bagi saya sebaik mana pun manusia itu, kalau dia merokok (depan saya), saya anggap ia BIADAP. Biar alim ulama pun, solat sampai dahi hitam, kalau merokok (depan saya), saya tak akan pandang bukan setakat sebelah mata, guna pinhole pun tidak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan merokok itu HARAM. Baca di SINI.
Tapi malangya, housemates saya sekarang adalah perokok. Mereka bukanlah housemate yang saya pilih sendiri, tetapi yang dicari oleh housemate lama untuk ganti tempat mereka bila mereka keluar. Kalau saya buat iklan mencari housemate, saya akan boldkan part NON-SMOKER dengan expanded font.
Saya cuba memupuk budaya betapa hinanya perbuatan merokok di rumah saya. Mereka tidak pernah merokok di dalam rumah, kadang kala di balkoni. Saya seringkali slammed sliding door dengan kuat tanda protes supaya asap tidak masuk ke dalam rumah. Saya juga sound direct bagitau yang saya tak suka sesiapa merokok dalam rumah. Itu adalah ultimatum. Disebabkan ini, housemate saya merokok sembunyi-sembunyi. Kadang-kala merokok dalam bilik, dan kadang kala mereka merokok sebelum balik ke rumah.
Seperti bunyi woofer yang berdegang dalam kepala, bau asap rokok juga adalah pencetus rasa marah yang meluap-luap. Kalau saya adalah The Hulk, saya mungkin akan kehabisan seluar dan baju akibat terkoyak semasa bertukar. Saya berjaya menukar tabiat merokok rakan serumah saya, at least mereka tidak akan merokok bagi tempoh mereka berada di rumah. Let say 12 to 14 hours.
Kalau anda rasa merokok itu sangat macho dan super-jantan (testoserone ke langit) tahap 'telur berat, batang bejuntai ke lantai', sila istinbatkan nenek-nenek di bawah.

Nenek belah ayah juga adalah perokok. Di waktu senja selepas penat menyapu sampah, memberi ayam itik makan dan kerja-kerja typical nenek-nenek di kampung (seperti dalam drama RTM), nenek akan melayan sebatang rokok jenama White Horse (bukan jubin), kegemarannya. Dahulu sewaktu arwah atuk masih ada, nenek merokok sembunyi-sembunyi macam budak sekolah merokok belakang tandas. Atuk tahu nenek merokok sejak muda sebelum kahwin lagi, dan dia tak kisah. Arwah atuk juga dahulu seorang perokok, menggunakan paip rokok dan tembakau kualiti mahal. Setelah mendapat tumor paru-baru benign, atuk berhenti cold turkey. Tapi risk factor sudah ada. Atuk meninggal akibat komplikasi stroke. Selepas berhenti, atuk tak suka nenek merokok. Nenek bukan perokok tegar, dia merokok jika ada masa lapang sahaja. Saya tersenyum sendiri melihat nenek duduk di pintu dapur berkemban sambil merokok. Having myself difficulty to shake the fact that there is a similarity of that scene to those from 'Perempuan, Isteri dan ...'


ini bukan nenek saya
So excuse you, pardon me if I don't like smoker. Saya bukannya membenci si perokok, tapi perbuatannya. Saya ulangi dengan capital letter dan exclamation marks SAYA BUKAN MEMBENCI PEROKOK TETAPI PERBUATANNYA!!!. Perokok juga manusia. But seriously it's a turn off.
Sewaktu berhadapan dengan pesakit COPD & Lung Ca. with history of smoking half of my conscience rasa simpati dan hal lagi macam nak pakai clown suit sambil nyanyi "Suits your face". Kanser paru-paru merupakan kanser ke-2 tertinggi di kalangan lelaki di Malaysia.
It is funny, with so many effort from government; tax, fine, place limitation, health promotion, warning on cigs box and all, those smoker still refuse to quit. Severe addiction. In DSM-V, Tobacco addiction should be included in.
Every man has their personal poison. What differ are whether it is harmful to self or others. In Psychiatry there is precaution step for dangerous behavior in psych patient. Should he be risking himself or others, he should be institutionalized and treated. What about a smoker? It fits, harm to himself and others. What gives them exception?
And to those women who smoke (with exception to my grandma and the elderly), sila refer kembali poster Sofea Jane di atas, anda adalah 'dot dot dot' itu.
Sorry to say.
My 2 cent is better than your 50 cent cig,

1 comment:
i love this entry!! perokok sering kali dikaitkan dengan perbuatan mbuang sampah merata2 (cigarette butt main jentik je)......rasa nak hon setiap kali nampak ni
Post a Comment