Aku tulis entry ni kat bus stop. Kenapa aku tulis blog kat bus stop? Adekah aku ni ada hobi pelik? Tak bukan macam tu. Aku tengah tunggu bas. So sambil-sambil tu tulislah blog kat Galaxy Tab nih. Kalau aku baca Kumar & Clark kat bus stop, now that is what we call superfreak.
Hari ni pegi spital lambat sikit. Sebab aku decided nak bangun lambat. Sebab aku tidur lambat. Sebab kepalotak aku semalam sangat terbeban. Case write up and one latest revelation that is too big for me. Tapi tadi walau bajet nak bangun lambat, seperti lazimnya banyak pulak mesej yang masuk. Lepas tu reply memerlukan aku kena guna otak untuk fikir instead of simply replying "Ok", "Yes" or "Uhuh" yang dah cam reflex. Lepas satu, satu mesej masuk. Dengki tul mayapada ni kat aku. Macam-macam lah haih.
Sekarang seperti biasa aku melayan Boom Badoom Boom dalam bas. Heaven beb. Ni sebenarnya sambung menulis dalam bas yang bergoyang-goyang. Kan aku dah cakap mayapada ni dengki kat aku. Kau pernah jumpa blogger update blog dalam bas Seranas? Takde kan? Gigih kot. Bas ni berenti kat PKNS. Kena tukar bas plak sebab bas yang aku naik ni nak isi minyak katanya. Nasib baik bas yang lagi satu ni aircond best. Selesa pulak tu. Leg room luas. Air Asia punya leg room pun kalah wa cakap lu.
Pakcik ni pasang dangdut Indonesia jenis yang korang dengar kat kedai-kedai CD pirate kat Klang. Wah tiba-tiba aku terasa sangat marhaen hari nih.
"Ceraikan dulu bila kau kawin lagi. Aku tak mahu dimadu. Apalah arti cinta yang kau beri dulu" pergh lirik lagu cerai barai dalam bas nih. Patutlah leg room dia besar, so kitorang boleh bergelek dalam bas nih.
Now where is the pole?
1 comment:
lagu dangdut pakcik tu sama tak dgn yg kau dgr kat kedai siti satay kota bharu..? infectious tue..
Post a Comment