...yang bilamana anda rasakan sangat tidak berguna dan dibenci sebenarnya percaya atau tidak pernah memudahkan hidup anda.
...yang bilamana anda zalimi, akan cuba sedaya upaya untuk men-justify perbuatan anda dan memberi peluang sehingga tahap kesabaran adalah dibawah paras negatif.
...yang apabila tahap kesabaran sudah tidak tertahankan, memilih jalan passive aggresive.
...yang bilamana anda melampaui batas, akan membuatkan anda berasa memerlukan sesuatu untuk mendefinisikan diri anda melalui perkara-perkara materialistik untuk dimegah-megahkan.
...yang tidak kira bagaimana anda berusaha untuk memburukkan saya kepada rakan-rakan yang lain tanpa kenal erti putus asa walau sehingga kini, berdoa semoga apa yang anda katakan itu sebenarnya kelak memakan diri anda sendiri.
...yang memilih jalan berdiam untuk menjaga maruah anda meskipun anda gigih memburuk-burukkan saya, percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Lihatlah berapa ramaikah orang yang saya telah hasut untuk membenci anda setakat ini? Jawapannya, TIADA. Sebab saya tidak menghasut mereka seperti anda. Saya percaya Allah sendiri akan memberi balasan kepada anda.
...yang melihat betapa anda perlu bersusah payah untuk mendapat perhatian orang lain sehingga melanggar prinsip diri sendiri. Anda memerlukan sesuatu untuk menjadikan mereka nampak kewujudan anda. Lucunya, betapa usaha anda memburuk-burukkan saya sebenarnya tidak pernah berkesan.
...yang tidak akan melupakan perbuatan anda.
No comments:
Post a Comment