Thursday, July 14, 2011

Hooked on Google Reader

I have to admit that I am addicted to Google Reader Apps like super duper punya ketagih. Compare kepada Pulse dan buku-buku medical, aku rather read Google Reader like gandaan infiniti. Well some of you maybe tahu and some might not, about Google Reader nih, this is among application yang aku install instantaneously seperti basic instinct sebaik sahaja memiliki Galaxy Tab. Sebelum ni just layan guna PC je tercongok secara kyphotic.

Okey basically, jika anda mempunyai akaun email kat Google, bermakna anda sebenarnya mempunyai keahlian otomatik kepada banyak Google Service yang korang tak perasan sebenarnya. Contoh Google Servis yang ada adalah seperti Picasa, Google Docs, Google Calendar, iGoogle, Google Health (to be ended on 2012), Places, Latitiude, Buzz, Google Talk, Google Sync, Google Notebook, Google Shopper, Google Book Reader, Google SMS, Orkut etc dan termasuklah YouTube, Gmail and Blogger.

SC20110714-015552

Oh tidak dilupakan juga Google+ yang so much hype nowadays. Yang dijangkakan akan menjadi rival kepada Facebook. Setakat ni dalam proses Beta testing lagi, hanya selected few sahaja yang di-invite untuk jadi evaluator. Tapi dalam 2 minggu dah 20 million dah jadi ahli Google+. Orang semua anxious nak dapat invite to join termasuklah yours truly nih.

Jom layan gambar jap.

funny-facebook-fails-web-traffic

Semua orang berebut nak join Google+. Facebook pun dengan tidak membuang masa memperkenalkan Video Chat dengan kerjasama Skype sebab tak nak kalah dengan Google+ yang ada aplikasi multiple videochat Hangouts.

funny-facebook-fails-the-current-social-landscape

Situasi terkini sebelum Google+ dibuka untuk all earthlings. Kesian MySpace, dengarnya Justin Timberlake sedang mengambil alih pemilikannya dan dalam usaha penambah baikan. Hahaha…remember Friendster?


Okey sambung balik…

Sebagai seorang blogger, saya juga sebenarnya mengikuti perkembangan blogger lain seperti saudari FarahAJ (glamer kan nama dia? Teehee), saudara Rizuan Ali dan blogger paling prolific 2010-2011 saudara Ariff (clap…clap...).

Saya pasti anda tahu tentang RDF Site Summary (RSS) atau dubbed as ‘Really Simple Syndication’ atau simply known as RSS feed. Terdapat tiga format feed samada .RSS atau .XML atau ATOM.

Bagi yang kurang memahami, RSS feed dalam bahasa marhaen adalah ‘web subscriptions displayed with simple format’ (<--bahasa marhean mana ntah?). Contoh anda suka sangat satu website atau blog nih, dan tak nak miss setiap kali ada update entry, so anda tekan butang ini…

bigrss

…dan anda akan mendapat tahu segala update tentang website ni first-hand. Tak perlulah nak taip web adress panjang-panjang, atau tekan favorite tab berkali-kali. Buatnya anda minat 20 websites, takkan nak cek satu-satu, pas tu kalau dapat website cam blog aku nih, nak tunggu fully loading satu site (lagi-lagi kalau lepas clean cache and cookies) agak basah jugak ketiak kan? Tiba-tiba bila cek je, rupanya blogger tak update, sediiihhh. *lari sambil tekup muka*

Dengan RSS feed reader ni, kita boleh tahu dan cek website mana yang update, dan buka on the spot dalam format simple just text and picture saje. So segala effect-effect website yang canggih manggih, dengan Mixpod lagu ntahapahapentah *sindir diri sendiri* tak diperlukan dalam memberi mood pembacaan entry. Ia loading dengan pantas dan anda boleh baca on the spot.

SC20110714-020219

Anda boleh tahu berapa banyak entry yang dah di-update pada feed yang di-bold-kan. Yang tak di-bold itu bermaksud, takde entry terbaru.

SC20110714-020125

Contoh blog Under The Sky by FarahAJ, bila click tab, dia akan show semua entry yang beliau posted. Kalau bold bermaksud belum dibaca, seperti gambar ini, tiada entry yang bold bermaksud semua telah dibaca. Tahniah saya!

SC20110714-020154

Bila kita klik salah satu entry, kita akan nampak simple text dan picture sahaja tanpa effect background. Button arrowhead kat bawah tu bermaksud anda boleh pergi ke previous or next entry.


Mengapakah kita menggunakan blog saudari FarahAJ sebagai example? Sebagai galakan untuk dia membuat entry dengan kerap. Hehehe.

Kalau sebelum ni anda boleh gunakan RSS feed reader ni kat PC, kini dengan adanya smartphone dan tablet with Android, anda juga boleh melakukannya dengan Aplikasi Google Reader (<—ini je sebenarnya tujuan entry nih, tapi explain panjang giler ye tak?).

Dekat PC ada pelbagai RSS feed reader yang boleh di-download sebagai aplikasi atau widget contohnya NewsGator, MyAOL, PageFlakes, NewsWire, FeedDemon etc., atau boleh pergi terus ke akaun Google Reader anda sama seperti anda cek email.

BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA?

Jika anda menggunakan Browser pada smartphone atau tablet anda ketika melayari sesuatu website atau blog, akan ada simbol ini pada address tab anda atau pada blog itu sendiri.

rss-feed-icon

ATAU

rss-icon-collection

Hambik kau!

CONTOH

SC20110714-022539

Pada address tab, tertera simbol RSS feed. Blog pada gambar ini di-display menggunakan format Blogger for Mobile, sila jangan terkujat.


Dengan menekan simbol ini, anda telah subscribe kepada feed tersebut given anda mempunyai akaun pada Google Reader contohnya. Anda juga boleh melakukannya menggunakan PC, anda cuma perlu mencari simbol tersebut pada website yang diinginkan. Ia akan ter-sync secara automatik pada Google Reader pada smartphone atau tablet anda. Jika website tersebut tidak mempunyai simbol tersebut, anda hanya perlu memasukkan secara manual dengan menaip address website pada Google Reader anda.

Ini adalah contoh feed yang saya subscribe. Again…

SC20110714-014324


rss2

Ini adalah contoh Google Reader pada browser PC anda


Saya lazimnya rajin mengecek dua website sebelum tidur untuk bacaan ringan iaitu Crazy Things Parent Say dan Failbook dan gelak-gelak sebelum tidur.

Manakala, ketika bangun pagi (kalau sempat), saya suka baca feed blog motivasi seperti Makes Me Think, Marc and Angel Hack Life. Dibaca juga ketika menunggu bas atau di atas bas.

Cartoon strips seperti Dilbert, Cyanide & Happiness dan Questionable Content juga sangat best dilayan menggunakan Google Reader

Blogger-blogger seperti Hanis Zalikha, Hjh Esah Tale of Psychological Damage (kisah social worker cum psychologist kat UK), Che Det, The Differential, Doctor Psychobabble dan Flimsy The Kitten (blog katun kucing comel) pula dibaca pada masa-masa lapang, tapi kalau tak senggang pun baca juga. Gagaga.

Itu sahaja, selamat menggunakan Google Reader.


P.S:
Jika anda baca entry ini menggunakan Google Reader, sila tekan bintang kat atas belah kiri tu. Hehehe.


1 comment:

under the sky said...

wuuhuuu tahniah xde yg bold!!! seriously aku xpenah amik tahu RSS tu apa. sguh berguna rpnya *amazed

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...