Sunday, September 26, 2010

Luka Di Tangan Nampak Berdarah, Luka Di Hati Ku Teguk Malathion

Tak banyak pun yang aku tanya waktu temankan Cik Aman clerk patient Organophosphate Poisoning (OP) haritu, bersama Cik Farah AJ. Aku lebih banyak memerhatikan tindak tanduk female patient yang tak betah duduk dan baring. Sesekali dia menyampuk kata-kata ibunya yang memberi keterangan pada Aman yang sangat tertarik pada kes tersebut. Aku sekadar memerhati dan menganalisa body language ibunya dan respon patient terhadap keterangan yang diberikan ibunya.

Maybe OP tu (suspected Malathion) dah effect otak dia dan dia dah tak berapa ‘center’ sangat. Tutur katanya juga tidak jelas dan sangat random. Berkali-kali dia meminta maaf kepada ibunya dan menitiskan air mata, kemudian tersenyum, sebelum berkalih duduk baring. Dia menghadapi kesukaran mengimbangi badannya ketika duduk dia atas katil berpagar tersebut, lalu dia kembali baring sebelum mencuba duduk semula. Dia baring duduk berkali-kali sehinggakan aku yang sekadar memerhatikannya merasakan sangat pening. Seperti berada di tilt-table dalam cardiac stress test.

Maklumat dalam ticket dia tak banyak yang boleh kitaorang dapat dari presepsi Psych Consult. Satu tanda yang paling mudah untuk memahami keadaan sebenar pesakit adalah ‘Cutting Mark’ di tangan kirinya dari pergelangan tangan hingga ke pangkal lengan dan juga tattoo nama seorang lelaki yang menurut patient adalah kekasihnya.

Aku tertarik mengambil penulisan Amy Sondova tentang perkara ini

Cutting is a form of self-injury–the act of purposely injuring oneself using a sharp object such as a razor, scissors, knife, etc. In addition to cutting, self-injury also includes carving, scratching, branding, marking, picking and pulling skin and hair, burns or abrasions, biting, and head banging. Most self-mutilators are between the ages of 11 to 30 and 97% are female.

Not only is cutting a stress relieving coping mechanism, but the physical pain creates a sense of livelihood, and most times physical pain is dull compared to the piercing pain in her soul. No one can see her inner turmoil, so she has transformed her emotions onto her flesh to make you and everyone else understand that she is hurting.

Pada kesimpulan yang aku dapat, patient merupakan anak sulung dari empat beradik. Out of four, adik bongsunya adalah satu-satunya lelaki. Dalam latar keluarga sepertinya, anak lelaki biasanya akan lebih diutamakan dari anak perempuan apatah lagi anak bongsu. Dia sebagai kakak yang menjalani fasa-fasa personal turmoil while growing-up sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian keluarganya. Oleh yang demikian, dia mula membuat perangai seperti ponteng sekolah, melepak bersama kawan-kawan dan termasuklah menjadi self-injury inflictor. Baginya mungkin dengan melakukan semua itu, ibu dan bapanya akan member perhatian padanya walau pada dasarnya tingkah laku sepertinya adalah statistical, dan sangat skema.

Bukti dia tidak menyukai adik-adiknya terlihat apabila emaknya memberitahu bahawa patient tidak suka adik-adik memasuki biliknya dan sering memarahi adiknya. Dia merasakan kehadiran adik-adiknya telah merampas kasih sayang ibu dan bapa darinya.

Banyak permintaannya tidak dipenuhi seperti mahu memiliki laptop, naik kapal terbang, telefon bimbit dan sebagainya. Dia merasakan ibu bapanya sudah tidak menyayangi dirinya tanpa memahami masalah kewangan yang melanda ibubapanya. Oleh yang demikian, hari demi hari perangainya semakin menjadi-jadi.

Stunt yang menjadi klimaks percubaannya mendapatkan perhatian adalah dengan meneguk racun rumpai di rumah neneknya. Patient tidak suka untuk tinggal bersama neneknya kerana, menurut ibunya, neneknya sangat mementingkan disiplin dan patient tidak boleh sewenang-wenangnya keluar rumah atau bersenang-lenang di rumah neneknya sebagaimana dia berada di rumah ibubapanya. Waktu pagi patient sering dikejutkan neneknya untuk membersih dan mengemas rumah sedangkan di rumahnya sendiri patient sewenang-wenangnya bangun lambat untuk tidak ke sekolah.

Kerana patient sudah banyak kali ponteng, dia telah digantung sekolah. Ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menghantar dia ke rumah neneknya. Patient tidak dapat menerima keputusan ibu dan bapanya dan beranggapan dirinya sudah tidak disayangi apabila sengaja dipisahkan jauh dari keluarga sendiri untuk dijaga oleh neneknya yang garang. Lebih-lebih lagi sehari sebelum dia dihantar ke situ, dia telah dimarahi oleh ayahnya, yang menurut ibunya sangat rapat dan sayang pada patient.

Menurut dari bahasa tubuh ibunya, aku dapat melihat perasaan bersalah. Sekali dalam penceritaannya, si ibu ada menyatakan samada sengaja atau tidak bahawa dia sangat sayang pada anak lelakinya. Pada masa yang sama dia cuba menyembunyikan rasa bersalahnya dengan ekspresi dan penyataan sayangnya pada patient yang padaku sangat exaggerated. Pada masa yang sama, si ibu tidak menyandarkan beban kesalahan kepada sesiapa.

“Nenek dia banyak sayang sama dia, saya juga banyak sayang sama dia, bapa dia pun banyak sayang pada dia,”

Dari pernyataan ini menunjukkan bahawa si ibu tidak mahu sesiapa cuba mencari salah siapakah yang menyebabkan anaknya berkelakuan demikian.

Mungkinkah si ibu merasa menyesal kerana selama ini kurang memberi perhatian pada anaknya? Si ibu menyatakan bahawa anaknya pernah membawa balik coklat untuknya, tapi dia menolak untuk makan dengan alasan takut coklat itu telah diguna-gunakan. Di sini patient cuba mendapatkan kasih sayang ibunya melalui coklat tapi gagal apabila ibunya menaruh prasangka pada coklat tersebut. Perasaan terabai dan tidak dihargai bertambah-tambah.

Sebenarnya, percubaan mendapatkan history pesakit mengambil masa yang lama. Hampir sejam atau lebih masa diperlukan untuk mendengar cerita ibunya bagi mendapatkan cerita dan sebab sebenar patient mengambil keputusan untuk meminum racun. Tapi jawapan sebenarnya lebih kepada hidden cues, expression, body language dan verbal slipped. Aku banyak mendapat jawapan dan membuat kesimpulan dari situ berbanding cerita yang diberitahu.

Apapun, patient telah mendapat apa yang dimahukannya. Stunt meminum racun menyebabkan dia akhirnya mendapat perhatian seperti yang dia mahukan. Ibunya berada di sisinya sepanjang masa di ward hospital dan beberapa kali sehari, bapanya datang membawa makanan dan menjenguk isteri dan anak perempuan sulungnya, kerana beliau juga sangat sibuk mencari wang untuk melangsaikan masalah hutangnya. Manakala adik-adiknya yang lain telah dihantar ke rumah neneknya.

Kes keracunan atau suicide attempt sangat kerap berlaku di medical ward HTAR. Kebanyakannya adalah disebabkan memakan painkiller yang berlebihan terutama sekali di kalangan golongan berumur dengan chronic disease. Sebabnya kerana tidak mahu menjadi beban keluarga. Jika berlaku di kalangan golongan muda, sebab utama biasanya adalah putus cinta dan kecewa.

TIPS: The effects of organophosphate poisoning are recalled using the mnemonic SLUDGE (Salivation, Lacrimation, Urination, Defecation, Gastrointestinal motility, Emesis). These side effects occur because of the excess acetylcholine that results from blocking acetylcholinesterase. In addition, bronchospasm, blurred vision and bradycardia may result.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...