Friday, April 29, 2011

RM5.30 Yang Sangat Tidak Berbaloi

Wah, tak puas hati walau dah post kat FB, kat blog pun nak komplen jugak. Lantaklah.

Petang tadi lepas kelas dengan Radiology dengan Dr. T O, pegi singgah UCafe untuk cari quick bite sebelum Lecture dan Clinical Skill Lab Anaesthesiology dengan Dr. O. Memandangkan masa yang ada cuma 20 minit, so the only choice adalah UCafe. Kalau ikutkan boleh kira dengan jari berapa kali sangat aku makan kat sini. Bukan apa, semenjak Campus Cafe di MSU Kindergarten bertukar ke UCafe di kampus baru ni, harganya sangat tidak baik untuk orang yang ada unstable angina, seriously. To be fair, the food is kinda good if not excellent tapi for a place which main customer adalah students, harga makanan nya adalah sangat tidak bersesuaian.

Bukan semua harga makanan tahap citer seram TV3 malam jumaat, ada juga makanan yang berbaloi dengan harga. Tapi hari ini nak citer pasal dua makanan yang harganya sangat membuatkan aku putus selera.


Sandwich RM2.50

Sebagai contoh sandwich di atas. Tengok gambar je dah rasa macam something is wrong somewhere *seperti kata Makcik Bella*. Kandungannya adalah 2 keping roti ala-ala makanan banduan, disapu dengan majerin yang nak tak nak, 2 hiris timun dan sardin yang alahai meconium budak baru lahir lagi nampak lazat. Serious.

Burger RM2.80

Burger ni pulak lagi sedih dari citer Cerekarama. Dua keping roti + mayonis + pubis...eh silap ...kubis + daging burger + sos botol murah. Benda yang sama dijual di Giant dengan harga RM0.99 or RM1.29.

Quickbite tengahari itu dikenyangkan dengan rasa tidak puas hati dan maki hamun.



No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...