Thursday, February 03, 2011

Lama Dah Pergi Sebelum Siang


...di-translate-kan dari Long Gone Before Daylight (LGBD ye bukan LGBT). Album ke-5 dari The Cardigans. You must all know this band right sebab satu lagu 'Lovefool' tu je. Huhu...well, masa zaman kegemilangan P2P Ares tahun 2004-2006 dulu inilah antara band menjadi mangsa illegal download aku. Hehehe...(sangat bangga)

Dulu sebab sangat minat The Cardigans, sanggup download semua lagu dia berjam-jam kat cybercafe. Masa tu awal tahun 2005. Album Long Gone Before Daylight (LGBD) ni terbit tahun 2003 dan boleh dikatakan antara album terbaik diorang to date. Yelah, hiatus lima tahun kumpul material selepas Gran Turismo.

Apa yang sebenarnya yang menyebabkan aku download satu album tu adalah sebab satu lagu je 'For What It's Worth'. Lepas tu sedar tak sedar dah terlebih pulak download sampai boleh buat CD sendiri, hahaha. Yang bestnye, semua lagunya superb. Yelah I'm a sucker for a melancholic songs, plus suara vokalisnya Nina Persson sangat sedap. It's good untuk saya punya humanity, sebab dalam real life saya sangat frosty.

Malam ni, sedang aku godek-godek gambar-gambar lama kat FB, terfikirlah nak pasang lagu memecah kesunyian malam. Apalagi, pasanglah satu album 'The Cardigans Best Of' terbitan tahun 2008 semua lagu-lagu best tapi yang lebih menyerlah adalah dari album LGBD tersebut. Teringat zaman-zaman diploma dulu, dalam kelas sebelum lecturer datang, gi duduk belakang kelas baca nota (read: poyo) sambil dengar mp3 player. Mp3 player kapasiti 128MB, semua lagu The Cardigans dan Switchfoot (wah saya juga gila band ini) saje ada dalam tu. Tu pun dah compress babas. I'm such a sucker for music masa tu. Dulu nak download mp3 kat rumah di hometown Ireland *puke baby puke* sangatlah kesian keadaannya, yelah selepas perang Civil.

PC recon saiz 1GB je okey *kesedihan dalam hujan renyai*. Pakai pulak Windows 98 *which masa tu, ko boleh mendabik dada*. Internet connection TMNet Dail-up *tengkujuh siot perasaan*, masa tu kalau nak pakai internet, bermakna telefon takleh pakai. Speed sangat berdaya saing dengan GPRS henset kira henset kau boleh menang. Nak download satu mp3 saiz 3 MB kena tunggu 3 jam. Lepas download kena dengar puas-puas sebab tak boleh save, kapasiti memori sangat rendah. Delete sahaja. Sebab abang sulung ko tak nak compromisekan lagu-lagu Sheila on 7 (Sephia, Dan), Linkin Park (My December), Puddle of Mud (Blurry) etc. Lagu yang aku boleh simpan dalam PC itu sekadar Eva Cassidy 'Time After Time' dan Sade 'By Your Side', itu pun kena sembunyi kalau tak nak kena delete. Dia juga tak nak compromisekan game Diablo dan Red Alert dia. Terpaksalah mengalah dengan abang sendiri.

So bila dah berada di rantauan, dengan access internet laju, dan mendapat menggunakan PC housemate yang sangat baik hati kasi ko tumpang lagu ko yang beratus-ratus tu, kegilaan mendownload lagu secara haram pun berleluasa. Yelah masa ni pendrive 256MB sangat mahal dowh. Kira kalau kau ada pendrive 256MB tu ko dah boleh buat hantaran kawin *secara hiperbolanya*.

Oh saya sudah jauh melalut, kembali kepada LGBD, senarai lagunya yang superb adalah:

Communication
You're the Storm
A Good Horse
And Then You Kissed Me
Couldn't Care Less
Please Sister
For What It's Worth
Lead Me into the Night
Live and Learn
Feathers and Down
No Sleep

...which are the entire album actually. Hahaha...

Bila dengar balik lagu-lagu ni malam ni, terasa teringat kembali zaman diploma berjaga malam sorang-sorang buat assignment group, sementelahan member-member lain tidur. Aku juga yang kena berjaga malam for their sake. Bila print cover nama nak berempat, yang buatnye aku sorang.

Berbeza dengan malam ini, aku berjaga malam bukan buat assignment, tapi melagho...baguih na?

Ini lagu yang buatkan aku terkenang semula zaman diploma dulu. Malam yang dingin, sunyi dengan pemandangan Seksyen 13 pada malam hari disinari lampu jalan dari tingkat 8. Pemandangan di balkoni menghadap Acapella dan tanah lapang (padang As-Syakirin). What a moment. Angin pun bertiup lembut, hanya bunyi daun kering yang terseret atas jalan dan...

...bunyi kuali mamak DE kung kang kung kang...cess...spoil the moment tul...

Less than three dan X O X O...enjoy the song.




No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...