Evernote
You know that I have been talking about Evernote in my previous entry, I betcha don't remember. Now mari kita review ia (tiba-tiba tukar bahasa).

Well you know that writing a blog entry in your Android phone is kind of struggle. Lebih-lebih lagi kalau browser tu susah nak support Blogger. I know there is such independent application developer yang noble enough nak tolong buat Blogger apps for Android, tapi still it wasn't as good as posting it on your PC rite. I am quite disappointed to Blogger sebab sampai sekarang tak dapat hidayah nak buat official Android app nak senangkan orang post blog dari smartphone. Oh wait a minute, they did but it was not as good as what Wordpress and Tumblr did. Some says it don't even sync with your Blogger account. And it is not compatible with Galaxy Tab, seriously? That was some kind of racist.
Move along, here's the solution. Bayangkan anda tengah bosan, di sebuah padang pasir...crap.
Well Evernote will not even hit close to the bone of which Blogger is about but this is a new dimension of taking note. Their major winning point adalah Sync-ing, got it? Sync not sink? Ia adalah aplikasi yang membolehkan anda type note kat smartphone and can open it in your PC and almost everywhere without trouble sending through Bluetooth or cable or kelecehan yang lain.

Let say anda tetiba dapat ilham nak tulis tentang something, ketika tengah berak kat toilet tingkat 3 ACC HTAR. Mana nak cari laptop tang tu kan? So take your smartphone, and type it down. Soon it will sync to your PC and online server and you can just simply copy paste to whichever blog medium you want, given your smartphone ada internet connection or at least curik WiFi kat mana-mana.
Well Evernote is actually more than that. Katakanlah kalau anda sangat malas nak taip sebab jari dah kurang tiga sebab main mercun aritu. Anda boleh rakam suara anda dan nyatakan idea anda verbally. Ini sangat berguna kalau anda adalah seorang artis yang tetiba dapat idea untuk chorus lagu baru, so rakamlah ia dan sync dengan PC anda.
Untuk sync dengan PC anda kenalah download application itu untuk PC anda. Jika anda malas nak download, setelah anda register sebagai pengguna Evernote, anda boleh edit kejadah itu menggunakan online server saja. So ini bermakna, selagi ada acces internet, note anda boleh di access di mana sahaja di dalam dunia yang fana ini.
Sebenarnya banyak lagi kegunaan Evernote nih, tapi memandangkan aku tak dibayar oleh pihak Evernote untuk promote dan ada tiga apps lagi nak review so ape kata tengok je video nih. Atau lawat official site dia KAT SINI.
Merriam-Webster Dictionary

Sape tak kenal Merriam-Webster? Bukan acik Meriam lah. One of the well-known dictionary publisher in the world bawah sikit dari Kamus Dewan dan Kamus Mini Oxford-Fajar. Well, it simply a dictionary application. Disebabkan kosa kata kita ini sangat limited, janganlah sombong untuk buka dictionary. Untuk menggunakannya kena ada internet connection. Anda boleh belajar cara nak sebut sebab ada voice guide. Anda juga boleh search sesuatu perkataan dengan menggunakan suara anda, which is quite common, duh.
'nuffsaid
Advanced English & Thesaurus

"Satu perkataan ada seribu makna," kata acik Rosnah kepada wartawan majalah Mangga sambil posing tepi kolam renang. So untuk memperkayakan dan membombastikkan bahasa anda, silalah gunakan aplikasi ini. Jangan sombong bai, 'Bahasa Jiwa Bangsa' (takde kene mengena).

Thesaurus ni boleh download database-nya so boleh access offline. Ia juga boleh berfungsi sebagai kamus. Apakah itu Thesaurus anda tanya? Sejenis dinosaur yang pupus sebab orang zaman jahiliah sembelih untuk buat serunding.
*nanges*
For more about this app, CLICK HERE
Google Gesture Search

Salah satu aplikasi dari Google Inc. Di mana anda boleh search dengan melakar pada skrin smartphone anda. Anda boleh cari apa sahaja, dari phone contact, file dan application. Cari pasal pun boleh. Motif utamanya adalah untuk memudahkan kerja anda tak payah klik atau scroll panjang-panjang dan penuh birokrasi. KLIK SINI untuk detail.
Tumblr

Tumblr juga adalah alternative terbaru untuk ber-blogging, given Blogger nyer apps mengamalkan konsep apartheid terhadap Galaxy Tab user. Well Tumblr is a hype way to blog if anda jenis suka tulis brief and simple, or just suka upload gambar, video, audio etc. Well Tumblr for Android application ini salah satu apps kegemaran saya. Saya suka blog kat Tumblr sekarang. Tapi jangan tanya apa address-nya ye. Cariklah sendiri. Usaha tangga kejayaan. Untuk mempelajari dengan lanjut, lawati DI SINI
Wordpress
Wordpress juga telah surpassed the suckiness of Blogger dalam reliability. Sangat mudah dan foolproof nyer application. Saya juga suka ia, lalalala. Saya ada akaun wordpress ni dah lama sebenarnya, tapi baru teringat balik setelah cuba register guna email yang sama saya register dulu. Ini juga blog work as my real online diary. Sila jangan tanya atau cari, malu saya *blushing*

Lawati official Wordpress for Android site DI SINI untuk mengetahui dengan lanjut.
Tweetdeck
Ini adalah aplikasi yang sangat noble dan mulia. Kalau anda baca tentang developer-nya, agak chicken-soup jugaklah kemuliaan hatinya. Dia buat application ni bukan sahaja free, juga bukan ad-supported, dia tak nak komersial-kan app ni dan refuse to take donation for this novelty. That until Twitter acquired the right. So entahlah...

Kat Tweetdeck ni, anda bukan sahaja boleh update Twitter, tapi juga update 4 akaun sekaligus. Twitter, Facebook, Foursquare dan Buzz *terharu*. So taip sekali, empat-empat akaun update serentak, gila kau, Supermak pun tak boleh chelen wa cakap lu. Tweetdeck ni even macho dari official Twitter application. Saya suka kalau twit anda failed to post, dia akan bagi tahu kat notification bar dengan gambar burung terbalik. Hahaha...comel je.
Untuk lebih informasi tentang Tweetdeck, sila KLIK SINI
Oh kepada adik-adik yang follow saya kat Twitter, mekasih lah. Sila bersabar dengan random-ramblings saya =P
So that's it for this time. Until next Android review

No comments:
Post a Comment