Saturday, October 23, 2010

Masa-Masa Saya

Oh sudah lama saya tidak menulis dan sejujurnya tiada siapa yang kesah pun. Kerana terlalu banyak hal untuk ditulis menyebabkan otak tersumbat dan menghasilkan hydrocephalus = besar kepala --> in relation to malas nak update, bukan besar kepala disebabkan engorgement of corpora cavernosa dan corpus spongiosum. Sila sucikan kepalotak anda dengan menggantikan CSF anda dengan air paip.

Saya sangat menghargai masa-masa tidur saya dan masa lapang itu bukanlah selalunya ada dalam fasa-fasa pembelajaran sebegini. Tapi saya tidak pula membenci masa sibuk saya kerana kesibukan itu membawa maksud saya punyai sesuatu untuk dilakukan, bukankah ketidaksibukan itu akan membawa kepada sequelae DEPRESSION. Saya menyukai apabila masa tidur saya menjadi terpendek dan cortisol dan adrenalin saya menjadi tertinggi. Saya sering bereksperimentasi dengan diri dan saya dapati apabila saya mempunyai kadar tidur kumulatif harian kurang dari 5 jam bermakna saya akan menjadi manusia yang sangat alert tidak semena-mena. Oleh itu anda akan mendapati saya akan menjadi sangat aktif di dalam kelas dalam berpura-pura tidak tidur dan kepoh menjawab soalan meskipun jawapannya adalah sekadar memeriahkan suasana. Mungkin hormon-hormon stress telah impaired judgement saya untuk memikirkan consequences dalam segala hal ketika sleep deprived.

Despite kesan sampingan seperti muka menjadi sangat pucat dan leher menjadi sangat merah as oppose to superior vena cava obstruction symptoms, saya sangat paham sekarang mengapa vampire itu sangat pucat (non-sequitur). Perkara sebaliknya berlaku apabila saya mempunyai tidur yang cukup iaitu lebih dari 5 jam. Saya akan menjadi sangat overly sleepy dan pasif, ibarat jika diletakkan saya dengan sloth, nescaya sloth akan mempunyai peluang cerah untuk melarikan diri dari predator dan saya akan dimakan oleh harimau dahan. Itupun mungkin saya sedari apabila a lower half of me sudah tiada. Oh…

Masa-masa di ortho department telah berakhir dan saya sangat melihat kehadapan (looking forward) untuk berada di sana kembali. Yang tinggal kini adalah untuk menyetelkan claim form yang belum dicop dan buku log dan case write-up. Semuanya berjalan lancar walau jerebu me-Ramli Sarip-kan suara saya.

Next week adalah untuk masuk ke department yang saya (atau kami) mengetahui tentangnya dengan sangat tidak mendalam iaitu Ophthalmology dan Otorhinolaryngology (ORL) atau Ear, Nose & Throat (ENT). Kali ini kumpulan akan digabungkan dari empat kepada dua seperti penggabungan secondary oocyte dan sperma bermakna lebih kurang 23 orang berada di satu department. Oh, sangat efisiennya keadaan sebegini. Saya mengetahui dengan tidak banyak akan perihal Ophthal dan jabatannya dan InsyaAllah akan cuba mempelajarinya minggu depan. Despite berlaku beberapa friction antara kaki yang callous dan in sole kasut yang kasar pada kaki diabetic, saya mengharapkan tidak akan ada diabetic foot ulcer berlaku, kerana seperti sukarnya mengubati saka, mengubati HIV juga belum terdapat penawarnya.

Oleh yang demikian, pihak saya berharap agar pihak tuan sudilah kiranya mempertimbangkan perkara ini agar projek membina Warisan Tower 100 tingkat tersebut dipertimbangkan semula kerana kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat dinilai dari segi keunggulan arkitekturalnya malahan dari segi kualiti dan nilai insannyalah yang lebih penting. Maka silalah kekang perbuatan sia-sia begini dan gunakanlah peruntukan tersebut untuk menaja lebih ramai pelajar untuk mengambil kursus MBBS terutamanya pelajar MSU, University of Choice.

Sekian Harap Maklum,

Yang benar,

Pakcik Letchumanan

2 comments:

Nomad Melayu said...

HAHAHAHA...

I can stop laughing after reading your post...

It's...hilariously interesting, tempting and indulging
(kata2 setelah diupah lolipop)

Kinda agree with your last statement. It's a waste, that tower. Just look how wikipedia define it.

Haha...can I have your busy schedule? Cause free time brings depression, and I hate it. :)

Aniron Orion said...

didn't anyone told you not to take candy from stranger...hahaha

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...