Sunday, August 15, 2010

Pindah & Muhasabah Diri Sendiri


Baru lepas pindah-randah
kepalotak serabai
malas nak unpack barang-barang lagi
belum ada mood nak study for next posting
orthopedic...

Sekarang ni kena start dari scratch balik
new place, new environment
new expectation, new people
dalam kepalotak ni terfikir yang bukan-bukan
tapi selagi tak experience sendiri
tak boleh lah nak buat judgement
macam kat KB dulu...
mula-mula kata tak suka
last-last sangap tak nak balik dah

Harap-harap lepas ni tak perlu pindah randah balik
penat dowh
Otak tengah occupied dengan macam-macam benda
perangai manusia yang terkadang melampaui batas
jangan fikir bila seseorang itu diam dan tak sibuk mengadu-domba sana sini
disangkakan orang itu salah atau mengalah
Sebenarnya, si pengadu domba macam ni biarlah dia berurusan dengan Allah sahaja
dia sibuk mengata orang lain teruk, buruk
dalam masa yang sama memuji diri sendiri
sehinggakan orang lain mengenali seseorang yang diumpatnya
hanya melalui adu domba dia sahaja
dan pastinya yang buruk-buruk sahaja
tanpa peluang mengenali diri sebenar si yang didomba
Jangan sangka orang bermulut manis dan berwatak baik di luar di dalam juga sama
kalau dah nampak dan tahu, pahamlah betapa sangkaan adalah salah
tapi tetap yang tak berpeluang nak tengok tak akan nampak
Tapi tak pernah ke tertanya-tanya
apsal manusia ni asyik sibuk mengata orang sahaja
pantang ada kesempatan
di situ dah boleh nampak
kerja mengata dan memburuk-burukkan orang ni
memang hobi manusia sebegini
yang penting
orang lain nampak buruk
dia seorang je nampak baik
tak nampak lagi ke
atau perlukah anda diperingatkan:

"Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali"

Oleh itu
berhati-hatilah
yang telah terkena, telah terhantuk
yang belum terkena, berwaspada
Sebegai penutup
carilah maksud ayat di bawah ini:


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...