Friday, September 17, 2010

Software Review: Mi Casa Es Tu Picasa

AMARAN: Cerita ini tidak ditaja oleh Google Inc. dan anak-anak syarikatnya. Sila klik iklan Nuffnang di atas untuk menaja saya. Hehehe...


Pernah dengar Picasa tak? Ala website yang simpan semua gambar yang kita upload kat Blogger nih. Sebenarnya jika kita log in guna account Gmail and Blogger automatik kita ada akaun kat Picasa. Well pernah try software Picasa 3.8? I know...I know...saya sangat ter-posterior dan terinferoir dalam bab-bab geeky stuff nih (hehehe...jangan hina saya, saya sangat malu --> sambil duduk di sudut dinding), tapi baru-baru ni tergerak hati nak tahu pekejadahnya Picasa nih. Selain dari website, ia juga ada software yang boleh sync dengan website itu. Akibatnya saya download-lah software-nya itu.

Judging dari interface-nya, sangat Apple dia punye style. Dengan transparent photo preview among others, ia juga adalah photo editing freeware yang lebih best dari Photoscape which saya jarang guna pun lantaran yours truly ini sangat semulajadinya dan fitrahnya kachak. Saya tidak memerlukan photo editing untuk menjadi diri ini lebih menarik (cuba menyembunyikan ketidakretian diri menggunakan benda alah ni sebenarnya).

Iya saya katakan di sini adalah, dalam kategori freeware, Picasa 3.8 adalah antara yang boleh diharapkan selepas pre-installed Microsoft Paint itu (sedih T-T). Jangan cuba nak bandingkan dengan Adobe Photoshop pulak, lagilah saya sangat jahil tentangnya (--> menekup muka dan lari sembunyi belakang pintu).

Apa yang outstanding mengenainya adalah multifunctionality-nya. Kita boleh upload picture direct ke Web Album, sync to web, boleh edit dengan lebih advance secara online kat Picnik, dan seperti Nero 9 (<-- ayoyo primitif nyer version, shaddup okay), kita boleh capture gambar guna webcam (<--ala Acer Crystal Eye webcam nyer software pun boleh), berserta video sekali (Acer ado?).

Kita juga boleh Face Tag dan Geotag-kan picture-picture yang diambil dengan Google Earth. Contohlah, kau ambil gambar kat bawah flyover nak pergi MSU, pas tu ko gi Google Earth ko tag kan spot kau ambil gambar tu (bersama pak guard-nya sekali). Manalah tahu satu hari nanti, (selepas dilanggar lori ayam) anda menjadi amnesia atau lupa diri, lupa daratan hilang ingatan. Bolehlah anda refer kepada gambar tersebut, sambil ambil feeling nostalgia padahal gambar tu ko baru ambik semalam sebelum ko kena langgar lori tersebut. Yelah ko kan alpa duniawi setelah mendapat SLR. Teet!

Kita juga boleh bagi star kat favorite picture so walaupun ko tidak cun, tetap gambar ko ada star. Lebih kelas dari star yang cikgu bagi kat buku latihan sebab homework kau semua betul (meski opah kau tolong buatkan <-- kelas opah kau). Star ni membolehkan software ni sort out picture kegemaran anda untuk tatapan bila anda tetiba terasa macam nak feeling-feeling narcissistic. Seraya gambar anda yang pecah rumah itu pun takdelah terpandang-pandang kat gallery.

Banyak benda boleh buat lagi, contoh seperti nak buat movie dari gambar tu, nak buat collage, email dan lain-lain. Saya pun tak habis nak godek-godek menatang nih. Tapi first impression memang bagus. Kita boleh manage gambar-gambar dan memanipulasikan mereka kepada bentuk-bentuk yang lain. Edit gambar juga boleh secara ringan-ringan, nak lebih gi edit kat Picnik.

Pendek kata, ia sangat multifunctional, interactive, all-in-one dan yang paling penting FREE.

Oh satu lagi, anda juga boleh membuat Face Movie seperti video di bawah.






KESIMPULANNYA:
Selain konsep "Tangkap --> Tanda --> Lepas --> Tangkap Balik" kita juga boleh melakukan konsep "Culik --> Pukul --> Bunuh --> Bakar --> Buang" (ayoyo, sangat morally insensitive nyer saya). Saya juga tidak mengerti kesimpulan sebegini.

SALAM AIDILFITRI

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...