Tuesday, February 08, 2011

Amirul Hakim



Yup saya sangat sedar betapa saya kurang menjalankan tanggungjawab sebagai blogger mithali. Asyik-asyik tulis album review memanjang. Well what can I say. Imma music junkie.

Khamis 1:09 PM

Masa tu aku tengah dekat alam mimpi lagi, hehehe, biasalah cuti kan. Tiba-tiba ringtone Janelle Monae 'Cold War' berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dalam gelap-gelap bilik tu (iya betul, bilik aku still gelap walaupun dah pukul 1 petang), aku meraba-raba cari handphone.

Mesej dari my old high-school friend, Marlina. This is the original message with no edit whatsoev (<--uh that's cool). Since it in Sabahan slang, pardon me if you couldn't understand.

"Mekum, piz bersalin da aku. bb boy, 3.9kg ko rasa apa mo c nama ne ah.bingung aku.tp aku suka 2nd name hakim plz dear if ada idea. tp ko busy tu kan."

Ini translation-nya. Bersama pembetulan tanda baca yang perlu.

"Assalamualaikum Fis. Aku dah bersalin. Baby boy, 3.9 kg. Ko rasa apa nama nak kasi eh? Aku bingung. Tapi aku suka 2nd name Hakim. Please dear, if ada idea. Tapi ko mesti busy kan?

Mata yang tadi sepet tiba-tiba buntang. Alamak!!! Sebelum ni dia memang ada call aku. Kalau tak silap petang sebelum pembentangan presentation Community Medicine dengan Dr. Aqil tempoh hari. Ala the impactful one *mind you*...tentang Global Warming tu. Dia ada mintak suggestion nama-nama untuk baby dia tapi malangnya aku terlupa nak kasi.

Sebelum ni, dalam tahun 2005-2006 macam tu dia mintak suggestion nama untuk anak pertama dia kat aku. Masa tu tengah cuti sem, takde benda nak buat so on the spot aku bagi combination nama best-best siap dengan translation skali. Tapi aku tak sure dia guna yang mana, sebab menurut dia, nama yang aku bagi tu semua best-best sampai dia sendiri tak tahu nak pilih mana. Tapi dia memang guna salah satu nama yang aku suggest tu. Iya, saya bukan bragging silly, dia sendiri yang cakap taw. *buat suara manja* <--eugh!!

This time, I was caught unprepared. Tengah-tengah mamai paksa otak nak pilih nama, siap ada special request lagi nak Hakim kat belakang. Hmm...Norman Hakim? I rather autokill myself.

Yang terlintas kat kepala time tu just Luqmanul Hakim, I believed everybody knows who he is right. From the Holy Quran itself. She liked it, but still she looking for another choice, like I did gave her before.

Dalam kepala tiba-tiba scan nama apa yang elok dan Islami untuk anak sahabat baik aku ni.


Start dari A...

Abdul Hakim? Nah!
Abdullah Hakim? Hmm --> type kat mesej
this and that...this and that

...long story short...sampai kat Am...

...suddenly my subconscious shout AMIRUL. Dan tiba-tiba ada association pulak (ntah dari mana) dengan citer Ustaz Amirul citer kat TV3 tuh. Pergh...

Okeylah, since Ustaz Amirul tu peribadinya baik. Why not.

okey Amirul Hakimi or Amirul Hakim? Ah...taip dua-dua nama dengan maksudnya sekali --> SEND

Well before you know it, turned out she loved it. Amirul Hakim = Ketua Yang Bijaksana. A remnant knowledge dari my Bahasa Arab class dulu. Thankfully for that. Glad that she and her husband loved it. Aku sangat respek kat husband dia, sangat cool bila orang lain kasi nama anak dia. Hehehe...

Which makes me like what? Bapa kepada tiga anak lelaki dan sorang anak perempuan already. Hahaha...

Remember Siti Meconium, Abdul Forcep yang aku azan dan iqamatkan kat HPRZII dulu? Well campur anak sahabat saya yang dua orang ni, betullah saya sudah ada 3 sons and 1 daughter, no sweat.

But sincerely, I am so glad that I was given the privileged by them to named their son. Harap-harap dia akan membesar menjadi seperti yang dibawa pada namanya. Oh...it's that chicken soup moment again.

After receiving thank you message from her, I am back tu slumberland. Kalau lah betul aku ada anak, gile lapar dapat bapak pemalas camni. Asyik nak tidur je...hahaha.

Sape-sape nak nama anak sila request ye...saya nak bagi nama Francois, Giuseppe, Camerlita, dan yang paling best sekali...

Jalak Lenteng!!!

...dan...

...Tomok <--kotor lidah dowh. Hahaha...


XOXO less than 3

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...