Sudah lama tidak menulis entry personal untuk memuaskan nafsu curiosity my readers. Entry kali ini berbentuk Snippets or Soundbytes or Crappities (whichever applied).
Memerlukan Otak Seperti Intel Processor Quad-Core
Sebenarnya I had this title for long in Microsoft Word. Everytime I tried to write something on its spreadsheet, I ended up erasing them back. I always have this half-decided mind. Nak buat ke tak nak buat? Sebenarnya, aku ada puluhan entry tersadai sekadar ada tajuk takde tulisan ataupun half-written. Gajah putih. Except this gajah is merely ada overt physical manifestation, only exist in bits and kilobytes. Tenaga hilang dalam area self-limitation. Timbang tara cause and effect that entry may posed if posted. Antara TMI (Too Much Information) and TL;DR (Too Long; Didn’t Read).
Kejap nak tulis entry blog, lepas tu tiba-tiba nak dengar mp3 *ambil mood katanya*. Bile dengar mp3 nak cari lirik pulak. Bila dah dapat lirik, nak nyanyi pulak. Bila dah nyanyi, nak rakam pulak. Kot-kotlah suara boleh upload kat YouTube. Pas tu tak puas ati dengan sekali recording, try sekali lagi. Dan ‘sekali lagi’ itu sebenarnya finally ended-up 20++, berbekalkan kegigihan dan semangat membara, dengan iltizam ‘suara yang tak sedap kalau nyanyi berkali-kali pasti sedap’ which usually applied to those who are actually talented. Masih dalam state denial bahawa suara hanya layak digunakan untuk halau gajah liar ceroboh kebun pisang. *nangis*
Suara adalah dari jenis kalau join contest nyanyi dengan orang Sengau, Pekak dan Bisu, gerenti dapat saguhati je. Lupakan. Bila dah penat buat recording *mind you*, haus pulak. Bila haus, amik teh. Biasalah orang darah Anglo-Saxon, minum teh mesti nak kunyah-kunyah. Bila dah kunyah-kunyah, tetiba je nak layan TV series, sebab mengambil idea ‘masa riang menikmati snek ketika menonton TV bersama teman-teman’. Minus the teman-teman, actually memang ria makan snek depan laptop.
……
…Iya ini adalah entry mengenai kegagalan multi-tasking 2.0.
Memerlukan Kegigihan & Ketabahan Untuk Menghabiskan Satu Page Buku Ilmiah
I have this feeling, feeling of inadequacy. Feeling that I am not enough. I don’t know, maybe it is some kind of Freudian Developmental arrest at which I was fixated at one stage. Atau memang lumrah jadi second child yang ‘invisible’, the need to actually be seen on daylight overrides own capability. Ibarat laptop IBM zaman sebelum Fauziah Latiff jadi janda, berniat nak pakai OS Window 7. Natijahnya kau ber-karaoke out-of-tune lagu ‘Don’t Dream, It’s Over’ by Crowded House.
Gambar di atas menunjukkannya suatu cita-cita. Tak sedar yang sebenarnya dah ada 8 buku O&G samada ori atau edisi photocopy. Dengan tidak semena-mena mahu telah meminjam 5 buah buku lagi. Oh sebenarnya I barely remember I borrowed those books kalau tidak sebab aku nak kemas meja, mesti aku tak ingat punyalah. These borrowed books are rarely digunakan mahupun dibelek, barely leave fingerprint traces. But meminjam buku di library bagi aku hanyalah for ‘Sense of Security’, ibarat masa cuti sekolah bawa buku balik kampung kononnya mahu memanfaatkan cuti sekolah, sudahnya kau adalah di dalam tangki aluminium berkarat belakang rumah grandparent nyanyi lagu ‘Titian Perjalanan’ XPDC dengan sepupu-sepapat, kerana kau suka suara pre-puberty kau yang bergema dalam tangki sementelahan buku kau adalah kat dalam bonet kereta encik bapak bertemankan botol minyak pelincir dan bau hanyir ikan.
ObGyn di Bulan Mubarak
Second rotation, penuh godaan di hadapan mata. Niat kena check every hours bagi mengelakkan engorgement of inappropriate vessels.
I am interested in O&G masa praktikal BMS di Kelantan dulu. I wrote entries tentang pengalaman pertama di situ. Individu yang mencetuskan rasa minat terhadap ObGyn adalah seorang house officer yang despite the brutality of MOs dan Specialists, yang sometimes beyond verbal (siap kena cubit) dan patient turnover yang tinggi, masih ada masa mengajar kami. Dialah yang ajar Clerking and CTG; dialah yang ajar Partogram, dialah yang ajar macamana nak tulis patient discharge note (sebagai membalas jasa mereka), dan set date untuk appointment book, so diorang just tinggal sign je. Dia jugalah yang offer suruh buat VE, of most time I terpaksa tolak sebab facial blushing yang tak boleh disembunyikan. Patient malu, aku pun malu, ada hati nak cek kemaluan. Hahaha.
So, iya itulah random thought yang sempat ditulis, yang lain hilang bersama irama Frédéric Chopin - Estudio nº 3 'Tristesse'. Terpaksa bertukar kepada irama instrumental bagi melawan urge untuk melalak bersama lagu-lagu contemporary.
No comments:
Post a Comment