Tak ingat dowh book review yang ke berapakah aku dah buat.
Kita berehat dahulu dari hal-hal kontroversi dan kembali kepada membuat review. Kali ini review dalam bahasa ibunda dan dalam latar ringkas. Kerana Broca’s area aku tang vocabulary dah lama tak guna. Hampir dua bulan beb wa tak tulis blog. Wa puasa tak hengat dari merapu meraban sekejap.Biasa kalau ada visitor internationale [sic] yang datang ke blog aku lazimnya untuk membaca book reviews yang ditulis. Itu sebab dapat visitor sampai Oslo (<--binatang ini terletak kat manakah?). Tapi tahukah anda reviews sebelum ni bersifat bayas (bias) yang dipengaruhi unsur menyampah, terdera, siksa, kagum, excitement dan kebosanan tergabung dalam mangkuk cocktail punch bernama DEPRESSION. Kalau buku tu dah best be it because of commercial hype atau motion picture adaptation, memang dapatlah review best. Maunya kalau dapat buku Mrs. Dalloway atau Wuthering Height, tidakkah anda berasa “Kalau aku tak mati bosan habiskan buku ni, aku kena sujud syukur dan buat kenduri doa selamat.”
Nak buat review buku 3-in-1 kali ni. Malas nak tulis satu-satu, bukan kena bayar pun kan? Buku-buku di bawah adalah buku yang sempat aku pinjam dari library HRPZII bagi mengalihkan kepalotak dari siksaan menelaah buku medic dan juga sebagai bacaan ringan (per se) sebelum tidur (siang atau malam).
Man and Boy by Tony Parsons
Well buku ni aku pilih secara rambang atas dasar tajuknya yang ringkas dan simplicity of the cover. Don’t judge the book by its cover nyer konsep kita humban melalui tingkat doblas Plaza Perangsang sekejap.
Bila baca banyak pujian dan review menarik dalam sisipan awal buku tu, lagilah teruja. Mana taknya, buku ni mendapat 2001 British Book of The Year award.
Upon reading, I have to admit it’s kinda boring dan sangat mendatar sahaja. Semua events yang supposedly intense were told in a flat tone a.k.a monotonous. Like there’s nothing serious about anything. This book is so lack of emotional strength and far from engaging.
Cerita tentang seorang suami, Harry Silver yang curang akibat one night stand akhirnya ditinggalkan isterinya. Cerita bagaimana dia menjaga anak lelakinya as a single parent adalah center of the story. Buku ini tidak ada overlapping plot, hanya ada single plot around Harry sahaja. Bermakna potensi kebosanan adalah bekadar langsung dengan berapa lama waktu diperlukan untuk menghabiskan buku ini. Sangat flat dan bosan. Entah macam mana boleh menang award. Aku rasa buku Hutchinson to lagi menarik.
Rating: 2 out of 5 stars
Buku ini juga agak bosan pada 100 page pertama. Bayangkan betapa gigihnya aku nak menghabiskan buku dan betapa kuatnya iman aku yang asyik tempted nak menjahanamkan buku ini dalam 1001 cara if not because it was borrowed.
Subtheme-nya adalah family ties dan Scottish Clan thingy stuff dan again kecurangan sang suami.
“Kenapalah aku asyik baca buku curang-murang ni?” kata hatiku.
Buku ini bukan single plot, ada interchange between beberapa watak dan exploration of their thought and doing. Tapi as the title implied, the mainframe of the story adalah tentang Mercy Killing. Seorang suami (sepupu kepada suami yang curang tadi) yang terpaksa membunuh isterinya atas permintaan isterinya sendiri akibat tidak tahan menanggung kesakitan bahana kanser tahap akhir. Akibat cinta sang suami yang mendalam, maka diturutkan jua walau natijahnya bukan kecil.
Kita tahu Jodi Picoult suka membangkitkan isu-isu medicolegal dalam karya beliau yang jarang sekali kita ambil berat. Sebagai contoh Genetic Engineered Tissue Donor dalam My Sister’s Keeper. Dalam buku ini Mercy Killing ala Aggressive Euthanasia (Non-Kevorkian style) digunakan. Ya si suami mengunakan Pillow Treatment yang pernah saya ajarkan di entry HOTS di sini (http://groupcbms.blogspot.com/2008/12/kill-kill-kill-anti-kevorkian.html)
Jodi Picoult tidak dapat disangkal lagi adalah seorang penulis intelligent kerana dia memegang Sarjana dari Harvard University. Beliau mengkaji dan mendapat consultation tentang sistem perundangan, perubatan dan psikologi untuk menulis buku ini. Perkara ini harus ditiru oleh penulis skrip drama Melayu di Malaysia yang sampai sekarang tak boleh membezakan ‘kronik’ dan ‘kritikal’ dan menulis mengikut sedap jari. Dan penulis skrip berita yang tak tahu membezakan Leptospirosis (Penyakit Kencing Tikus <-- saje je nak panjang-panjangkan nama penyakit) itu samada disebabkan virus atau bacteria. It’s a spirochete for goodness sake, do your homework. Penulis-penulis begini adalah jenis pemikiran Bacaria dan tabloid. <--kan dah keluar topic
Apa yang menarik adalah, kisah kecurangan si suami yang diceritakan begitu Mills & Boon detailnya dan wa pun pura-pura tak paham membaca scene itu lantas membaca berkali-kali…hehehe. Scene-scene inilah yang menyelamatkan buku ini kerana jikalau berharap pada plot sahaja, ia sangat ‘counting sheeps’ dan men-zzzz-kan.
Overall, buku ini boleh dibaca untuk menambah pengetahuan serba sedikit tentang medicolegal case.
Rating: 3 out of 5 stars
Antara ketiga-tiga buku yang aku pernah baca, buku ini as the title implied mempunyai kekuataan pada detail, simili, metafora dan hiperbola. Di punya degree of detail adalah lebih up dari Virginia Woolf punya teknik penulisan. Manakan tidak, buku ini mengambil masa 4 tahun untuk ditulis.
Accidentally tertarik dengan cover buku ni yang unik, dan juga dalam masa yang sama pemenang Booker Prize 1997. Ya harus di ingat wa bukan memilih novel-novel yang bertaraf tinggi sahaja. Kebetulan sahaja pilihan wa tepat. Kalaulah kebolehan ini dapat digunakan dalam memilih kawan, alangkah baiknya.
As was expected to get from Indian author, vocabulary dan penyusunan ayat adalah sangat radikal dan over the top. Penulis tampak seakan-akan suka bermain dengan thesaurus ketika menaip buku di Microsoft Word. Mungkin bagi penulis, pemahaman pembaca adalah soal kedua, yang penting pemilihan kata dan ayat kena extravaganza. Sebagai contoh:
"Little events, ordinary things, smashed and reconstituted. Imbued with new meaning. Suddenly they become the bleached bones of a story."
"Must we behave like some damn godforsaken tribe that's just been discovered?” <--ini digunakan dalam dialog seorang tua kepada kanak-kanak dan bukan dalam penceritaan. Can you imagine?
"Men's subliminal urge to destroy what he could neither subdue nor deify."
Kekuatan buku ini adalah pada detail yang sangat mikro tentang perkara-perkara kecil dan pemilihan simili yang sangat tepat terkadang membuatkan kita merasa kita benar-benar mengalami apa yang diceritakan dengan 5 senses kita. Thus, kita terasa sangat engaged dengan buku ini. At times kerana penceritaan yang sangat detail ibarat ‘kuman di seberang laut boleh nampak’, aku (as in Mrs Dalloway) tiba-tiba lost.
Keunikan garis plot cerita ini adalah kerana ia bermain dengan masa kini dan flashback macam makan nasi. Proprioceptor kita terkadang ter-confuse tentang di latar masa dan tempat manakah kita berada pada setiap page.
Tentang apakah cerita ini?
Tentang kembar monozygotic Estha dan Rahel. The story revolve around them and their family, neighbours and friends. Itu sahaja yang aku boleh simpulkan. Sebab watak terlalu banyak seperti ramainya populasi negara India. Sukar untuk dirangkumkan dalam satu review pendek. Juga disebabkan terlalu banyak cerita dalam cerita dalam cerita sehingga kita sukar untuk menangkap apakah motif buku ini ditulis dan kenapakah penulis ini menang Booker Prize instead of pelempang sedas dua kerana menulis buku complicated begini. Tidakkah dia patut mengikat batu ke kaki dan menenggelamkan diri di sungai seperti Virginia Woolf?
Rating: 3 ½ out of 5 (<--still it’s a good book for vocab enrichment and suicidal initiation)
Overall, it was a good distraction and diversion from the drama happened in the house at Jalan Haji Saleh, Berek 12. I can actually focus into something productive and enriching rather that to submerge myself on misery of abusive, respectless, oppurtunistic and tainted so-called friendship (my a**).
No comments:
Post a Comment