Tuesday, April 06, 2010

Focus A**hole (It Sounds Like Air Hole, But It's Not)

Semua orang berharap dapat tumpuan jitu di perpendicular. Why settle? It's a wide field.


Salah satu kelemahan aku adalah FOKUS. Aku adalah manusia yang mudah hilang focus. Tak percaya?
Contoh senarionya adalah apa yang aku buat sekarang. Mulanya aku berhajat untuk ulangkaji nota Forensic Medicine untuk final exam 8hb ni. Terasa sunyi study sensorang makanya aku pun bukak TV, konon bolah review nota time iklan (haram). Tetiba ade citer Criminal Minds main kat 8TV secara superlative-nya adalah lebih baik dari menonton Jidin yang hampeh di TV3. Kalau menonton TV (kononnya sambil study) tak mengunyah rasanya tak best. Memandangkan the last slice of chocolate cake telah dicernakan petang tadi, makanya yang tinggal untuk dimakan di dalam rumah ini hanyalah seeokor lipas yang mati (with unknown cause) di bawah sofa ini. Makanya aku pun keluar rumah untuk membeli makanan ringan di kedai runcit Ane (bukan nama sebenar, seriyes). Aku beli 3 bungkus roti dan balik.
Bila balik rumah, tengok kat dinding jam baru pukul 10.20, bermakna Giant belum tutup (tau je), so tetiba pula nak makan biskut dan cekedis, makanya aku keluar semula untuk beli cekedis. Dah beli cekedis lalu balik ke rumah. Rancangan yang aku tengok tadi dah habis, aku jadi hampa dan tertangguhlah nak study.
Kemudian tetiba rasa concern tentang long case IPR melanda. Makanya aku pun mula selongkar timbunan kertas-kertas Clerking Form di atas meja, tengah-tengah selongkar, terjumpa pamphlet pasal Asthma (ambik kat IPR dulu), lalu aku pun duduk baca sekejap. Lepas abis baca aku sambung selongkar balik.
Bila dah dapat apa yang diperlukan, aku pun duduk kat depan laptop. Sebelum mula kerja, tak lengkap kalau tak buat teh supaya tak mengantuk, maka aku pun masak air. Sambil-sambil buat kerja, memang best pasang mp3 muzik ‘Bach - Cello Suite No. 1 in G Major’ (<--gile punye high taste). Tengah-tengah menaip, rasa grammar aku macam jahanamullati kuntum (<-- teka dari surah ape?). Memandangkan aku mendapat pewarisan autosomal dominan OCD dari ibunda tercinta, aku rasa cam tak sedap pulak kalau tak review grammar bebetul. Microsoft Word punye grammar check bukan boleh harap. Lalu aku pun Google-lah kat Yahoo! (<--irony) tentang applikasi ‘Has, Have & Had’.
Bila dah buka internet, sure-sure nak buka Facebook sekali sementara nak tunggu page loading (<-- Ya! P1 Wimax memang bangsat). Kat Facebook ada orang post video link, so I click the link and open in new tab di YouTube. Sementara tunggu full video loading aku pun tengok balik search result.
Bila dapat result, mainly dari grammar forum instead of real article, so aku macam ragu-ragu tentang kesahihannya. Makanya aku selongkar kotak-kotak nota-nota lama waktu aku amik subjek English for General Purposes dulu. Bertemu kembalilah dengan buku Total English yang aku beli dengan harga RM22 dulu tu. Belek-belek lah buku tu, sambil tu baca petikan-petikan menarik kat dalam buku tu. Tiba-tiba ada satu smart joke yang menarik seperti di bawah (gigih nak taip balik)
********
The Engineer and The Manager
A man flying in a hot air balloon realized he was lost. He started to come down until he could see a man on the ground who might hear him. “Excuse me,” he shouted. “Can you help me? I promised my friend I would meet him a half hour ago, but I don’t know where I am, or where I am going.”
The man below responded: “Yes. You are in a hot air balloon, approximately 30 feet above this field. You are between 40 and 42 degrees North Latitude, and between 50 and 60 degrees West Longitude.”
“You must be an engineer,” responded the balloonist.
“I am,” the man replied. “How did you know?”
“Well,” said the balloonist, “everything you have told me is technically correct, but I have no idea what to do with this information, and the fact is I am still lost.”
Whereupon the man on the ground responded, “You must be a manager.”
“I am,” replied the balloonist, “but how did you know?”
“Well,” said the man, “you don’t know where you are, or where you’re going. You’ve made a promise which you can’t keep, and you expect me to solve your problem. The fact is you are in the exact same position you were before we met, but now it’s my fault.”  
********
So bila dah baca joke ni, tetiba rasa macam nak share kat blog lalu aku pun sign in dan taip entry ini. Dan tetiba rasa kalau entry takde gambar macam kopi tanpa gula. Memandangkan kerajaan tengah kempen kurangkan penggunaan gula, makanya aku pun cari gambar kat Google Image (<--semantic isn’t it?).
Selepas aku tulis entry ini aku pun sedar bahawa (1) dah pukul 4 pagi, (2) aku tak buat revision lagi, (3) long case tak siap, (4) meja aku berselerak, (5) kotak kat bawah meja aku berselerak, (6) video kat YouTube tak load lagi, (7) air yang aku jerang tadi dah kering kerana cerek aku takde bunyi, (8) roti dan cekedis yang aku beli tadi aku tak sentuh pun, (9) aku tak jumpa lagi topic grammar yang aku cari dalam buku tersebut, dan (10) satu-satunya benda yang siap adalah entry ini.
Gile tak? Betapa kegagalan untuk memfokus itu adalah jenayah berat. Cubaan multitasking di kalangan manusia berkromosom XY adalah selalu berkeputusan sia-sia seperti menyiram bunga di waktu hujan (sedangkan kau tak tanam bunga pun). Dan ibarat berkali-kali mencuba log-in di Maybank2U.com, siap bengang asyik fail aje, sedangkan kau hanya ada akaun Bank Muamalat dan CIMB.  Dan ibarat menyebut 'Bank CIMB' sedangkan kau tahu B dihujung acronym itu adalah stands for Bank. Hanya XX yang boleh multitasking dengan berjaya kerana mereka berevolusi dari sotong kurita yang bertentakel 8.
Kira kalau dari kategori kamera, aku adalah jenis kamera digital middle class dengan -kononnya- auto focus, multiple face detection, dan zoom digital tetapi gambar tetap kabur sebab tangan menggeletar ketika menekan shutter ditambah lagi objek bergerak kerana dia adalah photophobia disebabkan meningism dan flash kamera itu trigger dia punye epilepsy. (<--WTF)
Jika difikirkan balik, semuanya bermula apabila aku cuba nak ulangkaji. Ia tak akan berlaku apabila aku buat marathon citer House ke, Scrubs ke tau menonton TV. Pengajarannya di sini, janganlah study awal-awal, studilah last minit.
SEKIAN

3 comments:

Nomad Melayu said...

hohoho...I'm doing so right now(hilang fokus)...

but the good thing about that, you'll got a story worth reading! :D

miss_purplish89 said...

ooo xx berevolusi dr sotong kurita..? sgt kejam! haha..

Aniron Orion said...

in a appreciative ways...of course

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...