For those yang dah terbaca kat status di Facebook, maybe dah tahu. But still I want to share the story about my Babushka.
Nenek aku adalah seorang nenek super-awesome. Walaupun time cuti sekolah aku jarang balik kampung belah mak sebab secara rutinnya tiap kali nak raya, mak dan bapak akan balik kampung sendiri, boley? Suami isteri dan anak-anak terpisah di hari raya.
Kampung mak kat Weston dan kampung bapak kat Sipitang, kat daerah Beaufort. Kentang tak kampung aku, nama internationale lagi. Jarak perjalanan antara dua kampung ini sekadar 30 minit je. Sebab tu mak bapak tak kisah nak berpisah dua hari sebelum raya, sebab bila berjumpa di hari raya, terasa syahdu ibarat sudah lama tak jumpa, giler romantik parent aku nih.
Rutinnya kitorang bertiga anak teruna ini (adik pompuan bongsu tak lahir lagi) akan dibahagi-bahagikan ibarat membahagi harta sepencarian. Abang dan adik aku akan ikut bapak balik Sipitang, manakala aku walau dengan berat hati terpaksa menurut emak balik ke Weston. Bukan tak suka balik Weston, tapi sebab kurangnya sepupu lelaki dan yang berumur sebaya menyebabkan agak janggal beraya di kampung emak.
Sepupu-sepapat belah emak ramai pompuan dan umur beza 5 ke 10 ke 20 tahun, memandangkan emak anak bongsu dan paling last kahwin. Adik beradik mak (makciks) ada tujuh semuanya dan hanya ada satu pakcik. Mereka sangat hot dan laris sewaktu muda so istilah langkah bendul tak pernah wujud. Lepas sorang, sorang kawin mengikut turutan. Sebab perbezaan umur inilah, time aku sibuk citer pasal betapa awesomenya Gaban, sepupu lain dah sibuk citer pasal boipren dan coolnya grup 4U2C itu, sangat tak ngam. Tapi sebabkan aku kesian kat mak takde anak nak salam tangan dia di pagi raya selepas solat Aidilfitri, so aku pun relakan diri ini.
Sepupu belah bapak adalah sangat sebaya dan kepala memang masuk, so amatlah best beraya dengan mereka dengan memakai baju Fido Dido, sambil sandar kat dinding menghirup 7Up. Iya adik-adik, di zaman 90-an gaya itu adalah 'cool'.

Tapi apakan daya, aku mengalah jugak kerana mak. Murni giler aku time kecik-kecik dulu.
Disebabkan defisit cucu lelaki sewaktu kecik, dan aku juga adalah cucu yang baik dan to'at (ada idgham di situ), aku adalah antara cucu kesayangan nenek. Sebenarnya ada sorang sepupu lelaki sebaya dengan aku nama Pijal, tapi sebab dia nakal, nenek bagi nama Mastupoh, aku tak paham pathophysiology perkara ini. Tapi mak kata fenomena re-branding nama Pejal ini adalah, 'Mas' di ambil sempena lirik lagu penyanyi Indonesia zaman itu yang berbunyi "Mas Joko namanya, kujumpa Mas Joko".
Susah payah cari lagu ni, sila klik dan dengar
Tupoh atau Lampoh dalam bahasa Brunei bermaksud BMI>25.0. Iya Pijal agak berisi sewaktu itu. Seperti juga aku tak suka nama gelaran, Pijal juga tak suka nama Mastupoh, perkara ini akan trigger kejadian bertumbuk dan ejek-mengejek.
Kerana aku ini cucu yang jarang dijumpai dan agak comel *shaddap you*, so nenek melayan aku seperti Granny-Pet yang sentiasa ada di sisi beliau, dan aku diberi nama Ipin, walaupun aku protes dengan membuat muncung itik kerana tidak menggemari nama itu. Nenek suka simpan makanan best-best untuk aku, siap warning cucu-cucu lain tak boleh sentuh makanan yang nenek sembunyikan di bawah tudung dulang yang berlapis-lapis.
Oh cerita ini intro-nya sangat panjang. Mari kita go straight to the point.
Seminggu sebelum raya, lazimnya pakcik makcik dan sepupu-sepapat akan berkumpul di kampung. Suasana sangat meriah sebab dah lama tak jumpa. Sepupu semua akan membentuk clique masing-masing mengikut strata umur. Saya adalah against the odd sebab ada clique dengan nenek. Sangat cool sebab nenek ada ultimatum dan sekepuk duit syiling dalam almari yang digunakan untuk membeli jajan perisa durian. Sepupu-sepupu perempuan akan mengeksploitasikan aku untuk dijadikan 'anak' atau 'adik bongsu' atau 'kerani bank' atau 'pesakit' atau 'tukang ambil order' dalam permainan Rumah-Rumah, Doktor-Doktor, Jual-Jual, (ayat gandaan begini sangat skema) atau Kedai Makan.
Selama beberapa hari, kami pernah bermain menjadi anak yatim bernama Haris yang dibesarkan oleh kakak bernama Intan yang ada rantai mutiara besar dan handbag di mana ending drama siri ini dihentikan abruptly apabila rantai mutiara itu putus berterabur dan kakak sepupu (watak Intan, script writer, producer, prop and costume provider), kena piat oleh makcik aku dan barangan di set pengambaran drama yang diadaptasi dari siri Opah itu dirampas oleh makcik yang garang. Yang sempat diselamatkan adalah duit kertas yang ditulis dengan pensil dan dikoyak secara tidak rata dari buku latihan lama.
Di bulan puasa, nenek suka memberi treat untuk cucu-cucunya yang puasa especially me. Nenek sangat kasihan kalau cucunya kelihatan sangat menderita di bulan puasa. Berkali-kali nenek bagi saranan berpuasa setengah hari, tapi disebabkan mak emphasize-kan dengan mata yang buntang sambil mengetap gigi kegeraman, dan Aishah nyanyi 'syurga di bawah telapak kaki ibu', aku kuatkan juga berpuasa penuh. Mastupoh biasanya selalu puasa separuh dengan alasan gastrik. Yeyer je kan. Aku mula berpuasa penuh sejak umur 8 tahun *get a grip people* sebab dapat upah seploh hengget. Aku tak pernah curi-curi makan atau minum sebab mak kata "Tuhan nampak!"
So untuk bangun sahur seperti kanak-kanak Dumex lain, adalah liat. Aku selalu diajak tidur di tengah-tengah antara nenek dan atuk. Nenek selalu bangun awal masak sahur bersama makciks manakala atuk memulakan sahurnya dengan menyedut paip tembakau 'Popeye the Sailorman' di balkoni. sementara aku dan sepupu yang lain akan tidur sehinggalah makanan sedia terhidang. Sepupu lelaki dan pakciks akan makan di atas meja bersama atuk. Manakala sepupu perempuan, nenek dan makciks akan makan bersimpuh di atas lantai. Iya, itulah sistem kasta namanya. Disebabkan populasi perempuan sangat overwhelmed lelaki, sangat tidak praktikal untuk makan di meja 6-seaters itu.
Seperti yang dinyanyikan Paramore, "You are the only exception", aku akan makan disebelah nenek. Nenek akan bacakan doa ini selepas lafaz niat puasa dan doa makan,
"Bismillahirahmanirahim, berkat ku makan nasi sebiji, kenyangku sepanjang tahun, laparku setengah hari. Berkat Laillahaillallah, berkat Muhammadur Rasulullah. Amin."
...lepas tu nenek akan suapkan nasi pertama (yang telah dijampi) untuk aku. Amazingly, berkat doa nenek, aku sentiasa puasa penuh sepanjang tahun. And through some psychosomatic effect and pseudo-science, doa itu sangat berkesan. Aku tak lapar sangat sepanjang hari. Dan nenek akan treat aku dengan limited edition air kelapa dan kuih muih. Owh I am so spoiled.
So semalam masa nak tidur, tengah nak pasang niat puasa untuk besok, tiba-tiba teringat doa nenek...
Al-Fatihah

Alahyarhamah Dayang Maiketijah binti Daim

1 comment:
suka kisah BAH-boosh-kah ini. epic raya *sakit ati xleh komen pkai Pulse
Post a Comment