Friday, July 08, 2011

7 Android Apps Review: Numero Tres

Kembali dengan entry yang ditunggu-tunggu para Tabster, Tabbies dan Phandroid sekalian *perasan*. Kali ini saya nak berkongsi tentang beberapa Android Application terbaru yang boleh memaksimakan lagi kepuasan pasangan suami isteri Android experience anda.

Iya seperti selalu saya mencadangkan aplikasi-aplikasi yang boleh didapati…

CHOP!!!

Annoying gila bahasa penulisan aku ni kan? *kau pernah blogger annoyed dengan diri sendiri?*

BERTUKAR!!!

Well, inilah senarai application yang aku dah handpicks dan tried-tested untuk korang semua. Silalah memberatkan Android anda dengan aplikasi percuma dari Market. Sebab sebagai typical rakyat Malaysia yang ada reseptor sensitif terhadap perkataan ‘PERCUMA’, saya sangat paham perasaan haloba di situ.

AMARAN: Entry ini sangat panjang, jangan ‘Sempuuut’ cam Sepah.

Androidify

Bagi kepentingan masyarakat sejagat, perhimpunan Bersih itu adalah satu propaganda liar *eh silap lagi*

Androidify adalah satu applikasi terhasil dari kolaborasi Larva Lab dan Google Inc. yang tidak menjadikan anda even the slightest 0.1% produktif sekalipun, tapi ia adalah sangat baik untuk dimain bagi membuang masa sementelahan anda membesar secara reverse macam Benjamin Button.

Dengan Androidify, anda boleh mencipta Avatar (bukan filem James Cameron ataupun The Last Airbender), maksud saya personalized animated version diri anda yang tidak cool itu. Di sini anda boleh personalized-kan apa sahaja. Dari saiz kepala, panjang kaki, panjang tangan dan saiz badan, appendage lain tidak disertakan kerana sudah pasti banyak yang akan super-perasaan bahawa mereka punyai semuanya ‘besar’ kan?

Kemudian anda boleh pilih warna kulit, jenis rambut, baju, seluar, kasut, kacamata, misai, dan accessories lain termasuk parut luka jahitan.

Kemudian anda boleh save dan share directly ke Facebook, set as wallpaper, live wallpaper atau apa saja yang anda mahu use it for.

Ini adalah contoh androidify saya.

SC20110708-024426

Blazer dan seluar tak match color dan tak pakai stokin

SC20110708-024642

Cita-cita mahu menjadi kulit tanned macam Will Smith dan berfashion sangat hipster kononnya, padahal…oh saya sangat tak tahan tengok Aviator spectacles tu

Sila cuba app ini ya.

PhotoWall Live Wallpaper

App kedua kali ini adalah personalized-kan Home Screen anda dengan gambar-gambar dari Gallery anda.

Ini juga adalah app yang dibangunkan oleh Larva Lab, harap maklum saya tidak dibayar untuk promote Larva Lab. Tapi saya sangat berpuas hati dengan apps yang dihasilkan oleh developer ini, contohnya Slide Screen.

PhotoWall Live Wallpaper ini membolehkan anda mempunyai homescreen awesome dengan collage gambar dari koleksi anda dalam galeri dan online. Gambar ini akan bertukar pada selang masa yang anda mahukan. Selain dari gambar dari gallery anda, anda juga boleh sync-kan dengan akaun Facebook dan Picasa anda. Gambar-gambar rakan-rakan di FB, gambar album anda dan gambar yang anda di-tag padanya akan silih berganti muncul di Home Screen anda.

Sementelahan ia adalah Free Version, anda hanya boleh memilih kolaj polaroid picture, manakala effects hanya dalam tona Sepia, Black & White dan Original Color.

SC20110708-030652

Sorilah ye pemilik-pemilik gambar tertera sebab app ni grab picture dari FB secara random dari recent picture uploaded by anda dan kawan-kawan anda.

SC20110708-031516

3 (Cubed)

Real-Music-Wherever-You-Go-–-3-Cubed-App-for-Android-pic2-300x450

Tak tahu camne nak sebut app ni, but aku panggil Cubic je. Ini adalah player yang ada cube untuk anda rotate sambil pilih album, artist dan songs yang anda nak main, instead of scrolling up and down. So that’s the only perk it has, rotating cube.

TuneWiki

apps-TuneWiki

Tunewiki adalah ad-supported music player yang tolong carikan lirik lagu untuk lagu-lagu yang ada dalam simpanan anda. So instead of humming unknown language, at least ada lirik kat bawah. Semenggah sikit anda menyanyi cam karaoke. Siap tolong highlite-kan lagi stanza-stanza lagu. Kalau salah juga, tak glaucoma atau AMD mesti kau buta huruf kan?

Camera360

camera_360_4

camera360

Saya suka pada application kamera. Setakat ini, termasuk built in app, saya sudah ada 9 apps camera. Tapi dalam gallery, gambar aku (kejap ‘saya’ kejap ‘aku’, bipolar sungguh) ada dalam 5% je dalam kamera nih, most gambar adalah gambar kawan-kawan, makanan, kucing, ataupun data-data dari BHT yang di-capture espionage style.

Camera360 One of my most used camera nowadays. Saya sangat menggemari effect LOMO sebab ia menghasilkan gambar yang effect cantik, contoh macam kat bawah ni.

Ini adalah experimentasi nak jadi Food Journalist lah kononnya. Piiirahhh!

Cuba Bandingkan

C360_2011-07-01 18-02-38_org

Mushroom Soup Improv – with Chicken & Beef Balls & Carrot

C360_2011-07-01 18-02-23

***

C360_2011-07-06 20-42-06_org

Nasi Goreng USA Sotong

C360_2011-07-06 20-42-06

***

C360_2011-07-08 00-14-31_org

Maggi Goreng with Chicken Sausage

C360_2011-07-08 00-14-31

Nampak tak perbezaannya di situ. Sementalahan nak belajar Photoshop memang tiada dalam agenda, so gunakanlah kemudahan yang ada macam ni.

LOMO actually stands for Leningrad Optical Mechanical Amalgamation. Syarikat dari Russia yang menghasilkan barangan optikal, medikal, kamera gambar pegun dan kamera movie. Kamera LOMO asal adalah bentuk macam ni.

LOMO_Lubitel-166

Agak azab juga nak membawak kamera ni, nasib baik ada Android Smartphone kan?

Barcode Scanner

barcode-scanned-e1270490291799

Barcode-Scanner-URL-Found-via-Embeded-QR-Code

Barcode Scanner as the name implied, adalah scanner barcode dan QR code. Barcode yang discan itu boleh directly search di Google manakala QR code boleh di-translate on the spot samada berbentuk text, nombor, URL links etc. App ini sangat peka dan mengeluarkan bunyi seperti anda cashier kat supermarket. Hahaha…siapa yang ada secret fantasy nak jadi cashier, silalah gunakan app ini.

Sangat berguna kalau anda nak berkomunikasi secara rahsia dengan member anda menggunakan QR code, seperti yang terdapat pada sebelah atas kanan blogsite ini. Silalah scan jika anda sudah meng-install app ini.

SoundHound

Soundhound_icon

SoundHound adalah underrated application overshadowed oleh Shazam. Berbanding Shazam yang bagi trial 5 lagu je, SoundHound is completely free dan lebih functional.

Apakah SoundHound? Well ia adalah hound = anjing, yang tolong mengesan bunyi-bunyian yang anda dengar in particular popular English song.

Pernah tak terasa masa tengah mabuk-mabuk dalam kelab malam, pas tu terdengar lagu cambest je? Okey maaf contoh yang sangat biadap. Okey saya cuba sekali lagi.

SoundHound-Android

Pernah tak anda naik kete member pas tu dia pasang lagu omputih yang tak contemporary tapi agak best, so anda pun rasa nak tahu tapi malu nak tanya kat dia sebab takut kantoi yang anda cuma mendengar lagu Tomok dan Sixth Sense saja. Dalam situasi ini, gunakanlah SoundHound untuk detect lagu tersebut.

Situasi di atas sekadar contoh, anda juga boleh humming lagu yang anda terasa cambest tersebut. Kalaulah diction anda sangat superb dan tune tak lari kelaut, jangan risau SoundHound boleh detect.

Selain itu SoundHound juga adalah suatu portal music yang sangat kebaboom. Selain tolong detect lagu, SoundHound juga boleh carikan lirik lagu tu, cari lagu-lagu lain yang dinyanyikan oleh artis tersebut dan juga artists yang membawa genre music sama dengan artis tersebut. In addition, dia tolong carikan video kat YouTube dan mem-beli lagu tersebut. Anda juga boleh preview lagu-lagu artist lain.

Harus diingat, kalau anda nak cari lagu Sharifah Zarina, memang takde dalam sistem bai, cuma lagu omputeh dari US dan UK saja, harap maklum.



No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...